Jenama ikansalmon.my bekal produk hasil laut berkualiti

Produk hasil laut seperti ikan salmon, King Crab, ‘lobster’ dan sebagainya sememangnya mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Selain daripada rasanya yang enak, makanan laut juga adalah sumber protein yang sangat penting dalam diet seharian.

Makanan laut menawarkan tekstur dan rasa yang unik berbanding daging serta ayam dan tersenarai sebagai sumber hidangan yang berkhasiat selain buah-buahan dan sayur-sayuran. Terdapat beberapa jenis makanan laut yang boleh diamalkan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik antaranya adalah ketam dan ikan salmon.

Ketam adalah satu daripada makanan yang tinggi dengan protein serta Omega 3. Ia juga turut mengandungi selenium, kalsium, zink, zat besi serta kromium. Selenium merupakan antioksida serta mineral yang tinggi. Ia juga mengandungi zat besi yang mencipta sel darah merah serta dapat mencegah keletihan.

Manakala ikan salmon pula adalah ikan yang tergolong dalam keluarga ikan berlemak seperti ikan makarel, sardin serta hering. Ia antara ikan yang begitu popular di seluruh dunia kerana reputasinya dalam bidang kesihatan sangat bagus.

Isi ikan ini baik untuk kesihatan jantung dan dapat menurunkan berat badan seseorang. Omega 3 merupakan antara manfaat yang boleh anda perolehi dari ikan salmon ini. Satu kajian telah membuktikan bahawa Omega 3 dapat membantu masalah penglihatan yang berkait rapat dengan usia.

Melihat kepada manfaat yang ada pada makanan laut ini selain permintaan yang tinggi diterima daripada penggemarnya, Amir Amrullah Azahari mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat Naura Ammar Trading Services pada tahun 2020.

Syarikat berkenaan adalah pemilik jenama ikansalmon.my yang juga pembekal bumiputera produk ikan salmon, makanan laut serta makanan sejuk beku bagi pasaran Lembah Klang serta kawasan berdekatan.

Bercerita mengenai operasi syarikatnya kepada Entrepreneur Insight, usahawan berusia 36 tahun itu berkata pada masa ini mereka mempunyai 43 produk yang sedia untuk dijual.

“Kami menawarkan pelbagai pilihan bahagian ikan salmon yang berkualiti seperti ‘steak cut’, ‘fillet’, ‘belly’ dan dijual pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. Manakala bagi produk laut premium seperti King Crab dan ‘Lobster’ pula, ia turut dijual tetapi perlu ditempah sehari atau dua hari lebih awal,” kata anak kelahiran Kelantan ini.

Selain produk yang dinyatakan, antara hasil laut lain adalah ‘fillet’ ikan dori, udang, sotong, ‘saba mackerel’, siakap liar, jenahak liar, ‘baby octopus’, lala, isi kerang dan pelbagai lagi.

“Kami juga menawarkan produk sejuk beku seperti kambing perap, daging harimau menangis, ayam perap, ayam korea, takoyak, ‘corndog’ dan sebagainya.

“Syarikat saya membekalkan produk yang berkualiti dengan pembungkusan yang kemas serta harga yang berpatutan. Penghantaran juga pantas iaitu dalam masa sehari atau dua hari. Kami juga menawarkan pulangan wang sepenuhnya jika produk yang diterima tidak seperti yang dijanjikan,” katanya lagi.

Amir berkata pada masa ini, jualan paling laris adalah produk ikan salmon ‘steak cut’ yang mencecah hampir 30 kilogram hingga 50 kilogram setiap hari.

“InshaAllah kami akan terus memenuhi kehendak pembeli sekitar Lembah Klang yg inginkan produk laut berkualiti terutamanya ikan salmon.

“Semua produk kami boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web kami ikansalmon.my dan kami juga menawarkan pelbagai pilihan bayaran termasuk tunai, perbankan dalam talian, kad debit serta kad kredit.

“Ingat salmon, ingat ikansalmon.my” tambahnya lagi.