Ani Biskut: Sasar buka sebuah kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik ( GMP)

Pada awal pertubuhan Ani Biskut, usahawan wanita berusia 60 tahun ini  gigih menjalankan operasi perniagaan  sebagai pengeluar biskut bangkit kelapa, kuih kapit dan kuih gulung.

Anak kelahiran Tanjung Sepat, Banting Selangor ini, sudah pun memasarkan produk jualannya ke hampir 300 kedai runcit di seluruh negeri selangor.

“Akan tetapi, pemintaan biskut pada ketika itu tidak begitu memuaskan dan kami telah mencuba untuk mengeluarkan kerepek ubi sebagai produk baru.

“Siapa sangka permintaan kerepek ubi telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dari orang ramai.

“Dari membeli ubi kayu dengan pembekal luar sampai kami mampu menanam ubi kayu sendiri dengan keluasan tanah 20 hektar. Dari kuali kecil yang mengunakan gas dan sekarang kami telah mengunakan mesin pengoreng  berteknologi automatic ,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Di sebalik nama Ani Bskut ada seorang wanita hebat yang bercita-cita tinggi dan mempunyai semangat yang kuat iaitu pengasasnya, Siti Noraini Haji Markom.

Beliau   juga mesra dikenali sebagai “Kak Ani” dalam kalangan kenalan, pelanggan dan penduduk setempat.

 Oleh kerana sentiasa bersemangat dalam sesuatu pekara, beliau pernah digelar “PEREMPUAN GILA” demi memajukan perniagaannya itu.

Kongsi beliau, salah satu cara untuk mengekalkan kualiti rasa kerepek ubi adalah datang daripada kualiti ubi kayu itu sendiri.

“Dengan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian Negeri Selangor, beliau mengambil inisiatif menanam ubi kayu sendiri untuk bekalan bahan mentah ke kilangnya dan pada masa sama dapat mengekalkan rantaian bahan mentah iaitu ubi kayu.

Hampir 20 tahun jenama perniagaan ini berkecimpung dalam bidang industri makanan ringan ini, sudah pasti pelbagai pengalaman pahit dan manis yang telah ditempuhi.

Jadi, dengan berbekalkan pengalaman yang, usahawan ini  telah pun  mampu menghasilkan kerepek ubi yang berkualiti tinggi dan menjadi kudapan yang digemari oleh rakyat Malaysia.

“Dengan tenaga kerja yang mahir dan mesin yang berteknologi tinggi, Ani Biskut mampu membekalkan kerepek yang segar kepada semua pelanggan yang terdiri daripada peniaga makan ringan.

“Dengan secara tidak langsung telah membantu pelanggan – pelanggan kami untuk sentiasa menjual kerepek ubi yang sedap dan ranggup serta berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, dengan kekuatan bahan mentah yang ada, pihaknya percaya  mereka akan mampu terbang lebih tinggi dalam industri makanan ringan setanding jenama-jenama terkenal  lain

“Sekarang, fokus kami adalah mahu melahirkan dan mencari lebih ramai lagi peniaga makanan ringan supaya dapat membantu mereka penjana pendapatan,” katanya.

Bercerita berkenaan pendemik Covid-19 yang berlaku dua  tahun yang lalu, perkara yang dapat dipelajari ketika pedemik adalah sentiasa bersedia menhadapi sebarang risiko dan sentiasa peka dengan peredaran dunia semasa.

“Apa yang perlu dibuat adalah dengan membuat perancangan rapi sekiranya operasi syarikat tidak boleh berjalan secara ‘offline’ maka syarikat perlu bersedia serta menyediakan kemudahan perniagaan dalam talian seiring perkembangan teknologi agar perniagaan boleh terus bergerak tanpa halangan,” katanya.

Selain itu, penguasaan platform media sosial juga amat penting untuk dikuasai usahawan. Pandemik ini menjelaskan betapa pentingnya mahir teknologi dan penguasaan tanpa sempadan juga menyesuaikan produk mengikut keadaan semasa.

Malah, kita juga perlu mempunyai perancangan kewangan yang terurus supaya dapat mengurangkan kerugian ketika pandemik tetapi menjana lebih pendapatan bagi menanggung komitmen sedia ada.

Besar harapan beliau untuk mempunyai sebuah kilang bertaraf  Amalan Pengilangan Baik ( GMP) serta  ingin menjadi pengeluar makanan ringan terbesar di Malaysia dan mempunyai jenama yang kuat .