ANF Solution impi buka cawangan produk kecantikan tempatan terkenal

Bergelar usahawan, apa saja bidang pasti akan dicuba sebagai langkah pertama mencorak diri menjadi usahawan yang berani mencuba dan mempunyai iltizam dalam melengkapkan diri sebagai peniaga.

Jatuh bangun sebagai usahawan adalah rutin biasa untuk peniaga bangkit menyahut cabaran yang biasanya membuat mereka lebih matang dan bersedia dalam melalui segala cabaran.

 Sama seperti usahawan dari Pasir Gudang, Johor, Noorezani Mohd Jailani, beliau yang merupakan pemilik syarikat ANF Solution, turut melalui fasa sama sebagai usahawan yang akhirnya berjaya membina empayar perniagaan yang semakin maju sehingga ke hari ini.

Kata beliau yang selesa dipanggil Noreen, syarikatnya mula beroperasi sejak Julai 2016 lalu.

Jelas beliau lagi, nama ANF di ambil sempena   gabungan dari awalan huruf nama suami, beliau dan anak- anaknya dan mencipta frasa istimewa itu dalam perniagaannya hari ini.

“Perniagaan pertama yang saya buat adalah menjadi pengedar bahan pencuci untuk keperluan seisi rumah, kegunaan kedai dobi, kegunaan pejabat dan juga bengkel.

“Saya juga sudah menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2016 lalu sehingga ke hari ini. Manakala perniagaan saya yang kedua adalah menjadi ejen usahawan kepada sebuah produk kesihatan kecantikan tempatan di negara ini,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Noreen berkata, setiap usahawan pastinya ada kepakaran tersendiri dalam sesuatu bidang diceburi dan antara kepakaran beliau dalam menjadi usahawan perniagaan kecantikan tempatan itu adalah membantu mereka di luar sana tidak kira lelaki mahupun wanita yang mengimpikan memiliki kulit sihat, cantik dan yakin untuk mencapai ketrampilan sempurna.

“Pada masa sama, saya juga turut membuka peluang kepada suri rumah, pelajar- pelajar dan juga mereka yang ingin bekerja bagi menambah pendapatan ekonomi keluarga sekaligus dapat mengubah kehidupan diri dengan lebih selesa lagi,” katanya.

Beliau berkongsi, antara kelebihan produk yang dijual adalah ia menampilkan satu produk yang dapat membantu merawat masalah kulit wajah dan kesihatan dalaman dengan menggunakan bahan-bahan dan ramuan semulajadi.

Ia juga adalah produk penjagaan kulit premium yang diiktiraf halal dan pihaknya juga sentiasa memberi nasihat dan rundingan serta panduan untuk menggunakan produk kepada semua pelanggan mereka.

“Dengan cara ini, ia turut dapat memperluaskan lagi perniagaan kami dengan perkhidmatan nasihat secara percuma, penghantaran produk secepat yang boleh terus ke tangan pelanggan tanpa menunggu lebih lama dan sentiasa memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa menyokong perniagaan kami,” katanya.

Jelasnya lagi, dalam tempoh pandemik banyak yang sudah mereka pelajari dalam membentuk jati diri sebagai peniaga dalam tempoh yang begitu sukar itu.

Antaranya adalah membantu lebih ramai masyarakat di luar sana yang serius menjana pendapatan keluarga dengan membantu memberi kesihatan yang lebih baik dengan penggunaan produk istimewa itu secara konsisten.

Kongsi beliau lagi, sama seperti diimpikan usahawan lain, beliau turut memasang impian supaya perniagaan yang dijalankan atas niat membantu lebih ramai orang menjana pendapatan serta memberi keyakinan terhadap penampilan diri seseorang itu dikenali di seluruh negara.

“Saya impikan untuk membuka satu cawangan produk kecantikan ini di kawasan saya supaya mudah untuk kumpulan saya mendapatkan produk dengan lebih cepat.

“Perjalanan perniagaan produk Noir yang sangat bersistematik, produk Noir yang sangat premium dengan kualiti produk setanding jenama antarabangsa.

“Paling menarik, saya mendapat peluang untuk   membantu lebih ramai orang di luar sana untuk mendapatkan kulit yang sihat dengan cara semulajadi,” katanya.