Rayt Enterprise tingkat fasiliti dan kemudahan pengeluaran Jus SE7EN

Bermula di Pusat Inkubator UPM-MTDC, Rayt Enterprise Sdn Bhd (Rayt Enterprise) ditubuhkan pada tahun 2014 di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang. Menerusi kemudahan yang lengkap dan serba canggih, Rayt Enterprise menghasilkan Jus SE7EN sebagai produk keluarannya yang berkualiti dan terkawal dari segi penghasilannya.

Jus SE7EN adalah minuman botani kesihatan harian dengan formulasi 100 peratus daripada ramuan semula jadi seperti lemon, halia, bawang putih, madu dan cuka epal tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna dan tanpa air. Jus SE7EN adalah pati yang boleh bantu merawat dari segi kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan jantung, dengan kandungan yang tinggi fiber, ianya juga boleh membantu mengelakkan salur darah tersumbat dan untuk kuatkan system imunisasi.

Bercerita lebih lanjut, pengasas Ryat Enterprise, Farah Maria Md Repin berkata pihaknya juga telah menerima pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 16 Disember 2014.

“Ini menjadikan produk JUS SE7EN tidak perlu diragui lagi tentang kualiti dan kebersihan semasa proses pembuatan,” kata usahawan wanita berusia 39 tahun itu lagi.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu berkata dengan sokongan padu daripada tenaga kerja yang komited, Rayt Enterprise kini telah mengorak langkah untuk menambah fasiliti dan meningkatkan pengeluaran Jus SE7EN.

“Kami kini yang telah bertapak di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, Semenyih, sebuah premis perniagaan berkeluasan 12,000 kaki persegi dan mampu menghasilkan pengeluaran purata 5,000 botol sebulan.

“Apa yang unik mengenai jus keluaran kami adalah bahan asasnya daripada sumber alami. Pengguna boleh meminum Jus SE7EN tanpa perlu meragui bahan – bahannya. Malah, cara penyediaan Jus SE7EN juga disediakan dengan formula yang telah kami kaji di bawah UNIPEQ, UKM -MTDC dan inkubator UPM – MTDC.

“Tempat pemprosesannya juga telah disahkan Halal di bawah penyeliaan Jakim. Paling penting, ianya selamat untuk diminum dan sangat sesuai untuk mereka yang pentingkan penjagaan kesihatan,” katanya lagi.

Farah berkata sebagai perintis industri pengilangan minuman botanical, saya amat berharap agar kilang Jus SE7EN akan memperoleh pengeluar berstatus ‘Certified GMP’ sebagai batu loncatan untuk terus mencapai ke tahap yang lebih baik.

“Sejak hari pertama syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014, Rayt Enterprise telah memberi keutamaan untuk mengambil pekerja wanita terutama mereka yang mempunyai status ibu tunggal. Dengan memberikan peluang kepada mereka untuk menambahbaik ekonomi, mereka juga terlibat dalam operasi harian serta memperluaskan perniagaan melalui program keusahawanan dan saluran pengedaran syarikat.

“Kini, pemberdayaan dalam kalangan wanita tidak boleh dipandang remeh dan boleh dipertingkatkan. Apabila mereka bebas dalam setiap aspek kehidupan mereka, secara kewangan, emosi dan intelektual, kita melihat perubahan positif dalam diri mereka dan kalangan keluarga terdekat mereka, yang seterusnya memberi faedah kepada masyarakat sekeliling,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau mempunyai misi untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Kami mahu memberi peluang kepada mereka yang ingin menjana ekonomi keluarga dengan pendapatan menerusi jualan Jus SE7EN. Ini termasuk untuk membantu mereka yang memerlukan dan dapat memberi kehidupan yang terbaik buat keluarga dan anak – anak.

“Saya juga percaya mana-mana pelaburan komersil amat mementingkan aspek pulangan pelaburan. Namun, nilai keusahawanan ini haruslah memberi manfaat kepada pengedar dan pengguna. Perjalanan korporat kami telah banyak mengajar kami untuk bangkit dan belajar daripada kesilapan, dan sentiasa maju ke hadapan,” katanya.

Sebelum menutup bicara, Farah berkata pandemik Covid 19 yang melanda dunia telah memberi pengajaran kepadanya supaya lebih bersedia baik dari segi emosi, fizikal dalam menghadapi apa juga situasi.

“Sebagai ketua, ibu dan anak saya telah dilatih untuk bertindak dengan lebih agresif dan bijak untuk memastikan keadaan disekeliling saya berada dalam keadaan stabil. Pandemik juga mengajar saya erti bersyukur kerana walau keadaan dunia kritikal, tapi saya masih mampu bantu orang lain jalani kehidupan dengan lebih baik dan sihat,” katanya.