APABILA melewati usia 30-an, ramai lelaki mula menunjukkan tanda seperti kurang stamina dan kelesuan malah dek kerana kesibukan tugas seharian, lelaki mudah berasa sakit badan, mudah penat dan mengantuk hingga menjejaskan kehidupan termasuk hubungan intim.
Justeru, Branz Marketing Sdn Bhd terpanggil untuk mengeluarkan produk suplemen kesihatan lelaki,
ThorX khas untuk membantu kesihatan lelaki bagi menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga.
Pegawai Eksekutif ThorX, Evi Nur Afifah berkata, ThorX adalah makanan tambahan yang menggunakan 100 peratus bahan organik berkualiti tinggi tanpa kesan sampingan.
“Di samping meningkatkan tahap kesihatan, produk yang mengandungi ekstrak akar maca juga membantu meningkatkan stamina, ketahanan, keperkasaan, dan keyakinan di bilik tidur.
“Maca yang tumbuh di Banjaran Andes di Peru diproses sebagai makanan tambahan membantu meningkatkan kualiti kesihatan lelaki dan wanita, malah ia turut mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, serat, zat besi, kalsium dan zink,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Bersama ThorX, Dr Aizul Hafizi Ismail berkata, produk tersebut mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan selamat dan bersih untuk dimakan kerana telah menerima Pensijilan Makanan Selamat Tanggunjawab Industri (MESTI).
Pengasas Bersama ThorX, Dr Aizul Hafizi Ismail (kiri) dan Caprice.
Selain itu katanya, produk tersebut telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal.
“Sebagai pengasas bersama Thor X, salah satu matlamat saya adalah untuk membantu lelaki mencapai kepuasan dalam kehidupan mereka dan membantu 100 ribu pasangan suami isteri mencapai kepuasan dalam perkahwinan mereka dan menikmati kesejahteraan hidup selama-lamanya.
“Kita juga mensasarkan jumlah jualan mencecah sebanyak RM3 juta menjelang akhir tahun ini. ThorX juga kini mencari lebih ramai stokis dan ejen yang berminat untuk menjual produk ini di pasaran,” katanya.
Baru-baru ini, majlis pelancaran ThorX telah diadakan di Kuala Lumpur yang turut dihadiri selebriti dan pempengaruh, Caprice.
Syarikat berkenaan turut melantik Caprice atau Ariz Ramli sebagai pengasas bersama produk suplemen ini.
Pelantikan itu sesuai kedudukan beliau sebagai seorang penyanyi, ahli perniagaan dan pempengaruh media sosial yang boleh membawakan mesej positif kepada golongan lelaki terutamanya kepada para suami.
“Suami sebagai ketua keluarga harus bijak memainkan peranan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kebahagiaan bukan hanya terletak kepada kemampuan material namun juga keperluan batin pasangan.
“Saya teruja apabila menjadi pengasas bersama produk suplemen ini kerana Thorx adalah suplemen yang diperbuat daripada bahan organik berkualiti tinggi tanpa kesan sampingan.
“Ia selamat digunakan dan sudahpun mendapat pengiktirafan pada peringkat global,” katanya.
ThorX pernah memenangi World Consumer Health Brand Awards 2023 dan South East Asia Organic Awards.
Melengkapkan lagi kecemerlangan produk kesihatan tersebut, ThorX juga telah mendapat anugerah Asia Halal
Brand Awards dalam kategori Best Men Supplement.
Laman Web Thorx : www.thor-x.com
Artikel Penuh Di : https://klhype.com/thorx-buat-lelaki-tahan-lama-tingkat-stamina/