Syarikat Divezz World Sdn. Bhd ditubuhkan pada 1hb Januari 2018 lalu. Di awal penubuhannya, syarikat membawa jenama restoran yang dikenali sebagai Resepi Warisan Tok dan beroperasi bermula dari tahun 2013 sehingga 2017 lalu.
Syarikat ini diterajui oleh usahawan yang juga pasangan suami isteri iaitu Noralinda Norjaya dan Zafiran Ahmad bersama 18 orang kakitangan operasi dan dibantu oleh enam orang kakitangan pengurusan.
Penjenamaan semula di atas nama Restoran SISIK Medan Ikan Bakar telah membawa restoran ini yang dahulunya beroperasi di Klang, Selangor ke lokasi baru di Kelab Shah Alam, Seksyen 13, Selangor.
Menariknya, Divezz World Sdn. Bhd juga merupakan usahawan bimbingan Mara, Tekun & SMECorp Malaysia di bawah beberapa program seperti Program Pembangunan Kapasiti Bagi Akses Kepada Pembiayaan, Program Gate to Global dan lain-lain.
“Dengan penglibatan dari beberapa agensi, SISIK berpeluang untuk menyertai beberapa pameran bertaraf antarabangsa seperti Food & Hotel Malaysia (FHM) Exhibition 2022, Hari Koperasi Negara (HKN) 2022, MIHAS 2022 dan 6th Selangor International Business SUMMIT 2022.
“Ini merupakan peluang keemasan bagi SISIK untuk memperkenal dan mengenengahkan menu makanan melayu berasaskan makanan laut di pasaran global,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.
Kongsi beliau lagi, Restoran SISIK Medan Ikan Bakar berkonsepkan ikan bakar pesisir pantai, menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang segar.
Menggunakan kaedah ‘pilih, timbang, masak’ dan pelanggan boleh membuat pilihan dari pelbagai menu yang ditawarkan.
Menu akan terus disediakan dan pelanggan akan disajikan dengan hidangan panas. Jelasnya, ia beroperasi setiap hari bermula jam 5.00 petang sehingga 12 malam pada setiap Isnin sehingga Jumaat.
Beliau berkata, SISIK Medan Ikan Bakar menyajikan menu makanan laut citarasa melayu dan berkonsepkan medan ikan bakar tepi laut.
“Beroperasi di tengah bandaraya Shah Alam, kebiasaan hidangan berkonsepkan ikan bakar akan disediakan lebih awal. Dalam erti kata lain, pelanggan memilih menu yang telah sedia dimasak.
“Berbeza dgn SISIK Medan Ikan Bakar, bila mana pelanggan berpeluang memilih sendiri makanan laut mentah dan menentukan menu serta nilai timbangan mengikut selera dan kapasiti masing-masing.
“Selain dairpada itu, ia beroperasi di puncak bandaraya Shah Alam menyumbang kepada suasana yang unik dan selesa. Menu yang ditawarkan adalah 100 peratus citarasa melayu dan resepi diolah sendiri oleh kami sebagai pemilik restoran,” katanya.
Pandemik telah memberi kesan kepada semua usahawan tidak kira latarbelakang. Bagi SISIK Medan Ikan Bakar, dalam tempoh pandemik dan pelaksanaan perintah kawalan, syarikat telah menjalankan penyelidikan terhadap resepi2 yang digunakan dan beberapa penambahbaikan telah di jalankan untuk memastikan menu kami terus diterima.
Malah, pihak syarikat ingin mengembangkan perniagaan dan rangkaian restoran melalui penambahan cawangan dan pemilikan francais di setiap zon seluruh negara.
“Untuk mencapai sasaran ini, pihak syarikat dlm proses membangunkan kilang yang mengeluarkan pes yang digunakan dan membangunkan tenaga mahir dan pakar melalui pembangunan SISIK Academy,
“Perniagaan berasaskan makanan dan minuman ini merupakan minat mendalam pemilik daripada mula restoran dibangunkan 10 tahun lepas.
“Cabaran dan dugaan dalam perniagaan bukanlah sebab untuk usaha ini terhenti, tetapi menjadikan pemilik terus kuat dan berinspirasi untuk menjadikan jenama SISIK berada di dalam pasaran seterusnya menjadi pembayar zakat terbesar,” katanya.
Ini adalah impian murni yang patut diberi sokongan penuh atas matlamat bukan mengaut keuntungan semata-mata tetapi menjadi penyumbang kepada pembangunan masyarakat di negara ini.