Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak produk kesihatan alternatif yang berteraskan tumbuhan Sacha Inchi mula memasuki pasaran tanah air. Sacha Inchi atau nama saintifiknya Plukenetia volubilis adalah sejenis tumbuhan yang banyak ditemui di Kawasan tropika Amerika Selatan dan ia juga ditanam pada skala komersil di rantau Asia Tenggara.
Biji dan daun Sacha Inchi tidak boleh dimakan secara mentah kerana ia mengandungi toksin, bagaimanapun, bijinya selamat dimakan selepas ia menjalani proses pembakaran atau dipanggang. Kebiasaannya, biji Sacha Inchi akan dikisar menjadi serbuk halus selepas dipanggang dan ia kemudiannya akan dicampur ke dalam pelbagai jenis produk makanan.
Sama seperti khasiat semulajadi tumbuhan yang lain, Sacha Inchi juga mempunyai pelbagai kegunaan, sama ada dalam masakan atau produk kesihatan. Mahal, daunnya juga boleh dikeringkan dan dibancuh untuk dijadikan teh herba.
Bagi Mohd Hizzat Mohd Shah, beliau terpanggil untuk meneroka potensi yang ada pada pasaran produk berteraskan Sacha Inchi menerusi jenama Hizz Sacha Inchi.
Bercerita lebih lanjut, usahawan berusia 37 tahun itu berkata Hizz Sacha Inchi merupakan perniagaan di bawah anak syarikat kepada Al Furqan Group of Companies iaitu Al-Furqan Global Marketing yang ditubuhkan pada tahun 2022.
“Bisnes ini memfokuskan kepada barangan daripada tumbuhan semula jadi yang diperbuat daripada tumbuhan Sacha Inchi. Produk Hizz Sacha Inchi Oil merupakan produk pertama yang dikeluarkan oleh Al Furqan Global Marketing iaitu produk kesihatan untuk mencegah dan merawat penyakit kronik yang dialami oleh masyarakat di Malaysia,” katanya kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini.
Beliau berkata produk Sacha Inchi mempunyai keunikan tersendiri dengan kelebihan 17 kali ganda lebih baik daripada minyak ikan, Omega 3,6,9 dan Vitamin A & E dengan ketumpatan gel lembut sebanyak 560 gram.
“Paling penting, ia dijual dengan harga yang mampu milik iaitu kurang daripada RM100. Hizz Sacha Inchi Oil juga berbeza dengan produk lain yang kebiasaannya didatangkan dengan ketumpatan gel lembut sebanyak 500 gram – 530 gram sahaja,” kata anak kelahiran Ampang, Selangor ini lagi.
Antara manfaat lain yang ada pada produk Sacha Inchi termasuklah bermanfaat untuk sistem penghadaman dan mampu mengimbangi bakteria berfaedah dalam usus untuk melancarkan sistem penghadaman.
Selain itu, ia juga boleh membantu menurunkan berat badan kerana satu biji Sacha Inchi Oil boleh membekalkan lebih kurang 70 kalori serta mengandungi nutrisi penting seperti protein dan serat yang baik.
Mohd Hizzat berkata beliau yakin dengan kelebihan yang ada pada produknya iaitu berat yang lebih tinggi dengan harga yang murah dapat membuka peluang untuk memajukan lagi perniagaan kami.
“Kami juga berharap ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga kesihatan.
“Memandangkan kami masih baru dalam pasaran, saya kini sedang mencari solusi untuk mengembangkan lagi bisnes dalam apa jua situasi termasuk di dalam fasa yang mencabar seperti Covid-19.
“Dalam masa tiga tahun lagi, saya berharap dapat mengembangkan nama “HIZZ” serta menjadikan produk Sacha Inchi dikenali lebih ramai orang.
“Saya juga berharap produk ini akan sentiasa kukuh dipasaran seperti jenama-jenama hebat yang lain dan bagi mencapai sasaran berkenaan, saya perlu membuat lebih banyak kempen pemasaran kerana itu dapat membuatkan orang ramai lebih kenal produk saya.
“Saya memasang impian yang besar untuk menaikkan produk, jenama dan syarikat dan saya tidak akan berputus asa dengan pernigaan ini,” katanya lagi.