{"id":6916,"date":"2023-01-26T19:39:38","date_gmt":"2023-01-26T11:39:38","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6916"},"modified":"2023-01-26T19:39:40","modified_gmt":"2023-01-26T11:39:40","slug":"norbee-shireen-bina-semula-kerjaya-menerusi-mamasab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/norbee-shireen-bina-semula-kerjaya-menerusi-mamasab\/","title":{"rendered":"Norbee Shireen bina semula kerjaya menerusi Mamasab"},"content":{"rendered":"\n Syarikat Shireen Glow Empire yang ditubuhkan pada 14 Disember 2020 oleh Norbee Shireen Abdul Hamid, 37 selepas hampir empat tahun bergelar suri rumah. Sebelum itu, Norbee adalah seorang penjawat awam dan sempat berkhidmat selama enam tahun dengan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak tahun 2012 lagi ketika baru melahirkan anak sulung, yang mana beliau telah mengambil cuti tanpa gaji selama 2bulan.<\/p>\n\n\n\n Minatnya terhadap dunia perniagaan membuatkannya menyertai bermacam jenis jenama dan produk sebagai agendan semua itu memerlukan modal duit serta perlu pegang stok.<\/p>\n\n\n\n \u201cApabila sesebuah produk itu tidak terjual, maka tersadailah ia di bawah katil. Ini realiti yang perlu dihadap bila buat bisnes yang memerlukan modal duit, umpama \u2018rugi itu pasti, untung belum tentu,\u201d katanya kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n Bercerita lebih lanjut, Norbee berkata p<\/strong>ada 2015, beliau pernah mengeluarkan produk jenama sendiri dan ia hanya bertahan selama dua tahun sahaja di pasaran.<\/p>\n\n\n\n \u201cSelepas itu, saya ambil keputusan memilih menjadi suri rumah sepenuh masa dan fokus pada keluarga.Kemudian, pada Februari 2020, iaitu sebulan sebelum PKP pendemik covid-19 melanda, saya terbuka hati untuk membina semula kerjaya memandangkan anak-anak dah besar, dan pada masa itu saya terlihat iklan \u2018dropship\u2019 tanpa modal dari Mamasab,\u201d ujar anak kelahiran Putrajaya itu lagi.<\/p>\n\n\n\n Beliau tertarik dengan platform yang ditawarkan oleh Mamasab kerana siapa-siapa pun berpeluang untuk menambahbaik tahap kewangan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n \u201cApa yang saya suka dengan platform Mamasab ini adalah tiada modal dan tiada yuran pendaftaran, ia mempunyai sistem dalam talian, tidak perlu pegang atau simpan stok, tidak perlu keluar membuat penghantaran kerana ada \u2018runner\u2019 khas yang akan ambil dan hantar produk ke pelanggan, mempunyai sistem latihan yang canggih, malah mereka yang tiada pengalaman juga boleh buat serta produknya yang mudah dijual dan mendapat permintaan yang tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Norbee juga telah masak dengan sepak terajang dalam dunia perniagaan, justeru apabila pandemik Covid-19 melanda beliau tidak mudah melatah.<\/p>\n\n\n\n \u201c<\/strong>Penting untuk kita memilih bisnes anti-krisis atau anti-pandemik, Alhamdulillah sepanjang tempoh PKP, kami terima permintaan yg sangat tinggi terutama untuk item-item makanan, dan zaman kini, perniagaan atas talian amat penting untuk kita terus relevan di pasaran.<\/p>\n\n\n\n \u201c<\/strong>Dalam tempoh tiga tahun dari sekarang, saya menyasar untuk mencapai tahap tertinggi dalam Mamasab, iaitu Titanium dengan melahirkan ramai \u2018master leader\u2019 dan juga stokis yang berpendapatan sehingga empat atau lima angka sebulan tanpa perlu mengeluarkan modal dan kos pemasaran.<\/p>\n\n\n\n Saya juga merancang untuk menaiktaraf syarikat daripada status \u2018Enterprise\u2019 menjadi Sendirian Berhad selain mempunyai pusat latihan sendiri serta mampu mewakafkan sebuah surau untuk kegunaan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n Ditanya mengenai apa yang membuatkannya tidak berputus asa dan terus berjuang untuk membangunkan perniagaan anda, Norbee berkata beliau dikelilingi oleh persekitaran yang sangat luar biasa dalam Mamasab dan berbeza dengan syarikat lain yang pernah saya sertai.<\/p>\n\n\n\n \u201cDalam Mamasab, setiap hari ada \u201cmorning booster\u201d dari pengasasnya sendiri iaitu Mama Sabrina dan setiap malam ada kelas-kelas latihan secara dalam talian yang di buat oleh ketua masing-masing.<\/p>\n\n\n\n \u201cSelain itu, sokongan dari segi luar talian juga diberikan. Dalam Mamasab, kita telah ada banyak testimoni daripada agen yang berjaya membuat jualan berjuta-juta ringgit setahun dan kami juga berkongsi strategi bagaimana untuk capai jualan bagi satu-satu tahap,\u201d katanya lagi sebelum menutup bicara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" Syarikat Shireen Glow Empire yang ditubuhkan pada 14 Disember 2020 oleh Norbee Shireen Abdul Hamid, 37 selepas hampir empat tahun bergelar suri rumah. Sebelum itu, Norbee adalah seorang penjawat awam dan sempat berkhidmat selama enam tahun dengan kerajaan. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak tahun 2012 lagi ketika baru melahirkan anak sulung, yang mana […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6922,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6916"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6916"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6916\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6923,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6916\/revisions\/6923"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6922"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6916"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6916"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6916"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n