AIM Innovations Sdn Bhd komited tawar perkhidmatan terbaik menuju era IR 4.0

AIM Innovations Sdn Bhd ialah anak syarikat AIM Solutions Group Berhad, yang fokus memberi tumpuan kepada Perkhidmatan Penghantaran Digital di negara ini.

Matlamat dan objektifnya dalam empayar perniagaan dijalankan adalah sebagai  usaha berterusan  membantu pelanggan mereka untuk menambah baik perkhidmatan mereka dan berhijrah daripada proses manual kepada digital.

Pada masa sama, pihak syarikat amat komited mengusahakan perkhidmatan  dari luar talian kepada dalam talian serta  usaha berterusan menuju ke era Revolusi Perindustrian Keempat ( IR 4.0) pendigitalan.

Antara lain,  Perkhidmatan Penghantaran Digital yang disediakan mereka termasuk Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS)

“Penyelesaian IMS kami membantu pelanggan kami  menerusi koperasi dan persatuan dalam menguruskan pelbagai aspek operasi harian kami. 

“IMS kami dilengkapi dengan sembilan modul lengkap termasuk Aplikasi Mudah Alih seperti yang kami jalankan,” katanya kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini.

Katanya, pihaknya  juga turut menawarkan  aplikasi web Tabung Pengurusan Kebajikan menerusi  permohonan dan kelulusan untuk tabung kebajikan, web aplikasi laporan yang mengandungi dua laporan asas menerusi modul pembangunan tersendiri serta aplikasi mobil iaitu Pengurusan Keahlian yang mengandungi  kemaskini profil , notifikasi, berita dan akses pengurusan keahlian.

“Antara lain aplikasi ini juga menyediakan web permohonan yang mengandungi pengurusan keahlian, web aplikasi akaun, kewangan, pengurusan aset dan pengurusan sumber manusia,” katanya.

Kata beliau lagi, antara lain perkhidmatan yang disediakan adalah dapat mengurangkan proses secara manual penggunaan excel untuk menguruskan maklumat ahli malah terbukti menjimatkan masa dalam mengekalkan sistem ‘ hard copy’ dan berkesan menjadi platform komunikasi  untuk mengedarkan maklumat penyampaian kepada ahli.

Lebih meyakinkan, ia meningkatkan produktiviti di masa hadapan dengan berkesan menerusi perancangan yang strategik untuk pengumpulan data., meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan menerusi teknologi digital serta efektif perancangan masa depan dengan pengumpulan data tersedia.

Selain itu, pihaknya turut menawarkan e-Wages dan Penyelesaian e-Dompet.

“Syarikat kami bekerjasama dengan Yayasan Bumiputra Sabah (YBS) dan Instapay Technologies Sdn Bhd untuk mendigitalkan gaji untuk semua pekerja asing di Sabah (melalui platform e-Wages) dan menyediakan kemudahan perbankan kepada mereka (melalui platform e-Dompet).

“Program ini boleh digunakan secara positif untuk mengurangkan pergerakan dan logistik pekerja asing keluar masuk kawasan kerja serta mengurangkan kebergantungan kepada penyelia/mandor untuk aktiviti perbankan dan sebagainya,” katanya.

Pihak syarikat juga komited untuk  merencanakan Penyelesaian Berbilang Saluran Pembayaran – AIMS PAY.

AIMS Pay ialah penyelesaian berbilang saluran pembayaran yang membolehkan pembayaran melalui gerbang pembayaran fizikal dan dalam talian dari mana-mana dan pada bila-bila masa  termasuk Kemudahan ‘Around The Clock, Around The Corner’.

Selain itu, AIMS Pay menyediakan pengguna dengan semua fleksibiliti untuk pembayaran dan kutipan elektronik. Direka untuk  peniaga dan pengguna dari pelbagai sektor dan industri untuk membolehkan transaksi berbilang platform menggunakan kad kredit dan debit.

MyDebit, Direct Debit (FPX) dan tunai. Terletak secara strategik di lokasi bandar, pinggir bandar dan luar bandar dengan saluran pembayaran tanpa had (di luar waktu pejabat).

Semestinya, syarikat sentiasa bersedia mengukuhkan perancangan syarikat dengan menyediakan  Platform e-Dagang atau Pasaran Digital.

“Pasaran Digital kami melibatkan gabungan unik B 2 B, B 2 C, C 2 C dan B 2 B 2 C pasaran maya untuk sebarang produk dan perkhidmatan.

“Ia memanfaatkan ekosistem perniagaan PKS Mikro, dengan itu menjadikannya bersemangat dan mengujakan.

“Platform e-dagang ini akan menarik dan menarik pemain pasaran lain untuk susunan B 2 B yang mungkin untuk kemudian berkembang ke arah Pasaran Terbuka Dikomersialkan,” katanya.