{"id":6870,"date":"2023-01-26T19:16:43","date_gmt":"2023-01-26T11:16:43","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6870"},"modified":"2023-01-26T19:16:45","modified_gmt":"2023-01-26T11:16:45","slug":"sent-enterprise-lahir-produk-bantu-sihatkan-kulit-wajah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/sent-enterprise-lahir-produk-bantu-sihatkan-kulit-wajah\/","title":{"rendered":"Sent Enterprise lahir produk bantu sihatkan kulit wajah"},"content":{"rendered":"\n
Golongan wanita amat mementingkan aspek kecantikan dan kesihatan kulit wajah dan ramai yang sanggup melabur ratusan ringgit setiap bulan bagi memastikan kulit mereka berada dalam keadaan yang baik.<\/p>\n\n\n\n
Antara masalah yang kerap dihadapi oleh golongan wanita apabila memperkatakan tentang kulit wajah ini adalah masalah kulit berminyak, jerawat yang tumbuh dengan banyak serta bitnik hitam dan juga jeragat.<\/p>\n\n\n\n
Kita juga dapat melihat kewujudan banyak pusat estetik yang tumbuh bak cendawan selepas hujan sejak akhir-akhir ini memandangkan permintaan yang semakin tinggi, ditambah pula dengan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat untuk mula menjaga kulit wajah mereka.<\/p>\n\n\n\n
Bagi Aisyah Yunus, beliau menerusi syarikatnya Sent Enterprise menjalankan perniagaan Medi Spa dan beliau sudah berkecimpung selama lebih kurang dua tahun dalam bidang berkenaan. Bercerita mengenai latar belakang perniagaan dan apa yang menyebabkannya terjun ke bidang keusahawanan, wanita berusia 32 tahun itu berkata pada mulanya beliau menerima banyak aduan daripada pelanggannya yang mempunyai masalah kulit.<\/p>\n\n\n\n
\u201cRamai pelanggan yang saya temui rata-ratanya mempunyai pelbagai masalah kulit dan menyedari hakikat ini, saya terpanggil untuk memperkenalkan produk keluaran syarikat saya sendiri yang diyakini dapat membantu mengembalikan kesihatan wajah tanpa sebarang cela.<\/p>\n\n\n\n
\u201cApa yang menarik mengenai produk keluaran syarikat saya ini adalah ia dihasilkan dengan gabungan sel stem dan niacinamide. Sel stem merupakan satu jenis sel di dalam badan kita yang berfungsi untuk menjana semula tisu dan organ apabila terdapat kerosakan ataupun kecederaan.<\/p>\n\n\n\n