Dania Optometry tampil bantu masyarakat menerusi penjagaan mata secara holistik

Dania Optometry bermula melalui program mobil yang mana usahawan yang juga pengasas, Nurul Wahi Md Rasib dan Muhammad Farid Md Noh, membuka gerai jualan di kampung dan pejabat swasta serta kerajaan sekitar Mersing, Johor pada 2012 lalu namun ditutup pada 2014 untuk berpindah ke Sungai Buloh, Selangor.

Manakala cawangan Dania Optometry pertama adalah di Saujana Utama Sungai, Buloh sekitar 2014 dan Dania Optometry cawangan kedua pula dibuka di Mersing, Johor pada 2017 bagi menghargai pelanggan lama mereka di Johor.

“Kami bermula secara kecil kecilan dengan duit modal yang ada dan bantuan perniagaan daripada Perbadanan Usahawan (PUNB)

“Dengan hanya dua orang kakitangan  termasuk kami berdua yang juga merupakan optometris dan mempunyai pengalaman dalam bidang optometri selama enam tahun pada waktu itu, kami jalankan perniagaan berdua sahaja tanpa bantuan kakitangan .

“Enam bulan kemudian barulah kami mula mengambil kakitangan untuk membantu urusan perniagaan dan jualan.

“Selama tempoh itulah juga kami berdua mengorbankan masa cuti dan rehat demi membangunkan perniagaan yang baru dibina,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Kongsi mereka yang berasal daripada Negeri Sembilan ini, antara khidmat yang dibantu adalah bagi mereka yang sudah memakai cermin mata tetapi masih lagi kabur, susah fokus, rasa senak mata, cepat letih dan selalu pening kepala.

“Pandangan kabur dan sakit mata akan terjadi bukan kerana masalah rabun semata- mata.

“Kami di Dania Optometry mendapati hampir 50 peratus pelanggan mempunyai sakit mata dan sakit kepala berpunca daripada sistem fungsi mata dan bukan semata-mata rabun sahaja.

“Malah mereka juga telah disahkan bebas daripada masalah penyakit mata seperti ulser, glaukoma, katarak dan penyakit yang disebabkan oleh Diabetic Retinopati,” katanya.

Oleh sebab itu, mengapa pemakaian  cermin mata biasa atau menaik taraf lensa bukanlah solusi utama bagi masalah rabun. Anda wajib melakukan pemeriksaan mata yang menyeluruh.

“Mereka ini dikategorikan mempunyai masalah masalah mata yang tersembunyi yang dipanggil sebagai ‘Eye Vision Problem’.

Secara keseluruhannnya, ‘Eye Vision problem ‘ ini disebabkan oleh sistem otot mata dan saraf yang mengawal otot mata tidak berfungsi secara berkesan.

“Ini menyebabkan otot mata bekerja lebih atau terlalu lemah mengakibatkan sistem mata turut bekerja dengan tidak berkesan

“Di sinilah punca berlakunya senak mata, sakit dibahagian kening sakit kepala , sukar membaca jarak dekat dan ketika menukar fokus jauh-dekat-jauh, mata kerap berair, silau dan lebih teruk lagi muntah-muntah.

“Untuk masalah ‘Eye Vision’ ini, cermin mata biasa tidak akan membantu menyelesaikan masalah anda. Lebih teruk lagi jika masalah ini dibiarkan ia boleh menyebabkan berlaku juling dan masalah mata malas. Bagi kes seperti ini, kami rawat dengan kanta khas yang dipanggil ‘CDK’,” katanya.

Selain daripada ‘Eye Vision Test’, kami juga menyediakan khidmat terapi penglihatan sebagai sokongan kepada rawatan kanta khas.

Terapi ini dinamakan ‘Eye Vision Therapy’.  Sesi khas siri terapi selama 30 minit dan satu jam setiap sesi akan berlangsung untuk memulihkan semula sistem mata yang lemah atau terlebih kuat dan membantu pesakit membina kemahiran melihat yang baru.

Inilah kunci utama bagi mengelakkan masalah yang sama berulang kembali kerana mereka diajar untuk mengurus persepsi visual yang betul.

Hadirnya pandemik pada tahun 2019 memberi tamparan hebat kepada perniagaan yang modul perniagaannya secara fizikal. Berdepan dengan situasi terpaksa menutup premis perniagaan berbulan-bulan meningglkan trauma kepada mereka

“Di sini kami belajar penting untuk menguasai pasaran digital dan dunia dalam talian supaya pelanggan mengenali kita di platform atas talian. Kami juga sedar penting untuk ada mentor yang betul bagi membimbing perniagaan ke hala tuju yang betul.