Syarikat tempatan manfaat alam secara mampan

Memandangkan penghujung tahun semakin menghampiri, adakah anda mempunyai rancangan untuk “penyampaian Hadiah” kepada orang tersayang?

Marilah raikan penghujung tahun dengan kejutan manis bersama GreenA Grove.

Usahawan dan pengasas bersama, May Ho, Bernard Koo dan Hong, masing-masing berasal daripada Kuala Lumpur, menampilkan perniagaan  dan  mendorong usahawan muda  mereka untuk komited dan menjadi inovatif  dalam perkhidmatan.

“Kami adalah syarikat buah-buahan dan hadiah premium serta pengimport dan pemborong selama beberapa dekad  mahu  memberikan produk berkualiti premium dan segar kepada masyarakat,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Bagaimana mereka  memulakan projek “Usahawan Muda”  iaitu “Party in the Park” pada tahun 2018 adalah apabila dua daripada  usahawan muda ini   menyewa gerai sebagai salah satu vendor untuk menyokong aktiviti tahunan sekolah menengah  bagi  mengumpul dana untuk Projek Kafe Autisme.

Kata beliau, The Mango, King of Fruits premium “Golden Kimleng” adalah salah satu buah-buahan mereka yang paling popular dan telah menerima sambutan yang menggalakkan.

“Matlamat kami adalah untuk mempromosi dan memberi perkhidmatan kepada komuniti dan kawasan kejiranan yang berkualiti menerusi Buah-buahan dan Makanan premium, serta  perkhidmatan  Hadiah Mewah yang sesuai untuk Hadiah Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Hadiah Cepat Sembuh, Hantaran, For Him, For Her, Graduasi, Ulang Tahun dan banyak lagi untuk sebarang majlis,” katanya.

Jelas beliau lagi, antara kelebihan memilih pihaknya kerana ia sesuai dengan komitmen mereka  terhadap kemampanan. Semua produk diuji dan dirasai untuk kemanisan, kerangupan, kesedapan dan kesegaran sebelum dimasukkan ke dalam menu mereka.

Nikmati perkhidmatan “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” yang ditawarkan pihaknya yang akan datang menerusi “Buy Smart, Pay Smarter” dengan  kosong  faedah dan banyak lagi hadiah dan tawaran hebat menanti anda Disember ini dan seterusnya*.

Kongsi beliau lagi, ini adalah musim pemberian  kepada yang tersayang dan sebarkan kasih sayang anda dan ingatkan orang yang kami sayangi bahawa kita  bersyukur dapat mengembara bersama mereka.

Sementara itu,  usahawan, Derrick Koo, menerusi Ji He Bioenergy Sdn Bhd, berkata Ji He Bioenergy Sdn Bhd telah ditubuhkan pada Disember 2019, yang mengkhususkan diri dalam pembuatan Biomass Wood Pellet daripada kayu berlesen dari kilang gergaji. Bahan kayu yang digunakan ialah serpihan kayu dan habuk papan.

“Kami juga berdagang dalam produk berkaitan sawit. Ini kerana antara kepakaran kami dalam proses pellet kayu adalah menggunakan pembentukan semula jadi palet kayu tanpa menggunakan sebarang bahan tambahan untuk mengikat kayu palet,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, palet kayu mereka adalah  jenis berkualiti tinggi dengan kilang yang terletak di Kelantan dan Johor, dan pejabat operasi di Gamuda Biz Suites, Kota Kemuning, Selangor.

“Hasil kami iaitu “Wood Pellet” kini dieksport ke negara-negara berikut juga digunakan secara tempatan di Malaysia. Bahagian pasaran adalah Korea sebanyak 70 peratus, Jepun 28 peratus dan Malaysia 2 peratus.

“Penggunaan palet kayu kami adalah untuk loji kuasa menjana elektrik, ia adalah tenaga diperbaharui hijau dan boleh membantu mengurangkan Jejak Karbon Dunia,” katanya.

Katanya, mengurangkan jejak karbon anda adalah penting kerana ia mengurangkan kesan perubahan iklim global, meningkatkan kesihatan awam, meningkatkan ekonomi global dan mengekalkan biodiversiti. Apabila kita mengurangkan pelepasan karbon, kita membantu memastikan udara, air dan makanan yang lebih bersih untuk generasi kita dan untuk generasi yang akan datang.