AA Techdoc Resources Agresif Perluas Skop Perkhidmatan

AA Techdoc Resources ditubuhkan pada 2017 lalu khusus dalam menjadi perunding perniagaan membabitkan sistem jualan dan pengurusan penjenamaan perniagaan pelanggan.

Usahawan, Mohd Huzairi Kassim atau Pakcik, berkata perniagaan berkenaan dijalankan atas minat mendalam terhadap bidang berkenaan sejak usia kecil lagi.

“Saya memang berminat dengan peta jalan sejak kecil. Malah saya ada membeli cetakan peta jalan raya Malaysia di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia berusia lebih 25 tahun untuk rujukan semasa melancong atau urusan kerja.”

“Selepas menyedari pihak Google ada kemudahan peta melalui Google Maps, saya amat teruja. Malah selepas dikaji pada 2017, saya mendapati kemudahan ini amat relevan pada setiap pemilik perniagaan untuk menjimatkan kos pemasaran dan meningkatkan jualan.”

“Malah penjenamaan sesebuah syarikat menjadi lebih mudah untuk menaikkan nilai dan kepercayaan pelanggan.” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Kata anak kelahiran Kuala Lumpur ini, kelebihan ini tertumpu kepada kemudahan untuk menanda atau pin lokasi sesebuah perniagaan di dalam aplikasi Google Maps menerusi Apps Google My Business (GMB).

Katanya lagi, sejak 2022, GMB ditukarkan namanya kepada Google Business Profile (GBP).

Selepas mencuba lebih lima entiti perniagaan sendiri dan sahabat terdekat, pihaknya turut mendapati GBP ini sangat relevan untuk setiap perniagaan di negara ini.

Sejak 2018, pihaknya mula menawarkan perkhidmatan untuk aplikasi pin lokasi perniagaan kepada pemilik perniagaan di seluruh Malaysia dengan menjenamakan perniagaan mereka melalui konsep #pakciklocation.

Manakala sejak Jun 2022 lalu, usahawan ini turut menawarkan “Private Coaching” #pakciklocation yang direka khusus untuk pemilik perniagaan supaya memudahkan usahawan untuk memahami dan menjalankan perniagaan melalui kaedah strategi yang betul di pin lokasi perniagaan di Google Maps yang disediakan.

Kata usahawan berusia 47 tahun ini, pihaknya turut menawarkan “Private Coaching” #pakciklocation yang fokus dalam menaikkan pin lokasi perniagaan ke “Page Pertama Di Google” dan memudahkan pemilik perniagaan untuk mencapai jualan dengan teknik yang cepat dan berkesan.

Beliau juga berbangga kerana antara kelebihan perniagaannya adalah menjadi jenama yang dipercayai melalui susunan informasi di profil perniagaan di dalam pin lokasi bisnes.

“Pada masa sama, aplikasi ini menjimatkan kos dengan mengunakan sebuah aplikasi dan sistem yang percuma tapi beri impak besar kepada jualan dan jenama perniagaan. Usahawan juga akan mendapat manfaat seperti laman web percuma dan menawarkan sokongan serta nasihat selama tiga bulan berkenaan #pakciklocation.” katanya.

Jelas beliau lagi, konsep #pakciklocation adalah direka khas khusus untuk setiap perniagaan.

Justeru, setiap pemilik perniagaan memiliki peluang untuk mengetengahkan apa saja strategi perniagaan mereka selari dengan pin lokasi yang akan dibuat nanti yang mana konsep ini tidak ditawarkan oleh syarikat lain.

Katanya, pandemik yang berlaku selama lebih dua tahun juga sememangnya memberi impak kepada usahawan yang tidak bersedia menggunakan pendekatan perniagaan dalam talian.

“Sistem jualan, laman web, kemudahan bayaran dalam talian dan banyak lagi menjadi amat kritikal untuk dikuasai.”

“Alhamdulillah, pihak kami sudah bersedia lebih awal dan tidak memberi impak yang terlalu besar. Malah jualan kami meningkat semasa pandemik.”

“Kami menyeru setiap pemilik perniagaan laburkan 10 hingga 20 peratus belanjawan perniagaan setahun untuk beralih pada sistem dalam talian segera supaya tidak ketinggalan selepas ini.” katanya.

Pihaknya turut mahu menaikkan jenama #pakciklocation supaya dikenali sebagai rujukan dan pilihan utama untuk mendapatkan konsultansi berkenaan pin lokasi perniagaan setiap usahawan di Malaysia.

“Perjalanan hidup ini sehingga sekarang semuanya dengan izin Allah. Maka, tenang, senyum dan bersyukurlah. Buat sampai jadi.” katanya.