Jana pendapatan sampingan yang lumayan dan berterusan dengan BioNur

Jenama produk pencuci serbaguna 5 dalam 1 BioNur kini semakin mendapat tempat di hati pengguna selepas menjalani proses penjenamaan semula daripada jenama lama yang dikenali sebagai BioSinar.

Dikeluarkan oleh Virtus Global Sdn Bhd, BioNur diasaskan  oleh Ahmad Jeoffrey Aladib yang kemudiannya disusuli oleh Ali Zaki Sharif menerusi syarikat berkenaan. Virtus Global memulakan operasinya pada bulan Ogos 2019 bertempat di Taman Industri Mega, bersebelahan Bandar Teknologi Kajang.

BioNur adalah produk pencuci serbaguna yang berfungsi untuk menghilangkan kotoran degil tanpa perlu menyental; pakaian menjadi lembut dan mudah digosok; warna pakaian sentiasa ceria dan segar; sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif serta serbaguna yakni boleh digunakan untuk macam-macam permukaan seperti pinggan mangkuk, barang kemas, lantai bengkel kenderaan yang berminyak, enjin dan badan kereta, menghilangkan kesan najis binatang seperti air kencing pada perabot dan air basuhannya boleh digunakan sebagai baja tanaman.

Ahmad Jeoffrey berkata penjenamaan semula jenama kepada BioNur dibuat bagi mencapai pasaran yang lebih besar.

“Pada masa ini, kami berupaya mengeluarkan 30 tan sabun sebulan dan sedang dalam proses menambah kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan produk BioNur,” katanya kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata formulasi yang digunakan syarikatnya adalah unik dan ia memberi banyak kelebihan kepada pengguna dari segi penggunaan dan penjimatan wang.

“Kami yakin BioNur adalah produk yang terbaik di pasaran dan mempunyai kelebihan yang amat luarbiasa berbanding dengan produk-produk lain yang sedia ada. Di samping itu, stokis, ejen dan dropship kami boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan dan berterusan dengan BioNur,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kesan pandemik kepada perniagaannya, beliau berkata, situasi yang berlaku telah harus dilihat secara positif dimana banyak peluang perniagaan yang lain timbul dalam menghadapi norma baru dan Virtus Global telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memantapkan lagi model perniagaannya demi mencapai matlamat asal penubuhan syarikat iaitu menjadi pengeluar produk yang tersohor.

“Salah satu daripadanya adalah dengan melatih stokis dan ejen kami secara dalam talian bagaimana mereka boleh memanfaatkan platform seperti Shopee, Lazada, media sosial dan sebagainya. Terbaru syarikat kami telah melancarkan sistem stokis, ejen dan dropship kami serta mengadakan promosi cabutan bertuah sempena sambutan Merdeka 2022 bagi merancakkan lagi jualan.’

 Tambahnya lagi ‘Permintaan terhadap produk yang terbukti berkesan sentiasa ada dan kita perlu menggunakan teknologi sedia ada untuk memastikan barangan kita sampai kepada pelanggan kita’, katanya

“Kami mempunyai impian yang besar untuk terus memperkenalkan jenama BioNur ini sebagai jenama pilihan isi rumah di Malaysia. Dalam tempoh tiga tahun lagi, kami menyasar untuk menembusi lima belas peratus pasaran di negara ini dalam masa 5 tahun yang akan datang dan kami akan melaksanakan beberapa strategi yang inovatif untuk mencapai sasaran berkenaan.”

“Antaranya adalah dengan melakukan pemasaran yang agresif serta meningkatkan kapasiti serta penggunaan teknologi pembuatan terkini bagi memastikan produk kami kekal relevan di pasaran,” katanya.

Sebagaimana yang diketahui, dunia perniagaan sentiasa ada pasang surut dan bukan mudah untuk berjaya dalam satu-satu perniagaan. Bagaimanapun, ia tidak menghalang dua sahabat ini untuk terus mengorak langkah dan bersaing dengan jenama lain.

“Apa yang penting, kami sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi. Dengan adanya BioNur, kami sudah berjaya membantu stokis dan ejen kami untuk menambahkan peluang pendapatan dan menjana duit sampingan. Malahan, ada di antara mereka yang sudah berjaya menjadi usahawan yang tersohor dan berjaya.

“Matlamat kami adalah untuk melahirkan 50 jutawan dalam tempoh tiga tahun yang akan datang. Insya-Allah, dengan izin Allah kami akan terus berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dan tidak akan tunduk dengan cabaran yang mendatang,” katanya.