Jika memperkatakan mengenai air ‘coconut shake’, pasti ramai yang terbayangkan keenakan dan kesegarannya, terutamanya jika ia diminum semasa cuaca panas. Tidak hairanlah ramai penggemar air ‘coconut shake’ sanggup meredah kesesakan dan perjalanan jauh semata-mata hendak mengunjungi kedai air ‘coconut shake’ yang terkemuka di Melaka. Buat penduduk di Lembah Klang, usah bimbang, anda kini mempunyai pilihan air ‘coconut shake’ yang menawarkan rasa yang tidak kurang hebatnya iaitu Best Coconut Shake.
Ditubuhkan oleh Redzuan Arshad, Best Coconut Shake adalah adalah perniagaan yang dimulakan dengan produk yang berasaskan air kelapa dan juga aiskrim vanilla.
“Kami memulakan perniagaan pada tahun 2018 dengan membuka gerai jualan di Ampang Selangor. Buat masa ini, kami mempunyai dua cawangan iaitu di Ampang serta di Bandar Kinrara, Puchong,” ujar usahawan yang berasal dari Ampang itu.
Ketika ditanya apakah keunikan yang ada pada produk air ‘coconut shake’ yang dijualnya, Redzuan berkata produknya dihasilkan dengan menggunakan buah kelapa yang diambil terus dari ladang dan ditambah dengan aiskrim perisa vanila.
“Apa yang penting, air jualan kami tidak menggunakan sebarang bahan perisa tambahan. Campuran dua bahan yang iaitu buah kelapa segar dan aiskrim vanila itu sudah cukup untuk menghasilkan air minuman yang bukan saja enak malah mengegarkan.
“Selain itu, produk kami juga hanya dibuat apabila kami menerima pesanan daripada pelanggan. Kami tidak membancuhkan terlebih dulu kerana ini menjaga kesegaran dan kualiti produk air ‘coconut shake’ kami,” katanya.
Sama seperti kebanyakan usahawan lain, Redzuan yang kini berusia 42 tahun itu juga tidak terkecuali daripada ujian semasa Covid-19 melanda. Bagaimanapun, beliau tidak mengalah dan memilih untuk belajar bagaimana untuk memantapkan lagi perniagaan Best Coconut Shake.
“Apa yang kami telah pelajar sepanjang pandemic adalah keperluan untuk memasarkan produk kami secara berkala dan menyeluruh di platform media sosial utama yang mempunyai jutaan pengguna.
“Selain itu, kami juga bekerjasama dengan aplikasi pengahantaran makanan bagi memastikan perniagaan kami boleh terus bertahan dan berdaya saing tanpa menjejaskan kualiti produk Best Coconut Shake,” ujarnya.
Sudah tentu pengusaha produk mahu terus mengembangkan pasaran dan melebarkan sayap mereka dalam bidang perniagaan, begitu juga dengan Redzuan. Walaupun dianggap masih baharu dalam perniagaan air ‘coconut shake’, beliau mempunyai visi yang jelas untuk dicapai.
“Dalam tempoh tiga tahun lagi, kami menyasar untuk membuka beberapa lagi kiosk Best Coconut Shake. Bagi mencapai sasaran berkenaan, kami telah merangka beberapa strategi pemasaran untuk mengembangkan lagi perniagaan kami di masa akan datang.
“Saya akui bukan mudah untuk terus bersaing dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran ini, tetapi dengan adanya sokongan keluarga dan kakitangan, kami sering mencuba sebaik mungkin untuk mendapat kestabilan dalam perniagaan kami.
“Dalam masa yang sama, kami juga telah mula menyumbang kepada rangsangan ekonomi domestik ketika negara masih berada dalam peralihan ke fasa endemik.
“Kami juga akan sentiasa mempromosikan perniagaan kami dari masa ke semasa di pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok serta aplikasi penghantaran makanan yang ada di Lembah Klang terutamanya. Tiada jalan mudah untuk berjaya melainkan dengan berusaha sebaik mungkin dan terus cekalkan diri dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit,” katanya menutup bicara.