Abrar Corporate Services Sdn. Bhd. tawar khidmat profesional setiausaha syarikat.

Tadbir urus yang baik dalam sesebuah syarikat amat penting dalam memastikan perjalanan sesebuah perniagaan itu dapat berkembang dengan lancar. Tidak dapat dinafikan, masih ramai pemilik perniagaan tidak memahami fungsi dan khidmat profesional setiausaha syarikat.

Setiausaha syarikat mempunyai peranan yang penting di dalam sesebuah organisasi. Terdapat banyak tugas dan peranan tertentu yang dimainkan setiausaha syarikat dalam melancarkan pengurusan syarikat. Antara tugas setiausaha syarikat adalah ia bertindak sebagai pegawai syarikat dan penasihat kepada Lembaga Pengarah; membuat persediaan mesyuarat Lembaga Pengarah; memastikan pematuhan terhadap keperluan statutori dan khidmat nasihat serta menjadi pemegang cap mohor syarikat.

Melihat kepada keperluan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan setiausaha syarikat, Ahmad Nizam Samsudin, 39 tahun, menubuhkan Abrar Corporate Services Sdn. Bhd. pada Januari 2021.

Bercerita lanjut kepada Entrepreneur Insight, pemuda berasal dari Ampang, Selangor itu berkata perniagaan khidmat profesional setiausaha syarikat dan perakaunan ini sebenarnya bermula pada bulan Disember tahun 2015 melalui firma Nizam & Co.

“Perubahan jenis entiti ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan perniagaan melalui pendaftaran sebagai sebuah syarikat. Bermula dengan sewa bilik yang kecil, perkhidmatan syarikat mula berkembang sehingga kami kini mampu menyewa satu tingkat dan mempunyai 6 pekerja.

“Keunikan perkhidmatan kami ialah sebagai pusat khidmat pematuhan yang lengkap bagi sebuah syarikat iaitu setiausaha syarikat dan perakaunan serta pengauditan dan percukaian, serta undang-undang korporat dan sumber manusia melalui rakan-rakan strategik kami,” katanya.

Tambah Ahmad Nizam lagi, melalui pelbagai khidmat yang disediakan di bawah satu bumbung, kami dapat berurusan dengan klien-klien kami dengan lebih mudah kerana bidang-bidang ini saling berkait rapat antara satu sama lain dan ia menjadi sokongan yang kuat kepada sesebuah syarikat untuk berkembang.

“Ketidakcekapan dalam melaksanakan urusan-urusan ini akan merencatkan perkembangan syarikat ke tahap yang lebih tinggi. Jadi kami mementingkan kualiti dan kecekapan dalam khidmat kami kepada klien di samping sudi berbincang sekiranya klien mempunyai masalah,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai cabaran yang dipelajari semasa pandemik yang berlaku baru-baru ini, beliau berkata ia memberi kesan kepada aliran tunai kami melalui kutipan bayaran daripada klien yang lebih rendah memandangkan kebanyakan klien kami adalah perniagaan dan syarikat.

“Bagaimanapun, kami tidak berputus asa untuk terus meningkatkan pendapatan syarikat. Selain mendapatkan subsidi upah dari kerajaan, kami menggunakan pelbagai kaedah seperti berbincang dengan klien untuk bayar secara berkala dan meningkatkan penggunaan pemasaran digital untuk mendapatkan jualan yang lebih baik.

“Kini kami telah mempunyai hampir semua platform sosial media utama iaitu Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn dan telegram di samping penggunaan Google Mybusiness,” katanya.

Ditanya mengenai perancangannya dalam tempoh tiga tahun lagi, Ahmad Nizam berkata beliau berhasrat membuka cawangan bagi melebarkan perniagaan melalui pasukan staf pengurusan dan operasi yang cekap, sistem pengurusan perakaunan dan sumber manusia yang efisyen dan sistem pemasaran yang terancang.

“Saya tidak akan menyerah kalah dan akan terus berusaha mengembangkan perniagaan saya. Apa yang membuatkan saya tidak putus asa untuk terus berjuang dalam membangun perniagaan ialah keinginan untuk memberikan sebaik mungkin manfaat dan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

“Selain daripada khidmat utama kami yang dinyatakan di atas, kami juga menawarkan khidmat berkaitan yang diperlukan sesebuah perniagaan iaitu pengurusan sumber manusia, pewarisan perniagaan, sistem perisian perakaunan dan pengurusan sumber manusia melalui rakan-rakan strategik kami.

“Mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai perkhidmatan Abrar Corporate Services Sdn. Bhd. dengan lebih lanjut boleh melayari laman web kami di www.abrar.group dan selain platform media sosial Facebook Abrar Corporate Services Sdn Bhd, Instagram AbrarCorporate serta saluran Telegram  https://t.me/AbrarCorporate.

“Kami juga sedia bila-bila masa untuk berjumpa dengan anda sekiranya terdapat kerunsingan atau masalah berkaitan dengan bidang yang saya sebutkan. Anda juga boleh datang ke pejabat kami di alamat 10-2, Jalan Excella 1, Off Jalan Ampang Putra, 55100 Kuala Lumpur,” katanya.