Boss Space tawar ruang pejabat dengan harga rendah

Boss Space, sebuah perniagan yang ditubuhkan pada tahun 2019 lalu. Sebelum wujudnya Boss Space Solution ini, usahawan, Nazarul Fazreen, bekerja dalam industri takaful.

Kongsi, usahawan berusia 34 tahun ini, ketika bertemu dengan rakan sekerja di Kuala Lumpur, rakannya menyewa sebuah pejabat berjumlah RM30,000.

“Untuk menjadi ejen dalam sebuah syarikat, mereka perlu mempunyai sebuah pejabat dan alamat. Tidak sampai setahun, rakan saya tutup pejabat kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

“Daripada kejadian itu, saya terfikir apa saja perniagaan, usahawan sememangnya memerlukan pejabat dengan harga lebih rendah untuk membuat kerja lebih sistematik.

“Jadi, saya tubuhkan Boss Space di Seremban tetapi malangnya, kos penyewaan tempat tersebut sangat tinggi membuatkan saya tutup cawangan di Seremban dan buka pula cawangan baru di Senawang. Setelah beberapa bulan, saya buka lagi cawangan di Sendayan,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Beliau berkata, dengan tempat ada, beliau menawarkan pejabat dengan pakej lengkap seperti pejabat virtual dan bilik mesyuarat dengan sewaan serendah RM79 sebulan.

 “Tidak perlu memikirkan segala bil dan sebagainya. Penuh dengan fasiliti yang ada dan membantu dari segi surat menyurat dan sebagainya untuk mereka yang sangat memerlukan pejabat seperti ini,” katanya.

Kongsi beliau, banyak industri seperti kontraktor, arkitek, syarikat RHDF, syarikat latihan dan sebagainya memerlukan ruang untuk mendapatkan lesen dan daripada situ, pihaknya dapat membantu mereka mendapatkan lesen tersebut.

“Pejabat secara maya ini tidak perlukan kos yang tinggi untuk menjalankan perniagaan dan membina pejabat, hanya hanya semudah satu bulan deposit sahaja untuk buka pejabat sendiri.

“Maksudnya jika orang lain melabur RM 20 ribu untuk buka pejabat, tetapi dengan Boss Space Solution hanya perlu bayar serendah RM590 sebulan.

“Ada satu bilik pejabat yang selesa. Manfaat yang sangat banyak, jika tidak mereka berlu beli kerusi, meja dan sebagainya untuk dilihat sebagai sebuah pejabat. Jika mereka mempunyai kakitangan seramai 3 atau 4 orang, Boss Space masih tempat yang sesuai untuk disewa,” katanya.

Malah, adalah menjadi harapan beliau untuk empayar perniagaan yang dibina ini dikenali di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, selain dapat memasarkan pemasaran digital kepada pelanggan sedia ada dan membantu pelanggan menjalankan pemasaran yang lebih tersusun.

“Disebabkan saya telah bermula dari zero, dan juga pernah merasai turun naik dalam perniagaan, banyak pengalaman saya dapat dan ingin berkongsi dengan orang ramai.

“Saya mulakan dengan pelabur.  Perniagaan ini saya jalankan atas dasar saya minat melatih orang dan saya juga perlukan pejabat. Jadinya, ruang bilik dan latihan sudah menjadi rutin bagi saya. Ada semangat dalam industri ini dan saya rasa dalam perniagaan apa juga sekalipun, memang kita memerlukan pejabat. Ini kerana tanpa pejabat, kita tidak dapat melakukan kerja dan segala tugasan dan urusan dengan sistematik dan lebih tersusun,” katanya.

Beliau turut menyarankan kepada sesiapa yang bekerja dalam perniagaan untuk mempunyai tempat khas untuk lebih fokus kepada kerja mereka.

“Lantaran itu, mereka juga tidak perlu fikirkan bil air dan elektrik, dengan harga yang murah.

“Mereka yang menggunakan ruang secara maya yang kami sediakan juga dapat menjimatkan kos untuk segala bil, penghawa dingin serta memudahkan kerja mereka dari segi surat menyurat selain mempunyai sokongan bantuan pentadbiran yang memudahkan segala urusan pejabat,” katanya sebelum menutup bicara.