{"id":7183,"date":"2023-02-21T15:13:21","date_gmt":"2023-02-21T07:13:21","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=7183"},"modified":"2023-02-21T16:07:14","modified_gmt":"2023-02-21T08:07:14","slug":"yana-sasar-jadi-pembuat-cream-puff-terkemuka-di-telok-panglima-garang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/yana-sasar-jadi-pembuat-cream-puff-terkemuka-di-telok-panglima-garang\/","title":{"rendered":"Yana sasar jadi pembuat \u2018cream puff\u2019 terkemuka di Telok Panglima Garang"},"content":{"rendered":"\n
Membuat keputusan berani untuk keluar daripada zon selesa sebagai kakitangan tetap kerajaan ternyata bukanlah satu tindakan yang sia-sia buat Nurul Suriana Kamarudin. Beliau yang mesra disapa Yana berkata niat hendak mengubah kehidupan telah mendorongnya meletak jawatan sebagai pembantu makmal untuk berkecimpung sepenuhnya dalam dunia keusahawanan.<\/p>\n\n\n\n
Anak kelahiran Pelabuhan Klang, Selangor itu berkata sebelum nekad berhenti kerja pada Januari 2019, beliau terlebih dulu menjual pelbagai produk secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan.<\/p>\n\n\n\n
\u201c<\/strong>Oleh kerana penat menjual pelbagai produk, saya membuat keputusan untuk memilih satu produk yang menjadi fokus saya dan saya mahu menjenamakannya dengan lebih konsisten. Saya memilih produk \u2018cream puff\u2019 untuk diketengahkan sebagai produk utama.<\/p>\n\n\n\n \u201cBermula dengan memproses produk berkenaan secara manual menggunakan nozzle dan beg paip, kami kini mempunyai mesin puff semi auto, daripada satu ketuhar kecil kepada dua, dan kemudiannya bertukar ke ketuhar indsutri satu tingkat.<\/p>\n\n\n\n \u201cKini, kami mempunyai ketuhar 3 tingkat. Daripada mengisi inti \u2018cream puff\u2019 menggunakan botol sos sehingga bertukar kepada mesin inti menggunakan sistem \u2018pneumatic\u2019. Sedikit demi sedikit kami membawa mesin untuk memudahkan kerja dan mempercepatkan proses kerja di samping meringankan dan menjimatkan masa menghasilkan \u2018cream puff\u2019 menggunakan hasil jualan menjual produk berkenaan,\u201d kata usawan berusia 35 tahun itu lagi.<\/p>\n\n\n\n Mengulas lanjut, Yana berkata keunikan produk keluarannya adalah saiz yang lebih kecil berbanding saiz pasaran sesuai untuk makan sendiri dan jamuan. Selain daripada itu, ia juga sesuai utk dijadikan buah tangan kerana kami menawarkan pelbagai saiz pakej mengikut keperluan pelanggan.<\/p>\n\n\n\n \u201cCream puff\u2019 kami juga adalah juadah yang sedia didapati dan tidak perlu ditempah awal. Ia sangat sesuai untuk pelanggan yang membuat tempahan di saat akhir berikutan kesibukan bekerja sehingga terlupa atau tidak sempat utk membuat tempahan awal.<\/p>\n\n\n\n \u201cMalah, kebanyakan pelanggan kami adalah mereka yang berkerjaya dan tidak sempat untuk membuat tempahan. Jadi, \u2018cream puff\u2019 kami selalu menjadi penyelamat utk mereka pada saat akhir. Mereka rasa lebih gembira kerana kebanyakan dessert perlu ditempah awal utk dibeli tetapi tidak dengan Cream Puff by Yana,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n Jelasnya lagi, pandemik memberinya banyak peluang perniagaan kerana pelanggan tidak dapat keluar untuk membeli tetapi mereka ingin makan.<\/p>\n\n\n\n \u201cJadi, kami dapat menghantar terus \u2018cream puff\u2019 kami kepada pelanggan. Selain itu, ramai juga saudara jauh yang menghadiahkan \u2018cream puff\u2019 kami kepada saudara mara mereka yang terkena Covid-19, tidak kurang juga dapat mengeratkan silaturrahim bagi anak-anak di perantauan yang tidak dapat pulang menjenguk keluarga tersayang.<\/p>\n\n\n\n \u201cImpian saya dalam tempoh tiga tahun akan datang adalah mahu menjadi pembuat \u2018cream puff\u2019 terbaik di Telok Panglima Garang, selaras dengan slogan kami \u201cThe best cream puff in Telok Panglima Garang\u201d.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya bertekad untuk cuba menjaga kualiti produk dan servis kami bagi mencapai sasaran telah ditetapkan,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n Yana berkata beliau tidak akan sesekali berputus asa dan akan terus berjuang untuk membangunkan perniagaannya.<\/p>\n\n\n\n \u201cDengan adanya dorongan dan sokongan kuat daripada anak-anak dan suami, saya akan berjuang untuk terus mengembangkan jenama Cream Puff by Yana. Anak-anak saya sangat memahami keadaan kami sepanjang kami menceburi perniagaan ini.<\/p>\n\n\n\n \u201cMalah, suami saya juga sanggup berhenti kerja bagi membantu perniagaan ini kerana permintaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa,\u201d katanya lagi sebelum menutup bicara.<\/p>\n\n\n\n Membuat keputusan berani untuk keluar daripada zon selesa sebagai kakitangan tetap kerajaan ternyata bukanlah satu tindakan yang sia-sia buat Nurul Suriana Kamarudin. Beliau yang mesra disapa Yana berkata niat hendak mengubah kehidupan telah mendorongnya meletak jawatan sebagai pembantu makmal untuk berkecimpung sepenuhnya dalam dunia keusahawanan. Anak kelahiran Pelabuhan Klang, Selangor itu berkata sebelum nekad berhenti […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7189,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7183"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7183"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7183\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7192,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7183\/revisions\/7192"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7189"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7183"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7183"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7183"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/figure><\/div>\n\n\n\n
<\/figure><\/div>\n\n\n\n
<\/figure><\/div>\n\n\n\n
<\/figure><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"