Klinik mesra kanak-kanak seringkali menjadi tarikan ibu bapa yang mahu membawa anak mereka mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan professional. Ini penting kerana emosi seseorang kanak-kanak agak sukar dikawal, lebih-lebih lagi jika mereka berada dalam keadaan yang tidak sihat.
Seiring dengan nama klinik yang begitu menarik dan ‘catchy’, Klinik Kenit ditubuhkan pada awal tahun 2021 dengan misi untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi perkembangan mereka yang optimum.
Berdasarkan data yang ada, seramai 43 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami risiko tidak mencapai tahap potensi mereka disebabkan faktor-faktor yang boleh dielakkan.
Kanak-kanak memerlukan lima perkara asas untuk membesar dan berjaya dalam hidup iaitu – kesihatan, makanan berkhasiat, keselamatan, peluang untuk belajar atau mendapat stimulasi awal dan penjaga atau ibu bapa yang responsif.
Justeru, Klinik Kenit menawarkan keunikan perkhidmatannya daripada aspek hab perubatan, hab sosial serta keperluan di masa hadapan iaitu hab digital.
Hab perubatan menyediakan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh kepada anak- anak serta ibu bapa. Ia merangkumi ujian saringan kesihatan,nasihat pemakanan , vaksinasi dan sebagainya. Bagi hab sosial pula, Klinik Kenit menyediakan perkhidmatan sokongan sosial kepada ibu bapa kepada anak anak yang mendapatkan rawatan disini.
Ia juga menyediakan tempat yang selamat dan seronok untuk kanak-kanak bermain bersama keluarga disamping membentuk perkembangan sosio-emosi mereka. Klinik Kenit adalah klinik yang pertama di Malaysia yang mempunyai perpustakan permainan (Toy Library) yang dipenuhi dengan pelbagai alatan permainan yang mengikut setiap umur perkembangan kanak-kanak.
‘Toy Library’ juga digunakan untuk menjalankan ujian saringan perkembangan serta intervensi awal bagi kanak-kanak yang memerlukan. Selain itu, pengurusan Klinik Kenit juga menyasar untuk membina satu aplikasi digital di mana kesemua perkhidmatan ini boleh dijalankan di atas talian dan dapat mencapai lebih ibu-bapa dan kanak-kanak yang memerlukan pertolongan dan sokongan di dalam dan luar negara.
Fasiliti klinik berkenaan juga menyediakan perkhidmatan yang merangkumi kesemua keperluan kanak-kanak. Persekitaran atau pengalaman awal yang positif dalam kehidupan kanak-kanak adalah asas kepada kesihatan yang baik, kecemerlangan dalam pembelajaran dan seterusnya menjadi manusia yang produktif kepada negara. Kami memberi sokongan kepada ibubapa dan keluarga untuk menyediakan persekitaran yang baik, bermula dengan kesihatan emosi ibubapa.
Pandemik Covid-19 banyak memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Malaysia terutama dalam institusi keluarga. Perintah Kawalan Pergerakan yang memfokuskan kepada penjarakan sosial membawa kepada penutupan sekolah, limitasi aktiviti luar, berkurung di dalam rumah telah menggugat perkembangan motor, kognitif, sosial dan emosi yang boleh meninggalkan kesan jangka masa panjang dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak juga turut terdedah kepada keganasan rumah tangga dan pengabaian dari segi emosi dan fizikal.
Klinik Kenit menerima ramai kanak-kanak yang mengalami masalah lambat bercakap, kurang kemahiran sosial dan kemahiran aktiviti harian, masalah tingkahlaku, masalah pemakanan dan juga masalah tidur. Dengan bantuan professional daripada pihak terapi carakerja serta terapi pertuturan di fasiliti kami, kanak-kanak tersebut berjaya menunjukkan progress yang memuaskan.
Mengulas mengenai perancangannya dalam tempoh tiga tahun kehadapan, Klinik Kenit berhasrat untuk menjadi sebuah fasiliti yang lengkap dan terbaik untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh serta membina komuniti yang sihat dan proaktif.
Justeru, pengurusan Klinik Kenit berusaha untuk memastikan setiap ibu bapa dan komuniti mempunyai pengetahuan dalam perkembangan awal kanak-kanak dengan penyebaran kesedaran melalui media sosial dan aktiviti bulanan yang dijalankan.
Klinik Kenit percaya perkembangan awal kanak-kanak adalah asas kepada kesihatan dan kejayaan sepanjang hidup.
Untuk maklumat lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan, layari laman web www.klinikkenit.com serta ikuti akaun Instagram di @klinik_kenit