Siapa yang tidak bangga apabila perniagaan yang diusahakan terpilih untuk memasarkan produk berjenama antarabangsa yang sudah bertapak lamanya di seluruh dunia. Inilah yang berlaku kepada Sharini Kaur atau Nisha Kamal apabila syarikatnya, Miyomex Entreprise diberi kepercayaan oleh syarikat gergasi dan pengilang terbesar Ayurveda di Sri Lanka untuk memasarkan produk berjenama Chandanalepa di Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat berstatus perusahaan kecil dan sederhana milikan bumiputera, Miyomex Entreprise kini membawa jenama Chandanalepa ke dalam pasaran Malaysia. Menurut Sharini, produk berkenaan telah berada di pasaran Sri Lanka selama 28 tahun dan sudah berkembang sehingga ke Amerika Syarikat, Belanda, Republik Czech, Lubnan, Jordan, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Oman, China, Taiwan, Filipina dan juga Singapura.
“Dengan pegangan pasaran yang begitu besar dan mampu menembusi pasaran negara-negara maju, ini bermakna Chandanalepa adalah produk yang dipercayai dan dikehendaki oleh mereka yang sudah mencubanya.
“Justeru, kami mengambil peluang ini untuk memperkenalkan produk yang luar biasa ini kepada rakyat Malaysia,” kata usahawan wanita berusia 40 tahun itu kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata keunikai produk Chandanalepa adalah ia diformulasikan menggunakan formula Ayurveda tradisional dan rahsia yang telah diadun dengan Herba Ayurveda daripada zaman berzaman.
“Produk ini berasal dari Sri Lanka dan ia adalah sebuah negara yang dikenali dengan pelbagai tumbuhan asli dengan ciri-ciri perubatan yang unik, malah budaya kecantikan asli Sri Lanka telah bermula sejak ribuan tahun dahulu.
“Formula abadi ini diturunkan kepada setiap generasi melalui amalan keluarga. Apa yang penting, produk Chandanalepa telah mendapat kelulusan dari Jabatan Ayurveda Sri Lankan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT220302146K) dan pengguna di negara ini tidak perlu bimbang akan status risikonya,” katanya lagi.
Ditanya bagaimana keunikan produk Chandanalepa ini dapat memberikan kelebihan kepada perkembangan perniagaannya, Sharini berkata produk yang mengandungi 10 herba ayurveda dengan kuantiti setiap herba yang banyak dari sabun ayurveda biasa, dapat memberikan kesan yang luarbiasa.
“Saban hari, kami menerima maklumbalas yang positif mengenai sabun dan krim Chandanalepa dan ia ternyata mendatangkan kegembiraan kepada saya dan kakitangan saya. Ia telah menjadikan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi jenama Chandanalepa ini di dalam negara.
“Disebabkan itu, kami berazam untuk terus memperkenalkan dan menyediakan produk yang bermanfaat ini kepada rakyat Malaysia. Kami ingin melihat produk ini bertapak meluas di pasaran Malaysia di mana ia boleh dibeli di kebanyakan kedai, farmasi dan pasar raya. Kami juga ingin mengajak orang ramai untuk menjadi agen dan sama-sama kita membina kejayaan dan menjana pendapatan,” tambahnya lagi.
Sharini berkata sebagai seorang usahawan, beliau sedar tiada jalan pintas untuk berjaya dan semestinya kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Biarpun menyedari cabaran dan kesukaran yang terbentang di hadapan, wanita cekal itu bertekad untuk tidak akan sesekali berputus asa dan akan terus berjuang untuk membangunkan perniagaannya.
“Saya gembira apabila saya mendapat maklum balas positif dari pelanggan, apabila ramai yang mendapat manfaat dari produk ini dan apabila ada yang pulih dari masalah kulit yang mereka alami. Perkembangan ini membuatkan saya merasa lega dan bahagia kerana dapat membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
“Selain itu, saya juga rasa sayang jika produk yang berkualiti seperti Chandanalepa ini tidak diwar-warkan kebaikan dan manfaatnya. Saya mahu terus berkongsi kebaikan produk ini kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.