ADLUXURY HOMESTAY sasar jadi Pusat Sehenti dan rujukan utama pelancong asing

ADLUXURY HOMESTAY pertama kali diasaskan oleh  Noordiana  Mat Zin pada tahun 2018 lalu yang lebih dikenali sebagai Nuna. Beliau menceburi bidang hospitaliti hanya sebagai hobi kerana minat beliau terhadap perniagaan dalam talian dan pengembaraan. Bagaimanapun, hobi itu mula menjadi perniagaan yang serius apabila beliau menyedari potensi perniagaan itu. Beliau juga selalu berdepan dengan pelbagai pelanggan yang berbeza budaya dan agama, namun beliau telah menganggap semua itu adalah cabaran dalam perniagaan semata.

“Bermula dari hanya unit pertama di Setia Sky Residences pada sekitar Feb 2018 , yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Bharu. Beliau kemudiannya menambah lebih banyak unit kerana permintaan semakin meningkat dan sehingga kini Adluxury Homestay mempunyai sekitar 10 unit di bawah pengurusannya yang terletak di sekitar ibu kota Kuala Lumpur iaitu Tropicana Residence, Star Residence, Sky Suites, Vortex, Times Square, Sfera Residence dan Legasi.

Kemudian, pada sekitar tahun 2021,  Adluxury Homestay telah mula mengembangkan sayapnya yang  disertai sahabatnya yang mempunyai minat yang sama iaitu Puan Noor Ellyshafika binti Mohd Razali sebagai rakan kongsi untuk mereka mula mengembangkan perniagaan homestay menjadi versi yang lebih luas dan telah menambah lebih banyak unit di lokasi berbeza di bawah pengurusannya. Adluxury Homestay juga sedang membuat perancangan untuk mengembangkan perniagaan ke kawasan baru iaitu sekitar Mont Kiara dan Bukit Bintang.

Adluxury Homestay menyediakan perkhidmatan penginapan sewa apartment di sekitar Kuala Lumpur yang berkonsep rumah apartment/kondominium moden yang mempunyai Ruang tamu, Bilik Tidur, Tandas, Dapur dan Balkoni. Ruang parkir kereta juga diberikan percuma dan sesetengah bangunan perlu membuat bayaran bagi lebihan kereta yang dibawa pelanggan. Keistimewaan penginapan sewa apartment yang  disediakan Adluxury Homestay adalah pelanggan boleh membuat pilihan dan boleh memuatkan kapasiti sekitar 6-8 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Bagi kemudahan yang dijanjikan kepada pelanggan yang menginap di Adluxury Homestay juga boleh memasak kerana peralatan memasak disediakan dan boleh menikmati suasana bersantai bersama keluarga seperti berada di rumah ketika bercuti. Pelanggan juga boleh bersantai di ruang balkoni sambil menikmati pemandangan bangunan iaitu KLCC, KL Tower, Tun Razak Exchange dan Jambatan Saloma yang kini tersergam indah.

Kata anak kelahiran kelantan ini, antara kelebihan penginapan bersama Adluxury Homestay adalah pelanggan boleh menikmati pemandangan bangunan dan hiasan cahaya lampu disekitar penginapan yang dipilih. Pemandangan yang indah pada waktu malam di ibukota Malaysia ini telah tersenarai diantara tempat tumpuan utama pelancong dari seluruh dunia. Oleh itu, beliau yakin dengan suasana kota yang unik ini mampu meninggalkan pengalaman dan detik indah  kepada pelanggan.

Justeru itu, dari segi pemasaran.

 “Adluxury Homestay pada asasnya menggunakan platform dalam talian sebagai medan pengiklanan utama dan penyampaian pesanan ringkas kepada kenalan rapat di luar  talian,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini. Adluxury Homestay juga berdaftar dengan aplikasi Booking.Com yang mempunyai kunjungan paling ramai iaitu sebanyak lebih 2 Juta pelanggan dari seluruh dunia.

Adluxury Homestay juga sangat menitikberatkan pengiklanan dan promosi melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatapps. Pelanggan boleh membuat tempahan bilik hanya melalui whatapps seperti yang telah disediakan pada laman sosial media iaitu facebook atau instagram. Ianya sangat mudah dan tidak perlu melalui proses pendaftaran untuk tempahan yang rumit.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan kini kearah tranformasi digital telah mendorong beliau kepada penciptaan laman web digital yang mempunyai sistem pembayaran yang mudah dan pemilihan unit. Pelanggan boleh mengakses semua homestay di bawah pengurusannya dan boleh memilih berdasarkan lokasi pilihan mereka. Pihaknya juga menyasarkan maklum balas yang positif daripada pembangunan laman web serta dapat meningkatkan jualan melalui platform pemasaran yang stabil.

Kini, pihaknya turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak swasta atau pun badan bukan kerajaan (NGO) kerana bagi setiap mereka mempunyai ahli tersendiri dan juga jaringan pelajar-pelajar IPTS dan IPTA. Kerjasama yang diwujudkan adalah untuk memberikan peluang kerjasama didalam bidang hospitaliti kepada semua pihak supaya dapat membentuk ekosistem ekonomi yang lebih mampan dan sihat.

Besar harapan mereka untuk tersenarai diantara penginapan dan rujukan utama pelancong asing untuk melawati Malaysia. Jadi, mereka akan lebih berkeyakinan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan menerusi maklumat serta harga yang berpatutan selain penyediaan perkhidmatan berkualiti dan kepuasan hati pengunjung diutamakan.

“Kami mahu membina Pusat Sehenti bagi yang mempunyai sistem pengurusan pintar dan mengumpulkan semua lokasi homestay di bawah pengurusan kami,” katanya.