Kesukaran yang dialami oleh Shameny Chandrasegran yang putus punca pendapatan selepas tidak dapat meneruskan perkhidmatan sebagai seorang pembantu penyelidik di Universiti Malaya telah membuka jalan buatnya untuk mula menceburi bidang perniagaan.
Beliau yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada waktu itu berhadapan dengan masalah kewangan apabila terpaksa berhenti kerja kerana tugasnya memerlukan beliau berada di luar bandar selama beberapa bulan.
Wanita berusia 32 tahun itu tidak membuang masa dan terus menceburi bidang perniagaan dalam talian dengan menjual produk kesihatan Klubna Laleh. Bercerita mengenai bagaimana beliau bermula, anak kelahiran Petaling Jaya itu berkata pada mulanya beliau hanya menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok kerana tidak mempunyai modal yang besar.
“Pada awalnya, jualan saya tidak begitu mendapat sambutan, bagaimanapun saya sentiasa memuat naik kandungan berkaitan produk Klubna Laleh di samping berkongsi banyak tips untuk menurunkan berat badan.
“Pada tahun 2019, saya menubuhkan Shyala Enterprise sebagai jenama perniagaan saya sendiri dan kini bergelar wakil jualan ‘gold leader’ Klubna Laleh,” katanya kepada Entrepreneur Insight baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut, Shameny berkata produk Klubna Laleh adalah produk yang membantu menurunkan berat badan.
“Ia adalah produk minuman kesihatan detoks yang halal dan diiktiraf sebagai produk pengelasan makanan terbaik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Gabungan produk Klubna Laleh juga unik kerana kopi Klubna ini mengandungi beras perang yang mana ia boleh membantu pengamalnya untuk berasa kenyang sepanjang hari lalu dan menghilangkan rasa untuk makan dengan banyak.
“Manakala bagi produk detoks Laleh pula, ia membantu untuk membersihkan toksik daripada badan di samping membantu memberi tenaga sepanjang hari. Bagi mendapatkan hasil yang optimum, pengguna disarankan untuk mengambil satu set minuman ini iaitu satu di waktu pagi dan satu lagi di waktu malam,” ujarnya lagi.
Menurut Shameny, sebelum beliau membuat keputusan untuk menjual produk Klubna Laleh, beliau terlebih dahulu telah mencubanya.
“Saya adalah pelanggan yang gembira dengan perubahan bentuk badan yang berlaku selepas mengamalkan minuman ini, justery saya membuat keputusan untuk mula membuat jualan kepada pelanggan saya.
“Keberkesanan produk inilah ternyata telah membantu saya mendapat lebih ramai pelanggan berulang. Malah semasa pandemic Covid-19 melanda negara, saya mulai sedar bahawa perniagaan yang dibuat secara dalam talian adalah sangat relevan pada masa ini.
“Kerja makan gaji ada risikonya, yang mana apabila tidak lagi diperlukan, syarikat boleh membuang pekerja dan kita akan hilang pekerjaan. Saya nak bantu lebih ramai suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah.
“Kami tawarkan pasukan usahawan yang terdiri daripada ejen dan stokis yang mana semua urusan dijalankan secara dalam talian buat sesiapa sahaja yang mahu menjana pendapatan, sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.
“Kami juga menyediakan semua bahan marketing dan latihan juga akan diberikan. Dalam masa tiga tahun yang akan datang, saya menyasar untuk membuka ruang untuk menyimpan stok dan juga untuk memberi latihan kepada lebih ramai suri rumah di luar sana,” katanya lagi.
Shameny berkata di sebalik kesusahan yang pernah beliau hadapi, beliau tetap mengorak langkah bagi mencapai cita-citanya.
“Saya tidak mahu berputus asa dan antara penguat semangat saya adalah sokongan yang diterima daripada ibu dan bapa saya. Selain itu, saya juga mahu memberi semula kepada komuniti. Prinsip saya kehidupan ini bukan sekadar hanya hidup tetapi perlu juga memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya lagi.