Asset Plan Services mahu perluas pemasaran dan tambah kekuatan operasi

Asset Plan Services didaftarkan di bawah akta perniagaan 1956 pada 2019 lalu dan menawarkan  perkhidmatan reka dan bina fasad atau panel dekorasi sama ada untuk rumah, pejabat atau bangunan yang memerlukan hiasan dekorasi secara tersendiri mengikut citarasa pelanggan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah reka bentuk dan binaan mihrab untuk masjid,surau, rumah, pejabat, mimbar, dekorasi dinding pembahagi dekorasi dinding, tangga hiasan dekorasi, syiling dekorasi dan fasad dekorasi luaran bangunan yang boleh dihasilkan secara khas.

 Ia  bermula dengan mengambil tempahan  khas fasad hiasan luaran rumah dan di atas permintaan pelanggan untuk menghasilkan dekorasi untuk hiasan surau dalam rumah.

Sehingga hari ni, banyak bilik kosong di rumah berjaya di transformasi  menjadi surau yang selesa dan praktikal untuk urusan ibadah.

Usahawan, Ahmad Nizamuddin Rosnan, berkata pihaknya juga membantu masjid dan surau membuat pengubahsuaian  dengan hiasan mihrab dari ruang kosong hadapan masjid yang   kini mempunyai hiasan Islamik yang lebih cantik dan selesa untuk jemaah menunaikan solat berjemaah.

 Kecantikan masjid di Mekah dan Madinah atau masjid besar lain menjadi inspirasi buat umat Islam rasa lebih tenang beribadah kerana melihat keindahan ukiran hiasan mihrab yang cantik mampu memberi ketenangan,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Anak kelahiran Selangor, ini berkata reka bentuk yang unik, menarik dan cantik disediakan khas mengikut citarasa pelanggan menjadi keutamaan dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

“Pemilihan bahan adalah berkualiti tinggi iaitu kami menggunakan bahan utama seperti Celuka Lattice Composite yang tahan cuaca, kalis air, tahan anai-anai, ringan, bahan yang tidak merebak kebakaran dan bahan ini juga mempunyai sijil SIRIM yang diiktiraf dengan hasil kemasan lebih cantik berbanding bahan dekorasi yang lain.

“Dari sudut pelanggan, sudah tidak perlu untuk melantik perunding rekabentuk kerana kami membantu dari segala peringkat rekabentuk, fabrikasi sehingga pemasangan,” katanya.

 Kata beliau, pihaknya percaya ramai orang mengimpikan dekorasi hiasan yang cantik tetapi mereka mungkin tiada masa dan berkesempatan menguruskannya sendiri.

“Golongan ini memerlukan kontraktor khas untuk menguruskan daripada peringkat rekaan sehingga pemasangan terutama dalam mendekorasi atau mentranfosmasi ruang dalaman atau luaran sesebuah bangunan.

“Sebagai pelanggan, mereka  sudah tidak perlu risau  dengan kualiti bahan  kerana kami menyediakan bahan yang berkualiti tinggi seperti tidak mudah rosak dan kalis pada cuaca,” katanya.

Beliau berkata, ketika dalam tempoh pandemik, umat islam tidak dapat menunaikan solat berjemaah di masjid, justeru setiap rumah yang berkeluarga akan berjemaah   termasuklah pada Ramadhan dan Syawal.

Lebih menarik, jika setiap rumah mempunyai surau yang praktikal dan cantik yang menghidupkan suasana beribadah dan ini antara matlamat pihaknya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

 Pada masa sama, beliau juga berharap masyarakat akan mengenali syarikat yang diusahakan itu menerusi media sosial iaitu BENA FASAD dan Mihrab Qiblah yang akan menjadi pakar pengubahsuaian ruang solat nombor satu di Malaysia sama ada di masjid atau surau, rumah dan pejabat .

 “Untuk mencapai misi dan matlamat ini kami percaya setiap ujian dan cabaran yang mendatang adalah proses yang perlu kami hadap. Kami percaya setiap masalah ada penyelesaian dengan izin Allah.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan kami akan sentiasa menambah baik mutu dan perkhidmatan kami dari masa ke semasa dalam memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.