Yorich World Empire kongsi rezeki bersama rakan niaga

Kopi adalah antara minuman kegemaran ramai tanpa mengira latar belakang umur, sama ada yang sudah berusia mahupun golongan muda. Aromanya yang memikat ditambah dengan rasanya yang enak telah menjadikannya pilihan utama untuk memulakan hari.

Melihat kepada potensi besar yang ada dalam pasaran kopi pracampuran, syarikat Yorich World Empire (Yorich World) telah mengeluarkan kopi herba Riccano Coffee Sacha Inchi.

Yorich World diasaskan secara bersama oleh pemiliknya iaitu Sazrul Redzuan Razali dan adik beradiknya yang lain iaitu Nurul Hidayah dan Hanis Zulaikha. Perniagaan keluarga itu ditubuhkan pada daripada tahun Mei 2019 dan beroperasi di Plaza Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Syarikat itu menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman dan antara produk keluarannya selain kopi Riccano adalah Bahulu Lapis Tradisional, roti manis golok, air jamu segar malam.

Bercerita mengenai operasi syarikat kepada Entrepreneur Insight, Sazrul berkata pengedaran produk-produk syarikatnya telah menembusi pasaran di Semenanjung Malaysia seperti Melaka, Johor, Kelantan, Pulau Pinang serta Sabah dan Sarawak.

“Pada masa ini, Yorich World mempunyai hampir 50 stokis dan agen yang bergerak untuk mengedar dan memasarkan produk-produk kami.  Setelah berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020, perniagaan Yorich World terpaksa ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mengalami kerugiaan yang sangat besar kerana ramai rakan niaga tidak mampu untuk bergerak menjalankan aktiviti pengedaran produk Yorich World. Namun pada tahun 2021, kami kembali bangkit walaupun dengan sumber kewangan yang amat terhad dan memilih untuk beralih daripada perniagaan di kedai kepada perniagaan secara dalam talian (e-dagang),” ujar anak kelahiran ibu kota Kuala Lumpur itu.

Setelah wabak Covid-19 reda pada tahun 2021, perniagaan Yorich World beralih sepenuhnya kepada pembuatan dan pengedaran produk kopi herba pracampuran iaitu Riccano Coffee yang mempunyai campuran herba yang hebat dan berkhasiat tinggi seperti kekacang Sacha Inchi, Kunyit Hitam, Ubi Jaga dan Red Beet.

“Produk kopi herba ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan pada awal tahun 2022 dan sehingga hari ini permintaan daripada pelanggan di seluruh Malaysia kian meningkat setiap hari. Antara kelebihan yang ada pada produk kopi herba ini adalah memberikan tenaga yang berpanjangan, mengawal kandungan kolestrol, memelihara kesihatan jantung dan organ dalaman, mengurangkan nafsu makan untuk mereka yang mengamalkan diet serta meningkatkan metabolisme di dalam badan.

Di saat dunia dilanda pandemik, Yorich World percaya bahawa semua manusia di dunia ini harus menjaga kesihatan dengan menjaga disiplin pemakanan tambahan yang berkhasiat untuk meningkat keupayaan tubuh badan melawan penyakit yang merbahaya.

“Kami sedaya upaya mendidik para pelanggannya tentang betapa pentingnya kesihatan tubuh badan dan mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian mereka.

“Riccano Coffee ini adalah produk makanan dan minuman tambahan yang amat berkhasiat tinggi kepada pelanggan-pelanggannya,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pihaknya kini berusaha dengan sedaya upaya untuk mengembangkan pasaran Riccano Coffee ke seluruh Malaysia melalui kaedah pemasaran yang terkini iaitu perniagaan dalam talian.

“Selain itu, kami juga menyasar untuk mengembangkan sistem rangkaian stokis, agen dan dropship dengan menggunakan platform e-dagang dalam tempoh 3 tahun yang akan datang.

“Yorich World juga di dalam usaha untuk mengembangkan dan memantapkan kemahiran perniagaan kepada semua rakan niaga kami dengan menganjurkan pelbagai latihan yang berbentuk teknikal untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperlukan di dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar ini.

“Kami juga dalam proses untuk mengeluarkan produk baru yang akan dikeluarkan pada tahun ini iaitu Riccano Blackgold Coffee, Koffee Durian dan juga Chocodark Diet,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau menyasar untuk melahirkan 10,000 orang usahawan rakan niaga Yorich World di dalam tempoh 3 tahun akan datang..