Diasaskan oleh Mohamad Saiful Azhar Jumiran, syarikat Zeharz Dominant Sdn Bhd (Zeharz Dominant) telah didaftarkan di bawah Akta Perniagaan 1956 pada 14 Jun 2021 dengan 100 peratus ekuiti bumiputera.
Zeharz Dominant menawarkan perkhidmatan latihan secara dalam talian serta luar talian kepada usahawan yang mahu mencari ilmu pemasaran dan pengiklanan. Bermula dengan membuat kelas pengenalan iklan, syarikat berkenaan terus mengorak langkah dengan mengeluarkan buku cara mudah untuk buat iklan berbayar di media sosial.
“Sehingga ke hari ini, tercatat lima buah buku serta e-book yang kami berjaya keluarkan. Ia terdiri daripada Buku Super FB Ads, Super IG Ads, Closing Sales, 150 Targetting Ads dan E-book Copywriting,” jelas Saiful Azhar lagi dalam satu temubual dengan Entrepreneur Insight, baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut mengenai keunikan produknya, Saiful Azhar berkata keunikan produknya adalah mereka adalah syarikat pertama yang mengeluarkan Buku Tutorial yang mengajar satu persatu langkah untuk membuat iklan, daripada A-Z di platform Facebook dan Instagram.
“Kami percaya pada zaman ini, kekuatan kita berinteraksi dan berkomunikasi adalah di media sosial. Jadi marketing di platform seperti ini memainkan peranan penting bagi setiap peniaga.
“Justeru, kepakaran kami adalah kami nak bantu para usahawan bagi mengelakkan kerugian ketika menjalani marketing berbayar di media sosial. Kami juga sediakan kelas ads, group support untuk bertanya, e-book, video tutorial secara percuma,” katanya anak muda berusia 28 tahun yang berasal dari Simpang Renggam, Johor ini lagi.
Beliau berkata ramai usahawan yang memerlukan ilmu perniagaan terutamanya di media sosial.
“Kami percaya apabila kita dapat kongsikan tips-tips sebegini, kelas tutorial dan sebagainya, ramai para usahawan yang memerlukan ilmu-ilmu perniagaan terutamanya di media sosial.
“Jadi kami sedia untuk bantu supaya dengan iklan yang mereka jalankan, permudahkan mereka untuk kembangkan perniagaan, cipta kesedaran untuk setiap produk yang mereka nak keluarkan atau jenama yang mereka hendak perkenalkan.
“Alhamdulillah, sehingga kini lebih beribu maklumbalas positif yang saya terima mengatakan mereka sudah berjaya menjana jualan yang tinggi selepas menjalankan iklan berbayar,” katanya.
Beliau menjelaskan pandemic yang berlaku telah menyedarkan banyak pihak mengenai kepentingan media sosial.
“Seperti yang kita tahu, semua jenis bisnes akan terjejas sewaktu pandemik. Disinilah kita sedar betapa pentingnya peranan media sosial untuk kita teruskan gerakan bisnes kita.
“Tapi ada yang rasa tidak mudah hendak berjual beli di media sosial atas sebab ramai pesaing, jadi iklan berbayarlah dimana anda boleh cipta kekuatan jenama setiap produk anda.
“Justeru, memandangkan sambutan yang semakin baik daripada usahawan di luar sana, saya menyasar untuk mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat dan menjadi pusat sehenti bagi untuk membantu para usahawan dari segi pemasaran produk dan pengurusan syarikat mereka,” katanya.
Beliau turut berkongsi mengenai prinsipnya dalam dunia perniagaan yang mana beliau percaya dengan konsep perkongsian rezeki.
“Itu satu benda saya selalu tanamkan dalam diri, serta dalam company saya. “What you give, you will get back”. Alhamdulillah, dengan 7 tahun pengalaman, sharing dan educate ramai usahawan tentang ilmu perniagaan adalah satu passion bagi saya.
“Hasilnya, alhamdulillah kami dapat kembangkan bisnes kami dengan beberapa pengeluaran buku yang setiap kali restock, pasti habis. Yang dimana setiap apa produk kami keluarkan, adalah tujuan untuk bantu mudahkan urusan setiap peniaga,” katanya menutup bicara.