Inca Essential Resources tampil memperkenal produk makanan tambahan berkhasiat

Bermula dengan penanaman Sacha Inchi di daerah Pantu Sri Aman, Sarawak, ia kini dikenali sebagai Sarawak Sacha Inchi Valley.

Ladang yang lulus myGAP (Good Agriculture Practice) itu diusahakan oleh usahawan, Maidin Haji Koya dengan skala kecil pada tahun 2018.

“Sekarang, ia telah mencecah lebih dari 100 ekar yang mengeluarkan hasil yang baik. Keunikan buah Sacha Inchi atau nama saintifiknya “Plukenetia Volubilis” yang berasal dari Hutan Amazon Peru.

“Tanaman   ini mengandungi peratusan Omega 3, 6 dan 9 yang sangat tinggi di mana ia adalah keperluan wajib untuk kesihatan tubuh badan secara optimum,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini. 

Jelas beliau lagi, Minyak Sacha Inchi telah pun memenangi anugerah pingat emas sebagai ‘World Superfood’ di Paris pada 2004 dan 2006.

Manakala  pada Januari 2013 European Union (EU) telah meluluskan Minyak Sacha Inchi untuk dipasarkan sebagai Novel Food di negara-negara kesatuan Eropah.

Justeru, pada tahun 2014 Minyak Sacha Inchi telah diluluskan oleh Food and Drugs Administration (FDA) sebagai “Generally Recognized as Safe” (GRAS) bagi pasaran Amerika Syarikat.

“Keunikan produk kami adalah kerana kami menghargai Kualiti berbanding Kuantiti. Kami telah berkerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) & Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencapai objektif, penyelidikan untuk keselamatan produk dari segi perubatan dan kajian inovasi makanan Minyak Sacha Inchi sebagai diet tambahan untuk gaya hidup yang sihat.

“Oleh itu, Syarikat Kami Inca Essential mampu menghasilkan produk makanan tambahan yang bergred premium untuk setiap lapisan masyarakat.

“Produk kami yang berasaskan Sacha Inchi ini telah pun berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah mendapat pensijilan halal Jakim,” katanya.

 Beliau berkata, keratan beberapa akhbar tempatan melaporkan Malaysia telah dikategorikan sebagai negara tidak sihat. Kenyataan ini sering di dengar setiap tahun dan beliau melihat masalah kesihatan di Malaysia perlu ditangani.

“Kami beraspirasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pengambilan ‘Plant Based Omega’ terhadap rakyat Malaysia.

“Hal ini demikian, kerana kita sering dengar tentang Omega 3 dari minyak ikan dan khasiatnya tetapi bukan dari Omega 3 sumber tumbuhan. Untuk pengetahuan saintifik, Omega 3 dan 6 tidak dapat dihasilkan dengan sendirinya di dalam tubuh pada setiap badan manusia.

“Jadi pengambilan Omega 3 dan 6 amat penting agar mendapat kesihatan yang optimum selain  dapat menghindari dan mengurangkan risiko penyakit seperti 3 serangkai (Darah Tinggi, Kolesterol dan Sakit Jantung) yang merupakan antara punca utama kadar kematian yang kian meningkat di Malaysia,” katanya lagi.

Dalam masa pandemik dan endemik ini, ramai penjual produk sacha inchi menggunakan media sosial dalam mempromosikan produk mereka.

“Tetapi terdapat masih terdapat ramai penjual yang tidak beretika, menjual produk yang tidak mempunyai kelulusan daripada agensi yang berkuasa kerana mereka hanya mementingkan kepada keuntungan sahaja tanpa memikirkan keselamatan atau keberkesanan produk terhadap pengguna.

“Selain itu, dalam tempoh pandemik juga memberi kami inspirasi untuk kembangkan lagi kesedaran tentang khasiat minyak sacha inchi ini kepada rakyat malaysia.

 “Inca Essentials sangat yakin bahawa kami dapat memperkembangkan pemasaran produk kami ke negara jiran seperti Brunei dan Indonesia dalam masa 3 tahun. Kami telah pun beralih dari pemasaran secara agent dan dropshipper kepada network marketing yang mana kami yakin setiap ahli akan mendapat manfaat dan ganjaran melalui program yang kami sedang promosikan,” katanya.