Bersemangat tinggi membantu usahawan untuk memahami dengan jelas tentang “Content marketing”, “campaign marketing” dan “branding” sehinggalah membantu usahawan untuk menghasilkan”content” menerusi teknik pengiklanan secara langsung (hard sell) dan teknik pengiklanan secara tidak langsung kepada prospek (soft sell) serta “content for branding” untuk digunakan dalam pemasaran produk antara perkhidmatan yang diilhamkan Secret Marketeer Creative Solutions.
Ditubuhkan pengasasnya, Nani Koraiza Yaacob dan Muhamad Nur Hafriz Azizee Abdul Halim, dari Shah Alam, Selangor, pada April 2020 lalu, ketika pandemik mula menular ke negara ini.
Pada awalnya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP 1.0), kedua-dua pengasas Secret Marketeer ini telah meletakkan jawatan dari tempat kerja asal mereka dan kemudian mereka mula menerima permintaan dari orang ramai dan kenalan untuk berkongsi ilmu tentang “Content” dan “Campaign marketing”.
“Bermula dengan kelas individu secara dalam talian, kemudian Secret Marketeer mula ditawarkan perkhidmatan untuk membantu pengasas menubuhkan “Team Content”, juga melatih “team content” mereka tentang content dan campaign marketing,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.
Sehingga sekarang, Secret Marketeer juga terlibat dalam menghasilkan “Content” untuk pelanggan, membuat “Content planning” dan “content direction” selain terlibat merancang “campaign marketing” untuk pelanggan
Kongsi mereka lagi, apa yang istimewa berkenaan produk perkhidmatan mereka adalah mereka
lebih fokus kepada menghasilkan kandungan-kandungan yang boleh membantu pelanggan membina jenama dan bukan setakat kandungan promosi semata-mata.
“Kami bukan sekadar menghasilkan “content marketing” tetapi turut memberikan “content direction” kepada pelanggan tentang apa yang ingin pelanggan capai.
“ Pelanggan lebih mudah dan faham tentang apa yang kami bantu mereka dan pelanggan juga boleh bekerjasama untuk mencapai objektifnya kerana faham tujuan dan usaha sama yang sedang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak,” katanya.
Jelas mereka lagi, pandemik yang berlaku ini sudah pun mengajar mereka pelbagai perkara.
“Pandemik ini mengajar kami mengenai Allah turunkan ujian besar, untuk buatkan kita berubah dan keluar dari situasi sedia ada kerana ada peluang lebih baik untuk kita di luar sana.
“Peluang yang besar ada di mana sahaja, pada bila-bila masa dan dalam apa juga situasi. Yang penting adalah samada kita sedar waktunya sudah tiba dan samada kita sanggup bertindak untuk merebutnya,” katanya.
Katanya, usahawan perlu bersedia dengan ilmu perniagaan dan ilmu pemasaran selengkapnya, dan tahu untuk menggunakannya bila diperlukan dalam situasi berbeza.
Bukan tunggu masalah datang baru nak pergi belajar ilmu pemasaran baharu. Malah, “content marketing” adalah satu keperluan penting dalam perniagaan.
“Apabila usahawan ada ilmu tentang “content marketing”, tahu macam mana mahu menghasilkan “content” dan tahu menggunakannya di platform yang sesuai , perniagaan akan boleh pergi jauh dan boleh bertahan dalam apa juga situasi,” katanya.
Katanya, apa yang membuatkan mereka terus berjuang membangunkan perniagaan antaranya adalah kerana melihat ramai usahawan di luar sana masih tidakk jelas tentang “branding” dan “content”.
Ramai usahawan yang terpaksa bersusah payah membuat “content” tanpa ada perancangan dan “content direction” yang jelas.
“Sebab iitulah ianya memberikan satu semangat kepada kami untuk bantu usahawan dalam membina jenama dengan content yang sesuai, bermutu, dan yang tepat kepada sasaran,” katanya.