Usahawan PKS, ayuh rebut peluang dengan Jom Beli

Aduhai..dah dua tahun bisnes susah nak jalan sebab Covid-19..jangankan kata nak untung, nak pusing modal pun sakit! Tapi..takkan aku nak menyerah kalah macam tu je? Siapa nak tanggung makan pakai aku anak beranak..nak promote bisnes pun pakai duit..bisnes PKS ni ada ke orang nak tolong..Peningnyaaa, apa aku nak buat ni!

Adakah anda berada dalam situasi seperti di atas? Maka andalah usahawan PKS yang kami cari! Tahukah anda MDEC menawarkan geran pemasaran digital bernilai RM5,000 khas untuk usahawan PKS seperti anda!

Dah tak payah nak susah-susah fikir cara nak buat marketing, ni ada LIMA sebab kenapa anda harus mendapatkan geran pemasaran digital ni!

  • Geran RM5,000 secara percuma

Zaman sekarang ni, masuk toilet pun kena bayar kan apatah lagi kalau nak buat marketing atau iklan. Siapa je yang nak bagi anda peluang pasarkan produk atau perkhidmatan secara percuma di platform Jom Beli melainkan kami! Anda tak perlu keluar duit pun, kami sediakan semuanya untuk anda. Hanya pastikan anda penuhi syarat yang ditetapkan seperti berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekurang-kurangnya setahun dan memastikan penyata akaun bank 2 (dua) bulan terakhir mempunyai jumlah RM10,000 jumlah kredit setiap bulan.

  • Jom Beli dihoskan oleh artis terkenal

Siapa tak kenal Izzue Islam? Selain berlakon, Izzue juga seorang penyanyi tau. Tak nak ke promote produk PKS anda kepada artis tanpa sebarang bayaran? Dan kalau anda bernasib baik, ada juga artis jemputan lain yang akan memeriahkan rancangan Jom Beli.

  • Rakaman video oleh jurukamera professional

Ni best ni, bayangkan kalau anda sendiri nak rakam, mana nak fikir pasal lighting, pasal mic on tak on, pasal konti dan sebagainya. Nak-nak lagi kalau anda tak ada pengetahuan pasal kamera dan video kan. Menerusi Jom Beli, kami sediakan suasana rakaman yang professional dengan jurukamera yang berpengalaman, anda hanya perlu yakin je masa nak jual dan produk tu. Selebihnya biar kami uruskan

  • Terbitan artikel di Entrepreneur Insight

Tak cukup dengan rakaman video yang cantik, kami tawarkan juga artikel mengenai produk atau perkhidmatan anda yang akan ditulis oleh penulis kami dan diterbitkan di dalam laman web Entrepreneur Insight. Haaa, nanti anda boleh baca dan share link artikel tu dengan kawan-kawan juga okay!

  • Promosi di Youtube, Facebook dan Instagram

Anda mesti tahu kan kalau nak iklankan produk di platform media sosial, semuanya perlu dibayar. Harganya pun bukan kaleng-kaleng. Tapi, buat apa bayar kalau boleh dapat free kan? Ini juga termasuk tau dalam geran MDEC bernilai RM5,000 tu. Kami bagi promosi secara menyeluruh di seluruh platform terkemuka tau.

Haaaa, habis tu..takkan nak tengok saja? Apa kata anda daftar untuk menjadi usahawan PKS terpilih untuk dapatkan geran pemasaran digital daripada MDEC ni. Manfaatkan nilai RM5,000 itu sebaik mungkin!

Daftar geran pemasaran digital MDEC bernilai RM5,000 di pautan:  www.5k4sme.com atau call/sms/whatsapp : +60 13-772 7962