{"id":6974,"date":"2023-01-31T21:40:56","date_gmt":"2023-01-31T13:40:56","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6974"},"modified":"2023-01-31T21:40:58","modified_gmt":"2023-01-31T13:40:58","slug":"aroshi-enterprise-mahu-tingkat-kualiti-produk-serta-tawan-media-sosial","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/aroshi-enterprise-mahu-tingkat-kualiti-produk-serta-tawan-media-sosial\/","title":{"rendered":"Aroshi Enterprise mahu tingkat kualiti produk serta tawan media sosial"},"content":{"rendered":"\n
\"\"<\/figure>\n\n\n\n

Menjalankan perniagaan bersama keluarga lebih memberi  impak kepada semangat juang meneruskan legasi perniagaan dengan memupuk sifat kerjasama, kasih sayang dan ikatan kepercayaan.<\/p>\n\n\n\n

Justeru, usahawan , Nur Athirah Azizan, 31 tahun, memilih untuk menjalankan perniagaan bersama ibu tersayang, Rohaya Abd   Rahim kerana lebih selesa dan dapat bekerjasama dalam membina empayar perniagaan keluarga yang dijulang dengan nama indah, Aroshi Enterprise.<\/p>\n\n\n\n

 Kesepakatan dalam mengemudi perniagaan berasaskan kuih raya membuatkan mereka berdua dapat membina empayar perniagaan dalam tempoh yang lama.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSaya dan ibu saya Rohaya binti Abd Rahim telah bersama-sama membangunkan perniagaan kuih raya dan dendeng daging lebih kurang 10 tahun yang lepas.<\/p>\n\n\n\n

\u201cKami lebih fokus kepada kuih raya semasa perayaan dan mempunyai lebih kurang 50 orang ejen jualan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cIa satu pencapaian yang cukup memberangsangkan bagi kami berdua memandangkan ia diusahakan dengan tekad dan semangat juang,\u201d katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n

Kata beliau yang berasal daripada Kampung Baru, Kuala Lumpur ini, bagi perniagaan dendeng daging  yang diusahakan bersama sehingga berjaya menempa nama dalam kalangan peminat berasaskan makanan tradisi itu,pihaknya mengorak langkah kehadapan   dan diberi peluang  menuju kearah pembangunan produk   sedia dimakan  yang mana makanan seperti  pulut kuning dan dendeng berjaya  melalui proses  retort.<\/p>\n\n\n\n

\"\"<\/figure><\/div>\n\n\n\n
\"\"<\/figure>\n\n\n\n

Ini  supaya produk-produk keluaran mereka dapat diperluaskan lagi pasaran ke serata negara dengan penawaran kualiti terbaik dan setanding dengan jenama besar lain di negara ini.<\/p>\n\n\n\n

 Kata beliau lagi, antara produk yang popular dalam kalangan peminat setia mereka adalah produk kuih raya yang juga seratus peratus buatan tangan dan menariknya ia menggunakan bahan asas dan resepi berkualiti tinggi yang amat berbaloi dinikmati pelanggan mereka.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSemestinya kami sangat mementingkan kualiti produk kami dan sentiasa memastikan pelanggan tidak akan hampa dengan kuih dan dendeng yang kami jual.<\/p>\n\n\n\n

\u201cMalah, kami juga  mempunyai lebih 20 jenis kuih raya dan  uniknya bagi kuih tart nenas yang kami hasilkan,  intinya dibuat  dan direka sendiri.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSelain itu,  produk dendeng daging  kami juga melalui proses masakan yang sangat unik yang pastinya  membuatkan  anda mahu mendapatkannya dan mencuba keenakan ia pada bila-bila masa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n

Beliau turut berkongsi rahsia produk keluaran mereka masih diterima di kalangan peminat makanan dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Biasanya, bagi mereka yang baru pertama kali mencuba produk keluaran syarikat ini akan terus menjadi pelanggan setia mereka.<\/p>\n\n\n\n

\u201cPenggunaan bahan berkualiti tinggi dan pembungkusan yang mesra pengguna antara rahsia kami mengekalkan keunikan produk yang dihasilkan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cMalah, untuk produk seperti kuih raya, kami juga menyediakan pakej hamper yang cantik, cenderahati dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n

\"\"<\/figure>\n\n\n\n

\u201cSelain itu, produk kami juga mudah didapati di aplikasi seperti Shoppee, Tiktok dan Facebook supaya tempahan produk dapat diibuat dengan mudah menggunakan medium yang kerap digunakan pengguna zaman ini. Malah, ia untuk memberi kemudahan untuk sebarang produk ditempah dalam masa singkat untuk sampai kepada pelanggan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSelain itu kami juga menyediakan peluang kepada pemborong kuih raya dengan harga yang sangat murah dan memuaskan untuk sama- sama berkongsi rezeki,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n

Beliau berkata, kesan daripada pandemik yang melanda negara memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepada mereka sebagai peniaga di negara ini. Namun, semua halangan dan dugaan itu diambil daripada sudut positif.<\/p>\n\n\n\n

\u201cPerniagaan atas talian amatlah penting dan hubungan bersama ejen dan pelanggan perlu di utamakan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSelain itu, kualiti rasa dan tekstur produk perlu dikekalkan. Musim pandemik, jualan atas talian amatlah membantu kami sebagai peniaga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n

\u00a0Seperti usahawan lain, beliau turut memasang angan-angan dalam pembangunan perniagaannya. Antaranya, mahu memperluaskan produk \u2018retort\u2019 dendeng dan pulut kuning selain mengembangkan \u00a0lagi ilmu jualan di media sosial serta memiliki lebih banyak pelanggan setia.<\/p>\n\n\n\n

\"\"<\/figure><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Menjalankan perniagaan bersama keluarga lebih memberi  impak kepada semangat juang meneruskan legasi perniagaan dengan memupuk sifat kerjasama, kasih sayang dan ikatan kepercayaan. Justeru, usahawan , Nur Athirah Azizan, 31 tahun, memilih untuk menjalankan perniagaan bersama ibu tersayang, Rohaya Abd   Rahim kerana lebih selesa dan dapat bekerjasama dalam membina empayar perniagaan keluarga yang dijulang dengan nama […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6980,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6974"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6974"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6974\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6981,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6974\/revisions\/6981"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6980"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6974"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6974"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6974"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}