Usahawan, Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, 44 tahun dari Batu Pahat, ialah Pengarah Urusan Kumpulan AIM Solutions Group Berhad (ASGB).
Beliau juga memegang pelbagai jawatan dsepanjang perjalanan kariernya dan memegang amanah sebagai Pengerusi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat), Timbalan Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Pengerusi Yayasan Pembangunan Sosioekonomi Islam (ISDEF) serta Pengarah Eksekutif Damansara Advisory Group Berhad yang mana amanah diberikan kepadanya ini berjaya memaparkan beliau seorang yang berkaliber.
Selain itu, beliau juga seorang Teknousahawan, Sosiousahawan dan Usahawan Seni yang dikagumi masyarakat.
Melahirkan AIM Solutions Group Berhad (ASGB) yang telah diperbadankan untuk membantu penyelesaian dan lari dari sifat konvensianal dalam pengurusan perniagaan seharian sebelum ini antara cabaran yang berjaya dilalui
“Sejak penubuhan syarikat, kami telah mengembangkan keupayaan dan penyelesaian kami tersendiri, membolehkan pendigitalan proses manual, membolehkan peningkatan ketepatan, kemudahan dan keselamatan.
“Kami sudah berada di kedudukan strategik untuk menyediakan penyelesaian inovatif pada dua jalur menegak perniagaan utama yang diusahakan iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Kejuruteraan,” katanya kepada Entreprenuer Insight baru-baru ini.
Pada masa sama, syarikat ini juga menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan, daripada reka bentuk sistem dan perundingan, pembangunan perisian dan aplikasi, pengurusan dan pelaksanaan projek, kawalan dan pemantauan serta sokongan dan penyelenggaraan untuk semua penyelesaian yang diselia.
“Kami telah membangunkan kepakaran kami dan menunjukkannya melalui pendekatan inovatif kami untuk menawarkan penyelesaian bersepadu yang betul yang diharapkan membantu pelanggan kami mencapai matlamat perniagaan dan operasi mereka secara optimum.
“Kami juga menyediakan perkhidmatan pengurusan, teknikal serta pemasangan lengkap di tapak untuk pelanggan kami. Kami juga mempunyai empat syarikat di bawah kumpulan syarikat iaitu AIM Solutions Sdn Bhd, AIM Innovations Sdn Bhd, AIM Connections Sdn Bhd dan AIM Analytics Sdn Bhd,” katanya.
Antara lain, penyelesaian kami untuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi termasuk menjalankan Integrasi Sistem – Aplikasi Mudah Alih, Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS), Sistem Kredit Mikro, Sistem ERP Tersuai.
Selain itu pihaknya juga fokus kepada Perkhidmatan Digital – Pusat Data, Keselamatan Siber, Rangkaian, Storan, Fintech – Sistem Kutipan Kredit Mikro Tanpa Tunai (CMCCS), AIMSPAYAnalitis Data Besar – Tasik Data, Pembelajaran Mesindan juga Sains Data.
Menyedari pandemik sudah mengganggu kelancaran kebanyakan perniagaan, beliau berkata,salah satu pengajaran terbesar sepanjang menempuh cabaran ialah jangan sekali-kali mengambil mudah dan segala-galanya boleh berubah dengan cepat.
“Pandemik mengajar perniagaan seperti kami keperluan untuk menjadi fleksibel dan tangkas untuk kekal berkesan, bersedia dari segi operasi dan kewangan sambil terus menjana pendapatan melalui cara lain.
“Walau bagaimanapun, di sebalik kesukaran dan tekanan yang ditimbulkan oleh wabak itu, kami telah dianugerahkan dengan ‘Teknologi Pembayaran Mikro Digital Terbaik – Asia’ dalam Anugerah FinTech pada 2021 & 2022.
“Anugerah ini adalah bukti sebenar kepada ketabahan dan dedikasi kami untuk berjaya walaupun dalam masa sukar, dorongan besar kepada semangat kami kerana ia menunjukkan bahawa kerja keras berterusan kami sepanjang tahun lalu diiktiraf dan dihargai. Sebelum anugerah ini, kami menerima beberapa anugerah daripada Anugerah Kewangan Islam Global untuk Pembayaran Mikro & Teknologi Digital pada 2017 & 2019,” katanya.
Antara lain, mereka komited untuk menjadi peneraju pasaran dalam ekosistem The Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) yang merangkumi teknologi masa depan, mengembangkan bahagian pasaran, fokus membantu kerajaan dan rakyat dalam menangani cabaran pasca pandemik dan masa depan