{"id":5873,"date":"2022-09-03T08:16:49","date_gmt":"2022-09-03T00:16:49","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=5873"},"modified":"2022-09-03T08:16:51","modified_gmt":"2022-09-03T00:16:51","slug":"tempahan-tilam-kekabu-pinkgreenhouse-semakin-dapat-sambutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/tempahan-tilam-kekabu-pinkgreenhouse-semakin-dapat-sambutan\/","title":{"rendered":"Tempahan tilam kekabu Pinkgreenhouse semakin dapat sambutan"},"content":{"rendered":"\n Pasangan suami isteri yang sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata pastinya berasa sangat teruja untuk membuat persiapan bagi menyambut kehadiran bayi mereka. Antara yang menjadi keutamaan adalah barangan kelengkapan seperti set pakaian, kain bedung, tilam bayi, set mandian dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n Siapa sangka, bermula hanya dengan menjahit barangan keperluan untuk anak sendiri seperti kasut, sarung tangan dan selimut untuk anak sendiri telah membuka laluan kepada Rifqah Mohd Noor untuk mula berkecimpung dalam dunia perniagaan.<\/p>\n\n\n\n Bercerita mengenai perjalanannya sebagai seorang usahawan kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini, wanita berusia 36 tahun itu berkata perniagaan tilam kekabu jenama Pinkgreenhouse bermula pada tahun 2014.<\/p>\n\n\n\n \u201cPada masa itu, saya memulakan perniagaan hanya disebabkan oleh minat untuk menghasilkan produk yang kreatif.<\/p>\n\n\n\n \u201cTidak pernah terlintas di fikiran saya hendak menjual produk kreatif yang dihasilkan. Saya hanya membuat dan berkongsi mengenainya di akaun media sosial saya. Melihat kepada pemintaan yang semakin bertambah, saya mula menulis mengenai produk kreatif yang saya hasilkan di blog dan mula berjinak-jinak dengan membuat iklan di Instagram bagi mendapat lebih banyak tempahan. <\/p>\n\n\n\n \u201cSedikit demi sedikit, perniagaan yang pada asalnya dibuat secara sambilan itu mula mendapat perhatian. Akhirnya, pada tahun 2016, dengan adanya sokongan ahli keluarga dan doa kedua ibu bapa saya, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang jurutera dan terus fokus dengan perniagaan tilam bayi kekabu ini,\u201d kata anak kelahiran Gombak, Selangor ini lagi sambil mengimbau kenangan ketika beliau terpaksa bersengkang mata di waktu malam demi menyiapkan tempahan.<\/p>\n\n\n\n Lebih menggembirakan Rifqah, pada tahun 2019, adik lelakinya Zulfadli bersetuju untuk bersama-sama mengusahakan perniagaan ini dan hasilnya, kini mereka sudah mampu menyewa sebuah kilang dan menggaji tujuh orang pekerja.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya bersyukur kerana kami dapat menyiapkan lebih 20 pesanan sehari berbanding sebelum ini yang mana saya memerlukan masa sebulan untuk menyiapkan hanya satu tempahan.<\/p>\n\n\n\n \u201cApa yang menarik mengenai produk tilam kekabu Pink greenhouse ini adalah ia adalah \u2018custom-made\u2019 yang mana kami memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih corak dan warna yang mereka mahukan.<\/p>\n\n\n\n Mengulas lanjut, beliau berkata kebiasaannya, setiap pratempahan set tilam mengambil masa selama dua hingga tiga bulan untuk disiapkan, tetapi di Pinkgreenhouse memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih dan mendapatkan barang paling cepat dalam tempoh 24 jam dan paling maksimum hanya sebulan.<\/p>\n\n\n\n \u201cDengan kelebihan yang ada ini, kami dapat menyiapkan tempahan dalam masa singkat berbanding pesaing kami,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n Ditanya mengenai ujian pandemik yang berlaku, Rifqah berkata ia adalah ujian yang amat getir bagi setiap usahawan lebih-lebih lagi mereka yang bergantung kepada tempahan \u2018offline\u2019 atau yang mengharapkan pelanggan datang ke kedai.<\/p>\n\n\n\n \u201cAlhamdulillah, sejak kami memulakan operasi, Pinkgreenhouse sudah mengunakan medium online untuk menjual produk kami. Kami cuba untuk masuk ke setiap platform yang ada seperti Shopee dan Instagram.<\/p>\n\n\n\n \u201cKami mengimpikan agar perniagaan Pinkgreenhouse terus berkembang dengan kedai \u2018walk-in custom-made\u2019 yang pantas. Kami mahu menawarkan perkhidmatan yang mana pelanggan yang mencari tilam bayi kekabu sulam dapat menempah produk berkenaan mengikut citarasa mereka dan paling penting, ia dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Beliau berkata tanggungjawab yang dipikul sebagai usahawan membuatkannya terus cekal melangkah dalam dunia perniagaan dan tidak akan sesekali berputus asa.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya melihat kepada tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan bukan sahaja ahli keluarga saya, tetapi juga pekerja-pekerja saya. Saya berharap dengan pekembangan perniagaan ini, saya dapat membantu mereka dalam menambah pendapatan mereka juga pada masa akan datang. InsyaAllah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" Pasangan suami isteri yang sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata pastinya berasa sangat teruja untuk membuat persiapan bagi menyambut kehadiran bayi mereka. Antara yang menjadi keutamaan adalah barangan kelengkapan seperti set pakaian, kain bedung, tilam bayi, set mandian dan sebagainya. Siapa sangka, bermula hanya dengan menjahit barangan keperluan untuk anak sendiri seperti kasut, sarung […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5875,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5873"}],"collection":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5873"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5873\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5884,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5873\/revisions\/5884"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5875"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5873"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5873"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5873"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n
<\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n