PROFEZ: Komited tembusi produk cucian dan wangian bagi pasaran pengguna selepas sukses tawan pasaran dobi negara

Membina perniagaan pada dasarnya untuk membuka ruang pekerjaan kepada rakyat yang memerlukan kerana melihatkan ramai yang tidak mempunyai pekerjaan yang stabil di sekeliling  serta ingin melahirkan usahawan produk agar mereka dapat menggunakan produk  dihasilkan bagi meraih keuntungan bersama  antara pembakar semangat seorang usahawan lelaki untuk  terus cekal dalam mengharungi cabaran dalam perniagaaan.

Usaha dan semangat juang  usahawan, Wan Saiful Hafez Amran, 44, yang  mengasaskan sebuah empayar perniagaan dibawah jenama PROFEZ begitu hebat.

Kongsi jejaka berusia 44 tahun  ini, PROFEZ  telah diasaskan  beliau semenjak April 2008 lalu  yang pada awalnya hanya mengeluarkan sabun basuhan baju untuk kegunaan dobinya iaitu “LAMAN AMPAIAN” yang terletak di Bandar Sri Damansara, Selangor.

Pada awalnya jenama PROFEZ   bernaung di bawah syarikat PROFEZ HOLDINGS SDN BHD bersama sama syarikat dobinya.

Namun pada 19 February 2013,  usahawan ini   telah menubuhkan syarikat yang di kenali sebagai PROFEZ DE RICH SDN BHD  yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D)  selain memasarkan kesemua produk cucian dan wangian berkaitan PROFEZ.

Kongsi beliau lagi, pada awal   membangunkan syarikatnya, ia hanya bermula dari rumah. Semestinya pelbagai liku cabaran  dan halangan dihadapi beliau pada peringkat awal sebagai usahawan.

“Formula dan kelas pembuatan sabun yang disertai kesemuanya tidak menepati wawasan dan objektif saya untuk menghasilkan produk.

“ Malah, saya terpaksa  terpaksa mempelajari kesemuanya dari asas untuk memastikan formula produk menepati keunikan yang ingin dibawa.

“ Setelah tiga bulan menjalankan R&D, maka terhasillah produk pertama PROFEZ yang dinamakan “BLUE ACTIVE” yang penggunaannya banyak digunakan dalam kedai dobi milik saya,” katanya kepada Entreprenuer Insight, baru-baru ini.

Ujarnya lagi,  dari hari ke hari, atas jaringan perniagaan bersama pengusaha dobi yang lain, maka produknya mula dikenali dan menjadi pilihan sehingga ke hari ini.

Beliau yakin, mereka memilih PROFEZ kerana kualitinya  dan sehingga hari ini terdapat lebih 300 dobi seluruh Malaysia menggunakan produk ini.

PROFEZ kini boleh diiktiraf sebagai pengeluar pada sekala sederhana yang sedang membangun dengan pesat. Syarikat ini adalah 100 peratus  milik  bumiputera dan merupakan satu satunya syarikat bumiputera yang membuat dan membina produknya sendiri.

Istimewanya, PROFEZ juga telah berjaya memasarkan produk mereka di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Pengguna-penguna produk PROFEZ terdiri daripada pengusaha dobi, pengguna rumah, hotel, hospital, kedai makan dan syarikat pembersihan.

Ditanya apakah keunikan produknya, beliau berkata PROFEZ menghasilkan produk semulajadi  dari bahan kelapa sawit, garam laut, tidak membahayakan kulit, wangi, bersih, mempunyai sijil halal dan mendapat pengiktirafan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai produk buatan Malaysia.

“Lebih bermakna, PROFEZ adalah pelopor pengeluar bahan cucian dan wangian Bumiputera yang mempunyai sijil halal terawal di negara ini.

Kata anak kelahiran Kuala Lumpur ini, perbezaan dan keunikan produk ini membezakan produk PROFEZ dengan produk yang lain.

“PROFEZ menghasilkan produk yang tidak berbahaya kepada pengguna dan alam sekitar dan diyakini halal.

“Ini menarik minat pengguna yang prihatin terhadap kesihatan, alam sekitar dan pengguna yang mementingkan kesucian di dalam basuhan mereka. Keprihatinan ini sedikit demi sedikit menarik minat golongan pelanggan untuk terus menggunakan PROFEZ,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pandemik  banyak mengubah landskap “DEMAND & SUPPLY” dalam negara ini.

Impaknya bukan sahaja memusnahkan satu jenis perniagaan, malah satu ekosistem perniagaan. Sebagai Usahawan, persediaan menghadapi sebarang kemungkinan perlu diambil perhatian. Mengambil peluang dalam apa jua keadaan juga amat penting.

“ Alhamdulillah, walaupun kapasiti pekerja sepanjang dua tahun pendamik semakin menurun, harga bahan mentah naik sekali dan  dua kali ganda, inflasi yang tidak terkawal, tetapi, PROFEZ masih boleh bertahan sehingga kini,” katanya.

Katanya, PROFEZ bermula daripada industri dobi. Arah tuju yang ingin PROFEZ terokai adalah untuk mendapatkan keyakinan dan permintaan daripada pengguna-pengguna di rumah pula selain memastikan produk kegunaan di rumah berjenama PROFEZ dapat berada di rak pasaran dan menjadi pesaing yang sihat di dalam pasaran.

Antara caranya adalah menaikkan jenama PROFEZ ke suatu tahap sebaris dengan jenama-jenama terkenal di pasaran. Meneruskan kempen promosi dalam talian  untuk menambahkan permintaan kepada produk PROFEZ dan mencari ruang  promosi produk secara fizikal. “Melihatkan peningkatan dari awal saya membina perniagaan ini juga memberikan saya satu semangat yang tidak pernah cuba untuk mengalah dan kekal istiqomah dalam usaha saya dalam perniagaan,” katanya