Impian Solehah Trading perkenal produk makanan sunnah berkualiti

Makanan tambahan yang dihasilkan ramai usahawan produk makanan hari ini tumbuh umpama cendawan selepas hujan.

Pelbagai produk dengan pembungkusan menarik dan pengiklanan kreatif memahat perhatian masyarakat atau individu yang gemar mencuba produk unik tetapi mempunyai fungsi baik dalam kesihatan.

Jualan produk makanan berasaskan makanan sunnah antara yang mendapat perhatian bagi mereka yang ingin memiliki kesihatan secara optimum dan mudah didapati.

Malah, boleh dikatakan makanan berasaskan ramuan Sunnah seperti kurma, minyak pati zaitun, kekacang mahupun pelbagai  lagi penawar yang terdapat dalam Sunnah dan hadith antara yang meraih perhatian mereka yang mahukan penyembuhan secara alami.

Produk seperti ini dikatakan kurang memberi kesan mudarat jika digunakan secara berterusan atau terlalu lama kerana bahan digunakan organik dan berkhasiat tinggi.

Impian Solehah Trading yang didaftarkan pada 2015 untuk memulakan perniagaan atas talian ketika itu antara yang ke hadapan membantu masyarakat yang mementingkan tahap kesihatan yang baik menerusi makanan sunnah.

Menghasilkan produk istimewa diberi nama, Gummy Halal yang berasaskan  tujuh makanan Sunnah, produk keluaran muslim ini  dicampur gula organik sebagai makanan tambahan terbaik untuk anak-anak.

Ia dilihat memancing perhatian ibu bapa yang mahu menjadikan anak mereka bukan saja cerdas mindanya tetapi pada masa sama memiliki tahap kesihatan yang baik.

Usahawan,Farhana Ahmad Napiah, berkata produk-produk halal khususnya gelatin amat sukar untuk dicari dalam pasaran pada masa kini.

Jadi, produk yang dihasilkan ini merupakan peluang luas dan terbuka untuk mereka menawarkan produk Gummy Halal yang sedap dan berkhasiat khususnya pada musim banyak penyakit berjangkit sekarang yang mencetuskan kebimbangan ramai.

Ia juga dilihat usaha terbaik bagi mereka yang inginkan anak-anak sihat sekaligus dapat memberi fokus kepada proses pembelajaran mereka.

“Pandemik sememangnya menganggu kelancaran usahawan di negara ini dalam melakukan pemasaran dan jualan. Tetapi kami mengambil sikap untuk terus cekal berusaha walaupun keadaan ekonomi semakin kritikal tetapi perniagaan makanan sihat dilihat tetapi diperlukan secara dalam talian.

“Suri rumah juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja  dan ia satu peluang baik yang perlu disambut dengan terbuka,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Sama seperti yang dimpikan mana-mana usahawan di negara ini, beliau juga mempunyai impian dan cita-cita untuk direalisasikan iaitu untuk berjaya dan kehadapan menyebarkan keistimewaan, keunikan dan khasiat makanan Sunnah Gummy halal kepada masyarakat di negara ini.

“Antara usaha dan cara kami menyebarkan kebaikannnya adalah meningkatkan usaha iklan dan strategi pemasaran yang lebih kreatif dan meluas di media sosial dan secara fizikal dengan bersungguh-sungguh atas niat membantu masyarakat,” katanya.

Dalam istilah perniagaan yang dipelopori beliau, anak kelahiran Kuala Selangor, Selangor ini tidak pernah sesekali lemah dengan setiap cabaran dan halangan yang pernah dilalui  atau mungkin bakal dilalui selepas ini. Lemah bermaksud tiada kejayaan dan gagal tiada dalam isitlah perjuangan beliau sebagai usahawan.

Ini kerana ia hanya merencatkan langkah beliau untuk ke hadapan memajukan perniagaan yang diperjuangkan ini sekaligus tidak dapat menyebarkan kebaikan produk makanan Sunnah istimewa itu kepada golongan sasar.

“Saya memang minat berniaga dan akhirnya  tercapai impian. Malah, saya sangat berpuas hati dapat membantu ramai surirumah menjana pendapatan mereka sekaligus mereka dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

“Usaha ini akan dilakukan secara berterusan dan semoga hasrat murni ini dapat dilakukan untuk berbakti kepada masyarakat dan agama,” katanya.