{"id":6714,"date":"2022-12-22T16:21:16","date_gmt":"2022-12-22T08:21:16","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6714"},"modified":"2022-12-22T16:21:18","modified_gmt":"2022-12-22T08:21:18","slug":"bongkar-rahsia-minda-tabiat-capai-kejayaan-secara-konsisten","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/bongkar-rahsia-minda-tabiat-capai-kejayaan-secara-konsisten\/","title":{"rendered":"Bongkar Rahsia Minda & Tabiat capai kejayaan secara konsisten"},"content":{"rendered":"\n Dengan pengalaman lebih 25 tahun terbabit dalam dunia kewangan, Dr Niki Shuhada mempunyai \u2018track record\u2019 yang cemerlang dalam membantu pelanggannya menguruskan hal berkaitan aspek kewangan dalam hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n Menerusi syarikat yang diterajunya, Premier Horizon (M) Sdn Bhd, Dr Niki Shuhada mula menyediakan sesi bimbingan dan pemantauan secara eksklusif kepada pelanggannya pada tahun 2008. Selain itu, beliau turut menawarkan khidmat nasihat mengenai latihan jualan, latihan pengambilan pekerja serta topik-topik berkaitan prestasi.<\/p>\n\n\n\n Bercerita lebih lanjut kepada Entrepreneur Insight, beliau berkata beliau sudah berkecimpung dalam dunia kewangan sebagai perunding kewangan dengan satu daripada institusi kewangan terbesar di negara ini pada tahun 1997.<\/p>\n\n\n\n \u201cSebagai seorang perunding kewangan, saya bertanggungjawab untuk menolong pelanggan membina dana persaraan di samping mengembangkan rangkaian sebagai perunding amanah saham. Dari situ, saya mula terbabit dalam urusan pengendalian latihan harian, mingguan dan tahunan untuk perunding.<\/p>\n\n\n\n \u201cSesi yang saya kendalikan mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada peserta dan bertitik tolak daripada situ, saya mula mendapat sambutan darupada pelanggan-pelanggan luar,\u201d kata wanita berusia 54 tahun yang berasal dari Ipoh, Perak itu lagi.<\/p>\n\n\n\n Bercerita lebih lanjut, beliau berkata pada masa ini keunikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah beliau membantu pelanggannya membongkar Rahsia Minda & Tabiat untuk mencapai kejayaan secara konsisten secara lebih mendalam.<\/p>\n\n\n\n \u201cKepakaran dan pengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang ini sangat memberi bantuan kepada pelanggan. Sebenarnya, ramai Usahawan yang memerlukan latihan Minda & Tabiat serta latihan untuk menaikkan Jualan dan Jualan Kumpulan,\u201d katanya Ketika ditanya mengenai keunikan produk yang ditawarkannya.<\/p>\n\n\n\n Mengulas mengenai kesan pandemik Covid-19 kepada operasi perniagaannya, Dr Niki Shuhada berkata pandemic yang berlaku telah menunjukkan betapa pentingnya untuk seseorang itu mempunyai minda yang kuat dan fleksibel bagi menghadapi cabaran yang telah ditetapkan dalam hidup.<\/p>\n\n\n\n \u201cMereka yang mempunyai Minda & Tabiat yg kuat telah mengharungi pandemik dengan baik, malahan lebih berjaya ketika pandemik. Ini membuktikan sesebuah cabaran itu dapat diharungi dengan baik jika individu itu mempunyai minda yang kuat dan fleksibel,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n Ditanya mengenai sasaran yang mahu dicapai dalam tempoh tiga tahun lagi, Dr Niki Shuhada berkata beliau mahu mengembangkan perniagaannya dengan lebih agresif bagi membolehkannya membantu lebih ramai Usahawan untuk dapat Minda & Tabiat yang kuat.<\/p>\n\n\n\n \u201cKami menyediakan sesi NLP Super Session secara 1-1, sebagai pembuka untuk usahawan segera mendapat Minda & Tabiat yang diperlukan untuk mencapai hasil mereka. Dari situ, mereka boleh memilih latihan latihan lain seperti sesi latihan dan pemantaun secara eksklusif.<\/p>\n\n\n\n \u201cMisi syarikat adalah untuk membantu pelanggan kami. Tagline kami, \u2018Your Success Is Our Pride\u2019 ternyata mencerminkan usaha kami dalam memastikan pelanggan dapat mengecapi sasaran yang ditetapkan dalam hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n \u201cApabila mereka berjaya mengecapi apa yang mereka sasarkan, kami akan meraikannya bersama sama,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n Dr Niki Shuhada berkata kepuasan yang dikecapi semasa melihat kejayaan pelanggannya telah mendorongnya untuk terus berusaha dan tidak akan sesekali berputus asa dalam membawa perniagaannya menjadi lebih maju.<\/p>\n\n\n\n \u201cKepuasan melihat hidup dan perniagaan mereka berubah ke peringkat yang lebih tinggi telah membuatkan kami menjadi semakin bersemangat untuk membantu lebih ramai usahawan yang lain di luar sana untuk turut sama mengecap kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi,\u201d katanya lagi sebelum menutup bicara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" Dengan pengalaman lebih 25 tahun terbabit dalam dunia kewangan, Dr Niki Shuhada mempunyai \u2018track record\u2019 yang cemerlang dalam membantu pelanggannya menguruskan hal berkaitan aspek kewangan dalam hidup mereka. Menerusi syarikat yang diterajunya, Premier Horizon (M) Sdn Bhd, Dr Niki Shuhada mula menyediakan sesi bimbingan dan pemantauan secara eksklusif kepada pelanggannya pada tahun 2008. Selain itu, […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6716,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6714"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6714"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6714\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6720,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6714\/revisions\/6720"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6714"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6714"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6714"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n