{"id":5896,"date":"2022-09-03T08:25:59","date_gmt":"2022-09-03T00:25:59","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=5896"},"modified":"2022-09-03T08:26:01","modified_gmt":"2022-09-03T00:26:01","slug":"tinggalkan-dunia-pekerjaan-formal-untuk-fokus-bidang-fotografi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/tinggalkan-dunia-pekerjaan-formal-untuk-fokus-bidang-fotografi\/","title":{"rendered":"Tinggalkan dunia pekerjaan formal untuk fokus bidang fotografi"},"content":{"rendered":"\n
\"\"<\/figure>\n\n\n\n

Khidmat jurugambar amat penting dalam satu-satu acara tidak kiralah sama ada acara keramaian, pelancaran produk, majlis perkahwinan, majlis akikah malah majlis sambutan hari lahir. Jurugambar adalah orang yang bertanggungjawab membidik lensa bagi mendapatkan gambar yang terbaik yang boleh dikenang sehingga ke akhir hayat.<\/p>\n\n\n\n

Secara umumnya, kerjaya sebagai jurugambar ini dimonopoli oleh golongan lelaki, mungkin kerana \u2018nature of job\u2019 sebagai jurugambar memerlukan mereka bekerja untuk satu tempoh masa yang panjang dan sentiasa sibuk dengan tugasan yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n

Bagi Diana Mohamad, minatnya dalam bidang fotografi telah mendorongnya untuk terjun ke dalam dunia berkenaan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSemuanya bermula dengan suka-suka, saya hendak mencuba benda baharu dan secara kebetulan, saya gemar mengambil gambar. Jadi saya mula berjinak-jinak mengambil tugasan jurugambar secara separuh masa.<\/p>\n\n\n\n

\u201cTambahan pula, saya mempunyai latar belakang pendidikan sehingga ke tahap sarjana dan ibu bapa saya mahu saya mempunyai pekerjaan tetap dan stabil serta kerja di pejabat. Mereka beranggapan kerjaya sebagai jurugambar ini tidak sesuai dengan golongan wanita.<\/p>\n\n\n\n

\u201cBagaimanapun, minat yang mendalam dalam bidang ini membuatkan saya akhirnya berhenti kerja dan memberi fokus sepenuhnya sebagai jurugambar. Kini, sudah lebih 10 tahun saya mengumpul pengalaman dalam bidang fotografi,\u201d katanya anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n

\"\"<\/figure>\n\n\n\n
\n
\n
\"\"<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
\n
\"\"<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n

Ditanya mengenai keunikan bergelar jurugambar wanita dalam bidang yang dikuasai golongan lelaki, wanita berusia 36 tahun itu berkata apabila beliau mengambil tugasan dalam majlis perkahwinan, pengantin perempuan sudah tidak perlu risau mengenai aurat.<\/p>\n\n\n\n

\u201cBermula daripada sesi bergambar sehinggalah kepada penghantaran gambar, semuanya akan diuruskan sepenuhnya oleh wanita. Malah, jika tudung tidak begitu \u2018menjadi\u2019 pun, saya akan tolong betulkan.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSelain itu, saya juga menawarkan produk yang boleh diselaraskan mengikut bajet dan kemampuan anda. Studio saya, Dianagraphy Studio juga menyediakan pakej bayaran ansuran bulanan sehinggalah hari majlis berlangsung.<\/p>\n\n\n\n

\u201cDengan menawarkan khidmat jurugambar wanita, ini telah memberi kelebihan kepada Dianagraphy Studio untuk meneroka pasaran yang lebih khusus berkaitan dengan wanita,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n

Bercerita lanjut, Diana berkata pandemik Covid-19 telah meninggalkan pengajaran yang besar untuknya sebagai seorang jurugambar.<\/p>\n\n\n\n

\u201cDalam tempoh lebih dua tahun itu, saya kehilangan banyak prospek memandangkan negara telah mengenakan sekatan pergerakan dan majlis sosial tidak dapat dijalankan. Bagaimanapun, saya tidak mengalah dan terus berjuang.<\/p>\n\n\n\n

\u201cWalaupun tidak banyak hasil karya saya yang boleh dipamerkan di media sosial tiada majlis perkahwinan yang dibuat, saya tidak hanya berdiam diri saja. Saya mencari inspirasi dan idea daripada jurugambar di luar negara menerusi carian Google,\u201d katanya.  <\/strong><\/p>\n\n\n\n

\n
\n
\"\"<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
\n
\"\"<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n
\"\"<\/figure>\n\n\n\n

Memandangkan Diana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang fotografi, ditambah pula dengan kelulusan akademik yang tinggi, beliau merancang untuk mencuba bidang baharu dalam tempoh tiga tahun lagi.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSaya mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengajar mata pelajaran yang berkaitan dengan seni dan pemasaran di universiti.<\/p>\n\n\n\n

\u201cSaya yakin dengan pengalaman luas yang telah saya timba selama ini, ia dapat dipanjangkan kepada generasi baharu supaya mereka boleh belajar sesuatu daripadanya,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n

Diana juga berkata beliau tidak akan sesekali berputus asa dan akan terus berjuang membangunkan perniagaannya.<\/p>\n\n\n\n

\u201cBidang fotografi adalah minat saya dan ia bukanlah sesuatu yang kita oleh cungkil dengan mudah. Saya mempunyai bakat dalam bidang ini di samping keazaman yang tinggi untuk terus membawa nama Dianagraphy Studio ke peringkat yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n

\u201cJika tiada \u2018passion\u2019, pasti susah untuk sesebuah perniagaan itu bertahan lebih lama,\u201d ujarnya sebelum menutup bicara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Khidmat jurugambar amat penting dalam satu-satu acara tidak kiralah sama ada acara keramaian, pelancaran produk, majlis perkahwinan, majlis akikah malah majlis sambutan hari lahir. Jurugambar adalah orang yang bertanggungjawab membidik lensa bagi mendapatkan gambar yang terbaik yang boleh dikenang sehingga ke akhir hayat. Secara umumnya, kerjaya sebagai jurugambar ini dimonopoli oleh golongan lelaki, mungkin kerana […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5898,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5896"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5896"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5896\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5905,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5896\/revisions\/5905"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5898"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5896"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5896"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5896"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}