AYF TECH SDN BHD: Komited menyemarakkan industri E –Dagang di negara ini.

Lokasi strategik dan ekonomi Malaysia yang dinamik antara daya tarikan utama pasaran e-dagang mendapat perhatian ramai kalangan usahawan terutama peniaga muda.

Secara jelasnya, menerusi  kemajuan infrastruktur  yang mampan untuk teknologi digital, ia  menyumbang  kepada pertumbuhan e-dagang di Malaysia sekaligus menghimpun pemain  industri berkaliber yang berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi negara menyemarakkan industri yang memiliki potensi besar itu.

Meskipun,  kesan pandemik menganggu pertumbuhan ekonomi negara,  industri  e-dagang   dilihat berupaya  ke hadapan bagi  membantu perniagaan berskala kecil atau besar  untuk bertahan ketika  pandemik COVID-19 menjadi halangan utama  kepada dunia perniagaan.

Ini memandangkan platform itu menawarkan potensi yang besar kepada pemain industri  untuk mengolah kejayaan  pada masa depan dalam kaedah yang mempunyai keberhasilan lebih baik dan berdaya saing.

Bagi usahawan AYF TECH SDN BHD,  Afiq Safeeuddin, beliau  berkata  syarikatnya antara yang ke hadapan menggunakan platform e –dagang dalam membentuk kemajuan perniagaan.

Memandangkan pertumbuhan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-dagang di Malaysia menunjukkan perniagaan sudah  beralih kepada laluan digital seiring dengan perkembangan teknologi global, ia berita baik kepada pemain industri untuk mengubah cara dan persepsi mereka untuk berdagang.

Jelasnya, perniagaan yang dijalankan itu   adalah unik dan jarang ditemui  dan satu  daya cipta perisian  secara pintar.

Diperbadankan pada 2021, AYF TECH adalah syarikat  teknologi  maklumat dan komunikasi ( ICT)  berstatus Bumiputera yang mempunyai pengalaman hebat dalam industri berkenaan.

 Malah ia satu hub industri bagi individu yang berkelayakan dengan bakat luar biasa  dan menawarkan kakitangan berpengalaman dalam perniagaannya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan syarikat yang beroperasi di Shah Alam, Selangor ini adalah perkhidmatan Sambungan Gentian Tanpa Wayar,  Teknologi Automasi Proses Robotik (RPA) dan  Kecerdasan  Buatan (AI).

“ Kami juga berhasrat untuk menjadi syarikat peneraju  yang memberi fokus kepada e- dagang di negara ini.

“ Pada masa sama, kami juga  berharap dapat  melatih lebih ramai pemain industri atau pelatih untuk belajar dan memahami bagaimana melakukannya menerusi kaedah yang kita  sedia ada,” katanya kepada kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Kongsi beliau yang berasal daripada Shah Alam ini,  pihaknya juga turut  menawarkan pembelajaran secara percuma  bagi mereka yang  berminat dan sanggup untuk belajar dan mahu memahami selok belok  industri unik ini secara dekat dan lebih mendalam lagi.

Kata usahawan muda berusia 31 tahun ini , apa yang membuatkan beliau tidak pernah berputus asa dan terus berjuang membangunkan perniagaan yang diusahakan itu adalah kerana peranan syarikatnya sebagai antara  kalangan pengasas awal  untuk industri E-Dagang menerusi platform  yang mempunyai sasaran khusus.

Pasaran industri  itu dilihat  masih baharu berkembang dan ia  mempunyai potensi besar untuk mencapai kejayaan dalam tempoh masa lima tahun lagi.

Realitinya, terdapat banyak peluang untuk perniagaan Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk memanfaatkan e-dagang bagi meningkatkan  perniagaan mereka meskipun pandemik telah menguji banyak sektor dan perniagaan.

Malah,   ia turut menunjukkan daya tahan Malaysia dan peluang yang wujud daripada ekonomi digital menjadi salah satu teras kepada pacuan ekonomi .