KUALA LUMPUR – 13 Januari 2024 – YC Bersatu Biotech Sdn Bhd (YC Bersatu) adalah syarikat pertama di negara ini yang menggunakan bioteknologi penapaian secara semula jadi bagi menghasilkan pengeluaran kicap dan sos yang lebih sihat serta lebih protein berbanding produk biasa yang dihasilkan secara kimia.
Syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang ini mengeluarkan kicap dan sos jenama Machi iaitu Kicap Pekat Hebat Campuran, Kicap Cair Premium Soya Pertama, Kicap Cair Stim Ikan Sifu dan Sos Cili Padi Sabah.
Pengarah Urusannya, Kelvin Han Wei Jian berkata, produk keluaran syarikatnya sudah pun berjaya menguasai pasaran makanan di dalam negara dan dalam perancangan untuk eksport ke pasaran antarabangsa.
Katanya, untuk pasaran tempatan pengguna boleh mendapatkannya di pasar raya utama iaitu Giant, Aeon, Aeon Big, NSK Grocer, The Store, Hero Market Mydin, CS, Bataras dan Servay Hypermarket.
“YC Bersatu mahu menjadi penanda aras kepada pengeluaran produk yang berkualiti, tulen, bersih dan pada masa masih mengekalkan rasa tradisional.
“Paling membanggakan Machi sudah pun mendapat sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Atas kapasiti itu kami sentiasa melakukan pemeriksaan yang ketat kepada semua produk keluaran syarikat,” katanya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menganugerahkan sijil MeSTI, sijil GMP dan sijil HACCP kepada YC Bersatu.
Pada 16 November lalu, YC Bersatu mendapat dua pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records iaitu ‘First Soy Sauce Manufacturer To Achieve The Bio-Based Accelerator (BBA) Status’ dan First Soy Sauce Manufacturer To Achieve “Bionexus” Status.
Kelvin Han Wei Jian berkata, syarikat amat berbangga dengan pencapaian itu dan akan berusaha menjadikan produk YC Bersatu antara produk terlaris di Malaysia.
“Tahniah kepada pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang bekerja keras untuk memastikan soya yang dibancuh selama 180 hari untuk mendapatkan ekstrak yang terbaik dan berkualiti dalam pengeluaran kicap serta sos.
“Syarikat sanggup membuat pelaburan tinggi dalam teknologi penapaian untuk mendapatkan kualiti yang terbaik dan komited dengan slogan kami iaitu “1 Sos Dah Cukup Sedap”.
“Boleh dikatakan kicap sudah menjadi keperluan harian kita dan dalam kebanyakan masakan hari ini mesti ada kicap. Kanak-kanak juga menyukai kicap, ada yang tak boleh makan kalau tiada kicap.
“Oleh itu kami sentiasa pastikan kicap dan sos keluarga syarikat adalah lebih sihat dan selamat untuk dimakan. Kami tidak akan sesekali bertolak ansur tentang kualiti dan prinsip syarikat tidak akan menghasilkan kicap tiruan dan sos PSH atau HVP’, katanya.
Ciri Utama Kicap YC Bersatu
- Diseduh Semulajadi selama 180 Hari
- menggunakan biji soya Non-GMO yang berprotein tinggi
- Tiada pewarna tambahan
Event Machi
Buat kali pertama, Machi akan mengadakan festival makanan berasaskan kicap di Malaysia. Ia turut mempamerkan pelbagai sos secara unik dan inovatif.
Acara itu akan diadakan di MyTown Cheras pada 12 hingga 14 Januari ini. Terdapat lebih 50 gerai makanan Halal untuk dikunjungi orang ramai.
Memeriahkan lagi acara, turut diadakan permainan dan hadiah disediakan untuk pemenang. Serta persembahan nyanyian dan tarian.