Harris Bakar sasar tingkatkan perkhidmatan, mahu terus kekal relevan dalam pasaran

Harris Bakar Management Sdn Bhd ditubuhkan pada 1991. Setelah tamat pengajian di Institut Teknologi Mara pada tahun 1988 dalam Bidang Analisa Pelaburan, Pengarah Urusan, Datuk Mohd Harris Abu Bakar, berkhidmat di sebuah syarikat Broker Saham di Kuala Lumpur sebagai Wakil Jualan dan seterusnya sebagai Remisier.

“Setelah tamat mengikuti program yang dikenali sebagai Skim Latihan Khas (SLK), saya mula membuka Firma Sendiri dikenali sebagai Harris Bakar Management Sdn Bhd pada 6hb Mac 1991.

“Pada peringkat awal Syarikat HBM hanya menawarkan perkhidmatan dalam bidang Khidmat Nasihat dan Perundingan Pecukaian.

“Setahun kemudian selepas tamat mengikuti beberapa program Professional khusus dalam bidang Kesetiausahaan Syarikat, HBM mula menawarkan perkhidmatan dalam  bidang Kesetiausahaan Syarikat yang memberikan perundingan khusus dalam bidang  pengurusan Korporat,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Pembangunan dan perubahan dalam dunia perniagaan khususnya dalam dunia korporat semakin kompleks dan dinamik, oleh itu pihak HBM mula mengembangkan sayapnya dalan bidang lain berkaitan seperti dalam bidang Latihan Sumber Manusia dan Keusahawanan.

Kekuatan HG/HBM juga terletak kepada kualiti kepakaran tenaga kerja kerana pihak kami mementingkan kemahiran setiap anggota kerja dari aspek keupayaan dan kecekapan di dalam menyediakan solusi menyeluruh kepada pihak pelanggan.

Menerusi perkembangan teknologi maklumat pihak HG/HBM melengkapkan kekuatan setiap anggota kerja dalam aspek aplikasi teknologi maklumat dalam setiap proses kerja yang dilaksanakan.

Justeru hingga ke hari ini pihak HBM/HG terus kekal memainkan peranan sebagai OSC (One Stop Centre) bagi komuniti perniagaan samada dalam mahupun luar negeri termasuk kepada pihak pelabur luar negara yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab perniagaan di rantau ini.

Antara kelebihan pihaknya adalah memudahkan pihak pelanggan mendapat khidmat nasihat secara cepat dan menyeluruh. Pelanggan tidak perlu lagi tercari-cari pihak lain kerana selain daripada sebagai OSC pihak HBM/HG juga menjadi Pusat OSIC (One Stop Information Centre) yang mana sekiranya pihak pelanggan memerlukan lain-lain perkhidmatan yang tidak disediakan oleh pihak HBM/HG , pihaknya turut  memberi  jaminan  melalui jaringan dengan lain-lain penyedia  pekhidmatan yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Banyak yang dapat pihak HBM/HG pelajari dari pengalaman semasa berhadapan dengan tempoh Pandemik Covid 19.

 Pihak HG/HBM mula berpindah dari premis lama ke premis baru pada Januari, 2020 lalu. Tujuan perpindahan ke premis pejabat kerana ruang premis yang ada tidak lagi menampung aktiviti perniagaan yang terus berkembang .

Ketika selesai dalam penyediaan starategi untuk mengembangkan sayap perniagaan dengan lebih jauh secara mengejut tanpa persediaan secukupnya, negara pula dilanda wabak Covid yang memaksa  pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 01)  pada Mac 2020.

“Oleh kerana kurangnya persediaan, pihak kami berhadapan situasi yang mana hampir 80 peratus perkhidmatan kami terhenti. Ketiadaan sistem kawalan kerja dari rumah pihak syarikat terpaksa berhadapan  dengan situasi tiada sebarang pendapatan tetapi perlu membuat perbelanjaan .

“Apabila berlaku PKP-2 dan PKP-3 pihak HBM/HG lebih bersedia dengan membuat perubahan secara komprehensif tatacara dan pendekatan dalam penyediaan perkhidmatan. Pihak HBM/HG telah menjadikan budaya kerja dari rumah  serta aplikasi teknologi maklumat di dalam penyediaan perkhidmatan sebagai keutamaan,”katanya.

Bergerak ke hadapan pihak HBM/HG menyasarkan kepada peningkatan perkhidmatan yang membolehkan pihak HBM/HG terus kekal dalam pasaran.

“Kemampanan dalam penyediaan perkhidmatan serta tahap pendapatan diberi perhatian. Semakan menyeluruh dibuat terhadap jenis-jenis perkhidmatan yang mempunyai permintaan yang tinggi samada mengekalkannya sebahagian daripada yang sedia ada mahupun memperkenalkan perkhidmatan yang baru,” katanya.