A AZ Enterprise mahu perluaskan lokasi perniagaan, bantu tawarkan peluang pekerjaan

Bermula dengan perniagaan percetakan dan kafe siber serta membaiki telefon, usahawan, Muhamad Azhar Ahmad Zulkifli, 40, menubuhkan perniagaan,  A AZ Enterprise pada 25 Oktober 2007 lalu.

Kata usahawan berasal daripada Machang, Kelantan ini, .tujuan utama perniagaan A Az Enterprise ditubuhkan pada awalnya adalah  untuk memudahkan penduduk sekitar dan  pelajar sekolah mendapatkan perkhidmatan percetakan untuk kerja sekolah mereka, fotostat  dan urusan kerja  yang lain.

“Pada peringkat awal,ramai yang ingin melanjutkan pelajaran menggunakan perkhidmatan yang saya sediakan seperti  bmengisi boring pencarian pekerjaan di  siber kafe saya.

“Tetapi disebabkan peredaran masa dan kemudahan serta kos perkhidmatan, ia tidak dapat bertahan lama.

“Pelanggan lebih memilih membeli komputer riba dan selesa mengisi di rumah mereka masing- masing. 

“Oleh itu, saya mengambil keputusan beralih kepada perniagaan mencuci kereta, mengilat kereta dan beberapa perkhidmatan lain selain mengambil upah dalam kerja-kerja mengecat untuk operasi perniagaan sekarang,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Muhamad Azhar, berkata bagi perkhidmatan mengilat dan wax, mereka amat mengutamakan kualiti dan sentiasa komited memberi hasil kerja yang memuaskan kepada pelanggan.

“Ia selari dengan motto utama perniagaan kami iaitu “KERETA BERSIH KEUTAMAAN KAMI”, kami sentiasa mahu memberi yang terbaik dengan memberi perkhidmatan bermutu tinggi.

“Selain itu, perniagaan kami juga menawarkan perkhidmatan bergerak dari pintu ke pintu untuk kemudahan pelanggan.

“Untuk harga,perkhidmatan, kami tetapkan istilah “win win “ iaitu tidak terlalu tinggi untuk pelanggan dan berbaloi dengan kos operasi kami,” katanya.

 Kongsi beliau lagi, begitu juga dengan perkhidmatan mengecat rumah dan bangunan yang mana pihaknya sentiasa mengutamakan kualiti selain dibantu pekerja mahir yang telah bekerja selama 15 tahun dalam bidang binaan dan mengecat.

 “Adalah menjadi hasrat saya supaya perniagaan saya dapat dilihat sebagai sebuah syarikat yang berkualiti dalam hasil kerja yang ditawarkan kepada pelanggan.

 “Seperti yang kita maklum,pandemik yang kita alami adalah tidak disangka dan diluar jangkaan   sesiapapun. Misalnya, perniagaan yang kukuh tetapi oleh sebab beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, banyak perkara berlaku kepada usahawan,” katanya.

Beliau berkata, jika seseorang itu mempunyai simpanan yang kukuh, pandemik dapat diharungi dengan lebih baik berbanding tidak memiliki simpanan kukuh.

“Saya tidak dapat mengukuhkan dan menyimpan dalam jumlah yang sepatutnya. Jika kita dapat menyimpan dalam jumlah yang kukuh , mungkin kita akan harungi pendemik dengan rasa terkesan .

“Nasib baik kerajaan dapat membantu dengan meringankan beban ditanggung usahawan kerana pengurusan kewangan merupakan faktor penting dalam sebuah perniagaan,” katanya.

Usahawan ini juga berharap, impiannya untuk memajukan dan mengukuhkan perniagaan serta memperluaskan lokasi perniagaan dapat dicapai.

“Saya mahu perniagaan ini lebih dikenali sebagai perniagaan yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti di samping dapat mengupah pekerja yang berkemahiran tinggi serta dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai.

“Saya juga mahu memuaskan hati semua pelanggan. Begitu juga dengan perkhidmatan yang saya tawarkan seperti mengecat rumah dan bangunan, harap ia dapat memuaskan hati pelanggan apabila hasil kerja kelihatan kemas dan cantik,” katanya.

Jelasnya lagi, perkara pertama yang beliau semat dalam diri adalah  ingin berjaya dalam bidang yang diceburi kerana sejak kecil lagi, beliau memiliki  sifat ingin melihat kerja yang kelihatan kemas ,menarik dan cantik selain membantu mereka yang berada   dalam kesusahan dengan menawarkan peluang pekerjaan terbaik kepada mereka yang memerlukan .