{"id":6926,"date":"2023-01-30T11:21:02","date_gmt":"2023-01-30T03:21:02","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6926"},"modified":"2023-01-30T11:21:04","modified_gmt":"2023-01-30T03:21:04","slug":"bermula-dari-pasar-tani-siti-sribaya-keluar-produk-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/bermula-dari-pasar-tani-siti-sribaya-keluar-produk-sendiri\/","title":{"rendered":"Bermula dari pasar tani, Siti Sribaya keluar produk sendiri"},"content":{"rendered":"\n

Pengalaman bergelumang dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak tahun 2014 benar-benar mengajar Siti Sribaya Ismail erti kehidupan. Sungguh, perit dan jerih yang dilalui bagi mencari rezeki telah membentuknya menjadi lebih cekal dalam melalui hari-hari yang mendatang. Beliau sedar bidang perniagaan ini ada pasang dan surutnya, bagaimanapun anak kelahiran Kuantan, Pahang itu tetap tidak berputus asa dan mahu terus melangkah ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n

Siti Sribaya mula berniaga secara kecil-kecilan di pasar tani pada bulan Ogos 2014 dan di sebelah malamnya pula, beliau berniaga pakaian wanita di pasar malam. Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengambil kesempatan berniaga ekspo pada bulan Ramadan. Apabila jualan di pasar tani agak perlahan, beliau mencuba nashi menjual di \u2018car boot sale\u2019 di samping turut menambah baju kanak-kanak untuk jualannya.<\/p>\n\n\n\n

Bercerita dengan lebih lanjut, usahawan berusia 37 tahun itu berkata pada 2017, permohonan pinjaman yang beliau pohon daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diluluskan dan beliau membeli sebuah sebuah van terpakai untuk kegunaan perniagaan di samping mengembangkan lagi bisnes perniagaan pasar tani dan pasar malamnya.<\/p>\n\n\n\n

\u201cAdat berniaga, ada pasang surutnya. Saya diuji dengan masalah kekurangan pekerja dan terpaksa menghentikan bisnes pakaian wanita dan baju kanak-kanak. Bagaimanapun, saya mengambil langkah baru dengan menjadi \u2018dropship\u2019 produk kecantikan yang tular dan mendapat permintaan tinggi sebelum berkembang menjadi agen dan stokis produk berkenaan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cPada 2019, saya terpanggil untuk mengeluarkan produk kulit jenama sendiri iaitu serum muka. Bagaimanapun, kerana tidak ada perancangan dan pemasaran yang baik, kebanyakan produk saya tidak terjual. Kehidupan saya semakin mencabar pada tahun 2020 kerana disebabkan oleh wabak Covid-19, perniagaan saya diuji dengan sangat teruk. Saya terpaksa menampung hidup menggunakan duit simpanan sendiri sementara menunggu fasa endemik diumumkan oleh kerajaan kerana selama itu pasar tani dan pasar malam tidak dibenarkan beroperasi,\u201d jelasnya panjang lebar.<\/p>\n\n\n\n

Bercerita lebih lanjut, beliau berkata memandangkan keadaan semakin pulih, beliau tidak membuang masa dan terus mempromosikan produk serum muka keluarannya kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSaya akan menerangkan satu persatu kepada pengguna, kebaikan dan kepentingan setiap produk kepada kesesuaian kulit wajah pelanggan dan akan menerangkan kelebihan dan kekurangan sesuatu produk ini kepada pelanggan. Saya tidak mahu mengaut untung semata-mata tetapi mahu berkongsi  kebaikan dengan pelanggan. Saya menganggap pengguna produk saya seperti seorang kawan-kawan saya,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n

Siti Sribaya berkata pandemik telah mengajarnya bahawa kekurangan ilmu dalam bidang pemasaran dalam talian akan membantutkan perkembangan setiap perniagaan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cItulah pentingnya ilmu dalam bidang promosi ini semasa fasa pandemik. Usahawan seharusnya bertukar menggunakan platform dalam talian fasa pandemik dan ia adalah tindakan yang bijak kerana banyak kekangan bagi menjalankan perniagaan secara fizikal pada waktu itu.<\/p>\n\n\n\n

Katanya lagi, beliau merancang untuk meneroka potensi bisnes borong bagi jualan barangan kesihatan dan kecantikan sama ada secara dalam talian ataupun di luar talian dalam tempoh tiga tahun lagi.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSaya ingin membuka peluang dan mengajar mereka di luar sana yang berminat dan baru berjinak dengan perniagaan kecil-kecilan seperti saya dulu walaupun bermula hanya sebagai \u2018dropship\u2019 sahaja.<\/p>\n\n\n\n

\u201cMemandangkan keperluan hidup yang tinggi bagi generasi sekarang, dengan adanya sesebuah bisnes mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka. Bak kata pepatah, dimana ada usaha, insyaAllah di situ ada jalannya,\u201d katanya lagi sebelum menutup bicara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Pengalaman bergelumang dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak tahun 2014 benar-benar mengajar Siti Sribaya Ismail erti kehidupan. Sungguh, perit dan jerih yang dilalui bagi mencari rezeki telah membentuknya menjadi lebih cekal dalam melalui hari-hari yang mendatang. Beliau sedar bidang perniagaan ini ada pasang dan surutnya, bagaimanapun anak kelahiran Kuantan, Pahang itu tetap tidak berputus asa […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6927,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6926"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6926"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6926\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6928,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6926\/revisions\/6928"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6927"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6926"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6926"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6926"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}