Adventurist ditubuhkan pada tahun Ogos 2020 dengan kekuatan seramai dua orang. Usahawan, Noor Nadira Mahidan, 37, berkata mereka memilih niche aktiviti lasak kerana pendedahan tentang aktiviti ini agak kurang.
“Dari situ kami merasa terpanggil untuk menawarkan akses kepada aktiviti lasak seperti tandem paragliding, skydiving, hiking dan water rafting.
“Dari pemerhatian kami, aktiviti lasak ini kurang mendapat pendedahan dari media massa dan kebiasaannya dilakukan oleh badan- badan beruniform dan kerajaan saja. Untuk orang awam , kursus payung terjun contohnya hanya dibuka pada tahun 2016 dan dari situlah silibus pembelajaran untuk orang awam diperkenalkan,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.
Katanya yang berasal dari Manjung, Perak ini, aktiviti lasak juga memerlukan latihan yang berterusan dari jurulatih yang berpengalaman. Dari sinilah yang menjadi cabaran buat orang awam untuk memilih institusi atau kelab yang berkelayakan untuk menyediakan aktiviti aktivitilasak ini.
Selain dari itu, Adventurist ingin membantu rakyat Malaysia terutamanya warga belia menceburi bidang aktiviti lasak dengan mengumpulkan mereka seramai mungkin dalam satu acara demi untuk mengurangkan kos dimana ianya memerlukan peralatan yang agak mahal dan memerlukan penjagaan berkala untuk peralatan aktiviti tersebut.
Adventurist melihat peluang ini sebagai satu anjakan paradigma untuk bidang aktiviti lasak dimana ia juga boleh diketengahkan sebagai satu alat untuk mempromosikan pelancongan aktiviti lasak (Adventure Tourism) di negara kita.
Oleh itu, Adventurist menyasarkan orang awam dari kategori umur, lokasi dan jantina untuk membolehkan aktiviti lasak ini dapat diakses tanpa halangan.
Adventurist banyak berkolaborasi dengan operator-operator aktiviti lasak dan mempelajari selok belok perkhidmatan ini dan sekaligus menjadikan aktiviti lasak sebagai aktiviti rekreasi yang diterima ramai oleh segenap lapisan umur.
“Memulakan perniagan Adventurist sebagai agen-agen kepada operator ini, kami mengorak langkah untuk menjadi sebuah bisnes yang mendidik masyarakat dan pelanggan tentang aktiviti lasak menerusi komuniti kami yang sedia ada.
“Pelanggan kami terdiri daripada berbagai latar belakang dan bangsa menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti yang mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
“Oleh itu, aktiviti lasak mampu membawa mesej kebersamaan dan sifat tolong menolong didalam satu aktiviti water rafting contohnya dan memecahkan rasa ketakutan dalam diri, maka ianya mampu menjadi faktor untuk menjadikan pelanggan kami dari sekadar mencuba lalu menjadikan satu hobi dan seterusnya menjadi ahli aktiviti itu sendiri,” katanya.
Melihat impak selepas pandemik ini, Adventurist sebenarnya diwujudkan setelah lama berkurung dan mencari aktiviti untuk mengeluarkan potensi diri.
Maka banyaklah orang yang tercari- cari aktiviti lasak ini sebagai senarai “ item bucket” mereka dan ingin melangsaikan impian sekian lama terpendam.
Adventurist mempunyai impian untuk penyedia servis aktiviti lasak yang terbesar di Malaysia dan mempunyai cawangan di Thailand dan Singapura dalam tempoh 3 tahun akan datang.
“Kami akan bekerjasama dengan pihak luar bermula dengan mengadakan pemasaran sosial dengan penduduk setempat, rakyat dikawasan terpencil seperti orang asal, institusi pengajian tinggi , melibatkan diri dengan badan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, misi dan visi mereka adalah untuk memulangkan kebaikan kepada komuniti adalah motivasi untuk kami ingin terus menjayakan bisnes ini dengan persaingan yang sihat dan memperluaskan impak aktiviti lasak kepada masyarakat dari segi sahsiah diri dan sosio ekonomi.
Bahkan aktiviti lasak sebenarnya mampu membina jati diri dengan membina keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan diri, berupaya menjaga kesihatan mental dan fizikal.