Produk penjagaan kulit ternyata mempunyai pasarannya yang tersendiri di negara ini yang mana ia disasarkan untuk golongan yang mementingkan penampilan dan rupa yang segar. Melihat kepada potensi pasaran yang baik bagi produk penjagaan kulit, Azureen Mohamad Syukur mula mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat Meissa World Ventures pada tahun 2012. Sejak ditubuhkan hamper sedekad lalu, wanita berusia 37 tahun itu sudah melalui pelbagai episod jatuh bangun dalam dunia perniagaan.
Bercerita kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini, Azureen berkata sejak terbabit dalam dunia perniagaan, pelbagai cabaran sudah ditempuhi dalam memastikan operasi perniagaannya berjalan lancar.
“Saya sudah masak dengan asam garam dunia perniagaan, terutamanya dalam pemasaran digital. Bermula tahun ini, syarikat saya melangkah setapak ke hadapan dengan memeterai perjanjian kerjasama strategik bersama pengeluar produk penjagaan kulit premium diraja, Levelove International Sdn Bhd.
“Meissa World Ventures dilantik sebagai rakan strategil Levelove untuk aspek pemasaran digital tempatan dan luar negara.
“Apa yang menarik dengan produk Levelove ini adalah ia diformulasikan oleh bahan yang premium bertaraf diraja tetapi dijual pada harga rakyat jelata dan mampu milik,” katanya anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.
Ketika ditanya mengenai keunikan produk yang dipasarkan, Azureen berkata Levelove mendapat maklumbalas yang positif daripada pengguna kerana ia berupaya menunjukkan kesan jerawat mengecut dalam masa seawal tujuh hari.
“Kesemua produk Levelove telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT220302146K) serta HSA Singapura (CCPN2212068).
“Selain itu, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Levelove disaring lebih 50 kali oleh ahli kimia yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kulit.
“Antara kelebihan lain yang ada pada Levelove adalah produknya mempunyai tekstur yang tidak melekit, mudah meresap dan berasaskan air. Keunikank inilah yang menjadikannya unik berbanding produk lain yang terdapat di pasaran.
“Ia juga membuatkan kami mempunyai kelebihan berbanding produk penjagaan kulit yang dikeluarkan oleh syarikat lain,” katanya.
Bercerita mengenai pengalaman yang dipelajari daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara, Azureen berkata banyak perkara baharu yang dipelajarinya.
“Kami kini lebih fokus kepada aspek teknologi dan digital dalam strategi pemasaran produk kami memandangkan terdapat potensi yang besar dalam bidang berkenaan.
Beliau juga mempunyai perancangan tersendiri dalam merencana potensi produk Levelove dalam tempoh tiga tahun lagi.
“Kami menyasar untuk tersenarai sebagai satu daripada 10 produk penjagaan kulit yang terkemuka di peringkat global selain menembusi pasaran luar negara.
“Selain itu, saya mahu memastikan produk Levelove mempunyai rangkaian jualannya sendiri di seluruh negara dan mampu melahirkan lebih ramai jutawan Levelove. Kami juga menyasar untuk merekodkan jumlah pelanggan Levelove sehingga 100,000 setahun di samping menubuhkan pasukan jualan yang akan membuat jualan secara agresif secara dalam talian,” katanya lagi.
Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang perniagaan, Azureen tidak sekali-kali akan berputus asa dan akan terus berjuang untuk membangunkan perniagaanya dan secara tidak langsung menaikkan lagi jenama Levelove.
“Kami mempunyai misi dan visi yang jelas dalam perniagaan kami. Kami akan terus berusaha bagi memastikan produk Levelove mampu menembusi pasaran luar dan dalam masa yang sama mendapat tempat di hati pencinta barangan penjagaan kulit di negara ini. Ia bukanlah suatu perkara yang mustahil,” katanya sebelum menutup bicara.