{"id":6402,"date":"2022-11-25T16:31:58","date_gmt":"2022-11-25T08:31:58","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6402"},"modified":"2022-11-25T16:32:00","modified_gmt":"2022-11-25T08:32:00","slug":"selebele-bundle-sasar-buka-cawangan-di-luar-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/selebele-bundle-sasar-buka-cawangan-di-luar-kelantan\/","title":{"rendered":"Selebele Bundle sasar buka cawangan di luar Kelantan"},"content":{"rendered":"\n
\"\"<\/figure>\n\n\n\n

Bermula dengan membuka sebuah syarikat kurier yang diberi nama PostHub, langkah Mohamad Nizam Adhaa Kamarudin tidak terhenti di situ. Penubuhan syarikatnya yang pertama itu nyata telah mencetuskan idea dan keberanian buat pemuda berusia 31 tahun itu untuk membuka perniagaan kedua yang agak berbeza iaitu syarikat kasut terpakai, Selebele Bundle.<\/p>\n\n\n\n

Mohamad Nizam berkata beliau yakin dengan potensi yang ada untuk perniagaan kasut terpakai dan pada awal pembukaan, Selebele Bundle hanya beroperasi secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSelepas beberapa bulan kami memulakan perniagaan, kami telah berjaya beroperasi secara fizikal dan kedai kami beroperasi di Bukit Sireh, Kuala Krai Kelantan,\u201d kata anak jati Kuala Krai, Kelantan ini kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n

Bercerita lebih lanjut, Mohamad Nizam berkata antara keunikan yang ada pada Selebele Bundle adalah mereka menggalakkan pelanggannya untuk turut sama belajar berniaga.<\/p>\n\n\n\n

\u201cKami lebih suka gelarkannya sebagai \u201cBusiness Starter Pack\u201d kerana kami mengetahui apa yang diperlukan oleh peminat bundle diluar sana. Sudah pasti pelanggan kami bukan sahaja mahu memiliki produk, tetapi juga mereka berhasrat untuk turut sama mempunyai bisnes mereka sendiri dan mereka bermula dengan membeli barangan daripada kami.<\/p>\n\n\n\n

\n
\n
\"\"<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
\n
\"\"<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n

\u201cDengan adanya \u201cUnique Selling Proposition\u201d ini, ia dapat memberi kelebihan kepada kami kerana kami tahu ramai di antara pelanggan di luar sana yang ingin memiliki perniagaan mereka sendiri, cuma mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mereka bermula.<\/p>\n\n\n\n

\u201cJadi produk kami bukan sahaja untuk dimiliki akan tetapi mereka juga akan diberikan ilmu tentang bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan iaitu perniagaan bundle,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n

Mohamad Nizam juga tidak terkecuali daripada berhadapan cabaran pandemik Covid-19 yang berlaku di negara ini. Bagaimanapun, beliau mengakui ada ibrah di sebalik apa yang telah berlaku.<\/p>\n\n\n\n

\u201cAntara kesan yang berlaku semasa pandemik adalah ramai antara kita yang kehilangan pekerjaan, perniagaan tidak dapat diteruskan dan sebagainya. Oleh itu, amat penting untuk kita tidak hanya bergantung kepada pekerjaan hakiki sahaja, sebaliknya kita perlu mengambil inisiatif untuk membina perniagaan sendiri. Ia amat penting untuk dipelajari oleh setiap pelanggan kami diluar sana,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n

Ditanya mengenai perancangannya dalam tempoh tiga tahun lagi dan bagaimana beliau mahu mencapainya, Mohamad Nizam berkata beliau menyasar untuk menjadikan Selebele Bundle sebagai syarikat pakaian terpakai yang dikenali.<\/p>\n\n\n\n

\u201cKami mahu meluaskan lagi operasi perniagaan dan menjadikannya lebih dikenali bukan sahaja di Pantai Timur, tetapi juga di seluruh Malaysia.<\/p>\n\n\n\n

\"\"<\/figure>\n\n\n\n
\"\"<\/figure>\n\n\n\n

\u201cSaya yakin jika diberikan kemudahan dan peluang, kami juga ingin membuka cawangan kami di tempat tempat lain di negara ini. Saya yakin pasaran perniagaan kasut terpakai mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Justeru, saya berazam untuk membuka lebih banyak peluang kepada peminat kasut terpakai untuk mereka belajar sendiri selok-belok dalam perniagaan ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n

Usahawan muda ini berkata beliau juga tidak akan sesekali berputus asa dan akan terus berjuang dalam membangunkan perniagaannya iaitu syarikat PostHub dan Selebele Bundle.<\/p>\n\n\n\n

\u201cDunia keusahawanan ini bukanlah satu perkara yang muda kerana setiap perjalanan yang dilalui, pasti ada liku-likunya. Bagaimanapun, saya percaya setiap apa yang jatuh pasti akan bangun semula.<\/p>\n\n\n\n

\u201cPegangan inilah yang membuatkan saya terus bertahan dalam dunia perniagaan dan akan sentiasa menjadikannya azimat untuk saya terus berjuang dalam bidang ini.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSaya juga mahu mengajak lebih ramai orang di luar sana untuk belajar ilmu perniagaan dan memanfaatkannya demi masa depan mereka dan keluarga mereka,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Bermula dengan membuka sebuah syarikat kurier yang diberi nama PostHub, langkah Mohamad Nizam Adhaa Kamarudin tidak terhenti di situ. Penubuhan syarikatnya yang pertama itu nyata telah mencetuskan idea dan keberanian buat pemuda berusia 31 tahun itu untuk membuka perniagaan kedua yang agak berbeza iaitu syarikat kasut terpakai, Selebele Bundle. Mohamad Nizam berkata beliau yakin dengan […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6403,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6402"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6402"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6402\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6408,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6402\/revisions\/6408"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6402"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6402"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6402"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}