C&P Coffee Company sebuah kafe yang menawarkan konsep “Personalized Coffee Experience” dan “Coffee Customization”. Dan ia bakal menjadi trend kepada peminum kopi di Malaysia.
Pada Januari 2020, saya telah di berhentikan kerja. Pada tahun yang sama berlakunya musim pendemik Covid-19, Berbekalkan wang pampasan diberhentikan kerja, saya mula merancang untuk memulakan perniagaan F&B pertama saya. Saya memilih untuk menerokai pasaran kopi yang berasaskan espresso. Saya mengambil masa 3 bulan untuk rancang dan berlatih membuat kopi.Semuanya berpandukan tutorial dari youtube. Pada 1 Julai 2020, C&P Coffee Company ditubuhkan. Pada permulaan hanya saya dan isteri menjalankan perniagaan ini, kami menyediakan menu seperti kopi, teh, kek dan pastri.
Demi memastikan rasa kopi kami unik dan boleh di ubahsuai, kami memulakan proses memanggang kopi sendiri pada 1 Januari 2021. Dari sinilah kami mula ubah suai rasa kopi mengikut citarasa pelanggan.
Personalized Coffee Experience, sebagai penanda aras (benchmark) keunikan produk dari C&P Coffee Company. Konsep di C&P Coffee Company, kami mengenal pasti kopi jenis apa yang disukai pelanggan dan kami membenarkan pelanggan customize kopi mereka mengikut citarasa mereka. Malah, kami mempunya pelbagai jenis kopi yang boleh mengikut kehendak pelanggan. Pengalaman ini, anda tak akan dapat di tempat lain. Dan lebih menarik lagi, kesemua biji kopi yang berada di C&P Coffee Company dipanggang sendiri oleh kami.
kelebihan Personalized Coffee Experince, Ia adalah tarikan yang luar biasa. Ini adalah kerana, jika kita pergi ke kebanyakkan kafe yang menyediakan kopi, mereka biasanya telah menetapkan menu kopi sedia ada dan tidak boleh diubah( As is it). Sedangkan citarasa setiap pelanggan adalah berbeza. Di C&P Coffee Company, kami memenuhi keperluan pelanggan mengikut citarasa mereka. Ini adalah perluang untuk menarik lebih ramai pelanggan mencuba merasai pelbagai jenis kopi sehingga mereka boleh mengenal pasti jenis kopi menjadi kegemaran. Disamping itu juga, kami memberi ruang kepada pelanggan untuk bereksperimen dengan kopi mereka.
Sepanjang perjalanan perniagaan C&P Coffee Company, kami mengenal pasti pelbagai faktor untuk di ambil berat, salah satu saluran(channel) jualan, perlu pelbagaikan, dan juga pelbagai saluran servis penghataran.
Harapan saya didalam tempoh 3 tahun, C&P Coffee Company berkembang dengan memiliki lebih banyak outlet yang menawarkan personalization kopi kepada pelanggan. Impian, C&P Coffee Company menjadi peneraju dalam segmen personalized coffee sampai bila-bila.
Untuk pastikan ia menjadi kenyataan, dengan ini C&P Coffee Company, menawarkan peluang francais kepada mana-mana usahawan yang berminat untuk menjadi rakan perniagaan kami.
Kami di C&P Coffee Company percaya, setiap orang berhak untuk merasai kopi terbaik yang disukai mereka. kerana kopi terbaik adalah subjectif, ia bergantung kepada citarasa masing-masing. C&P Coffee Company, menjadikan impian anda menjadi kenyataan. Ditambah pula,rasa cinta saya terhadap kopi, maka dari masa ke semasa C&P Coffee Company menaik taraf menikuti peredaran semasa.
Ingin meikmati kopi mengikut citarasa anda? Temui kami di C&P Coffee Company, impian anda menjadi kenyataan.