Xelfact Sdn Bhd tawar kursus Pembangunan Kemahiran Perakaunan

Pusat bertauliah, Xelfact Sdn Bhd menawarkan kursus Pembangunan Kemahiran Perakaunan yang memberi pendidikan kemahiran dalam bidang perakaunan.

Wakil syarikat, Mohd Izlan Shah berkata kursus berkenaan ditawarkan sejak 2011 bertujuan mendidik dan membuka peluang kepada golongan lepasan universiti dan bekerjaya yang inginkan pengalaman industri/pekerjaan/menguruskan perniagaan terutamanya dalam bidang perakaunan.

Beliau berkata kaedah pembelajaran yang dijalankan adalah berasaskan perniagaan sebenar yang memudahkan para peserta merasai pengalaman termasuk ilmu yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan sendiri mahupun kerjaya.

“Bagi lepasan Universiti pula pengalaman ini merupakan perkara yang penting untuk diterapkan dalam diri untuk kerjaya masa depan graduan. Apa yang menarik mengenai kursus ini adalah ia dijalankan selama lima hari dan akauntan awam bertauliah dari Institust Perakaunan Malaysia (MIA) bertindak sebagai pengajarnya.

“Selain itu, kami menyediakan tugasan 100 peratus berdasarkan perniagaan sebenar serta memberikan sokongan dan bimbingan secara “one-on-on”.

“Peserta juga berpeluang mendapatkan sijil yang diiktiraf – kepada peserta yang lebih 3 tahun bekerja dalam bidang yang sama berpeluang memohon Sijil Kemahiran Tahap 3 melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia,” katanya kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi kelebihan yang ditawarkan, peserta dapat mendalami penyediaan dokumen, penyelenggaraan dan merekod transaksi kewangan sehingga penyediaan laporan yang mengikut piawaian perakaunan.

“Kaedah kursus amali ini dapat memberi latihan secara alami yang menggunakan bahan berasaskan perniagaan sebenar yang dapat memberi para peserta merasai pengalaman pekerjaan sebenar.

“Selain itu, dengan tempat terhad dan ekslusif, setiap sesi hanya dibukan kepada 15 orang sahaja untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik, selesa dan fokus. Peserta juga akan dibekalkan dengan tugasan/bahan latihan yang dihasilkan berdasarkan aktiviti perniagaan syarikat yang sebenar untuk memberikan pengalaman menguruskan transaksi kewangan syarikat kepada peserta,” katanya lagi.

Ditanya mengenai impak pandemik Covid-19 yang berlaku, beliau berkata ramai individu telah kehilangan pekerjaan dan disebabkan itu ada di antara mereka telah meceburi bidang perniagaan.

“Antara kemahiran yang paling penting dalam menguruskan perniagaan adalah kemahiran penyediaan dokumen, penyelenggaraan dan merekod transaksi kewangan sehingga penyediaan laporan yang mengikut piawaian perakaunan.

“Kelemahan ketara pada usahawan ialah tiada rekod perniagaan dan sistem akaun yang sistematik. Bagi membantu menyelesaikan kelemahan ini, para usahawan perlu mempelajari ilmu dan kemahiran perakaunan ataupun simpan kira ini untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan yang berdaya maju.

“Justeru, kami berhasrat untuk melahirkan lagi ramai graduan, pensyarah serta individu yang mahir dalam perekodan dan simpan kira.

“Untuk itu Xelfact dengan kerjasama industri dari Firma Audit Razali Abd Karim & CO PLT bercadang menganjurkan pertandingan simpan kira peringkat kebangsaan yang bertema “SIMPAN KIRA KEMAHIRAN KITA” yang akan disertai oleh universiti tempatan, kolej kemahiran, politeknik, pusat bertauliah dan Institut Pengajian Tinggi yang lain bagi membuka mata mengenai kepentingan Kemahiran Perakaunan ini,” jelasnya panjang lebar.

Mohd Izlan berkata pihaknya gembira apabila dapat berkongsi ilmu serta membantu peserta yang datang ke kursus yang mereka tawarkan.

“Kebanyakan peserta pada mulanya tiada gambaran berkenaan susun atur dokumen kewangan harian sehingga dapat menyediakan set lengkap sehingga laporan kewangan. Kepuasan dapat membantu peserta membuatkan kami terus kuat dan tabah dalam menyampaikan ilmu Kemahiran Perakaunan ini,” katanya lagi sebelum mengakhiri perbualan.