Kuala Lumpur (23 Mac 2021): Menyedari kesukaran yang dialami oleh wanita berhijab untuk mendapatkan pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka, Anggun Kirana Sdn Bhd telah mengambil kesempatan untuk menerokai segmen khusus dengan melancarkan jenama pelitup muka medikal premium untuk wanita berhijab, yang dikenali sebagai Himaya.
Himaya adalah jenama pelitup muka medikal premium baru yang diperbuat daripada fabrik penapis kelas perubatan premium untuk aliran pernafasan yang selesa. Himaya juga sesuai untuk orang yang berkulit sensitif disebabkan kualiti fabrik premium yang lembut.
Pelitup muka medikal Himaya telah mendapat pengiktirafan MDA (Medical Device Authority) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan kualiti penapisan udara dan keberkesanan pelitup muka medikal Himaya dalam menangani penularan wabak kovid.
Oleh kerana Himaya ditujukan khas untuk wanita yang memakai hijab, ia dilengkapi dengan head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta telah diiktirafkan oleh Asia Halal Brand Awards (AHBA) sebagai pelitup muka medikal premium khas untuk pelanggan beragama Islam yang berhijab.
Himaya bekerjasama dengan dua selebriti Melayu terkemuka, iaitu Wany Hasrita dan Erra Fazira untuk menjadi duta terbaru Himaya kerana Himaya sesuai dengan penampilan mereka yang berhijab dan bergaya. Himaya memperkenalkan pelitup muka medikal dalam dua warna menarik, iaitu Apricot Dream oleh Wany Hasrita, dan Blue Lagoon oleh Erra Fazira.
Kempen terbaru Himaya, iaitu kempen “Siapa Cakap Pakai Medical Mask Tak Boleh Bergaya” dilancarkan dengan objektif untuk menggalakkan para wanita berhijab untuk terus bergaya serta tampil yakin dengan koleksi fesyen facemask terbaru dari Himaya.
“Kami amat berbangga dengan kolaborasi Himaya dengan Wany Hasrita dan Erra Fazira. Himaya, pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah quality yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik. Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna.,” kata Dato’ KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya.
“Erra pilih jenama Himaya sebab Erra memang pengguna Himaya sebelum ini. Selain keselesaan yang Himaya tawarkan dengan pelitup muka medikal mereka, Erra memang yakin dengan Himaya sebab tahap kualiti yang sangat tinggi dan yang paling penting adalah ia bergaya dan elegan”, kata Erra Fazira.
“Wany sangat bangga jadi duta Himaya! Sebenarnya, sebelum ni, Elfira Loy, iaitu duta Himaya yang pertama yang hantar Wany pelitup muka medikal Himaya. Sejak tu, Wany memang terus guna Himaya sahaja sebab material dia lembut and sesuai untuk orang yang berkulit sensitif. Himaya juga mudah didapati di farmasi-farmasi tempatan seperti Watsons, Caring, Guardian dan lain-lain”, kata Wany Hasrita.
Pelitup muka medikal Himaya boleh didapati di semua kedai farmasi seperti Guardian, Watsons, Caring dan lain-lain, serta melalui ejen berdaftar, atau di kedai atas talian himayamy di Shopee. Himaya adalah produk pertama Anggun Kirana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan produk kesihatan dan kecantikan.