{"id":6757,"date":"2022-12-27T22:09:38","date_gmt":"2022-12-27T14:09:38","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6757"},"modified":"2022-12-27T22:09:43","modified_gmt":"2022-12-27T14:09:43","slug":"peanut-butter-asli-jadi-pilihan-pengamal-makanan-sihat","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/peanut-butter-asli-jadi-pilihan-pengamal-makanan-sihat\/","title":{"rendered":"Peanut Butter Asli jadi pilihan pengamal makanan sihat"},"content":{"rendered":"\n Idea untuk menghasilkan hidangan diet bagi menjaga pemakanannya ternyata telah membawa Nurul Aida Lukman ke satu cabang perniagaan yang tidak pernah difikirkan selama ini. Bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan dengan mengawal pengambilan gula, produk \u2018peanut butter\u2019 yang terdapat di dalam pasaran tidak sesuai untuk digunakan berikutan kadar gula di dalamnya yang tinggi. Ini akan menyukarkan proses penurunan berat badan untuk berlaku kerana secara umumnya, seseorang itu perlu mengawal pengambilan gula bagi memastikan kalori yang diambil tidak melebihi apa yang diperlukan oleh badan.<\/p>\n\n\n\n Bagi Nurul Aida, beliau telah berjaya menghasilkan produk Peanut Butter No Sugar dengan menggunakan kaedah penggantian gula kepada madu. Beliau kini menghasilkan produk \u2018peanut butter\u2019 asli menerusi syarikatnya, LC Tech & Entreprise yang ditubuhkan pada tahun 2011 di Damansara, Petaling Jaya.<\/p>\n\n\n\n Bercerita lebih lanjut kepada Entrepreneur Insight, Nurul Aida berkata apa yang membuatkan produknya unik berbanding produk lain dalam pasaran adalah ia boleh dinikmati dengan mudah dan pada bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n \u201cKeunikan produk kami adalah kami menyediakan \u2018peanut butter\u2019 yang berkualiti dan sihat serta mudah dibawa untuk sarapan pagi, untuk dinikmati sebagai snek dan pada bila-bila masa yang anda perlukan.<\/p>\n\n\n\n \u201cIa juga membantu menjadikan anda kenyang untuk tempoh yang lebih lama,\u201d kata usahawan wanita berusia 33 tahun itu ketika menceritakan mengenai keunikan produknya.<\/p>\n\n\n\n Beliau berkata, produk keluarannya mendapat permintaan yang berterusan daripada pelanggan dan beliau yakin dengan potensi yang ada pada produk berkenaan.<\/p>\n\n\n\n \u201cKami yakin dengan menawarkan produk yang mudah dan sihat ini, ramai orang di luar sana yang ingin menjaga permakanan mereka serta berdiet boleh mendapat manfaat daripada produk ini. Selain itu, ia juga dapat membantu dan memudahkan proses mereka untuk menurunkan berat badan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n Ditanya mengenai kesukaran yang dihadapi semasa musim pandemik, Nurul Aida berkata sejak lebih sedekad berkecimpung dalam jualan secara luar talian, Covid-19 yang berlaku telah membuka jalan buat syarikatnya untuk mula meneroka platform jualan menerusi media sosial.<\/p>\n\n\n\n \u201cKami perlu pantas menyesuaikan diri dengan keadaan semasa kerana tidak mahu momentum jualan terjejas kerana semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan, kami tidak dapat melakukan perniagaan secara fizikal,\u201d katanya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu lagi.<\/p>\n\n\n\n Sama seperti semua usahawan lain, Nurul Aida juga tidak terkecuali daripada menetapkan sasaran hala tuju perniagaannya dalam tempoh tiga tahun lagi.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya menyasar untuk mempunyai kilang sendiri dalam tempoh berkenaan agar kami dapat mengeluarkan lebih banyak produk dan meningkatkan kapasiti pengeluaran ke tahap yang lebih tinggi. Ini penting kerana dengan adanya bekalan yang lebih banyak, kami dapat bekalkan produk kami dengan lebih menyeluruh di Semenanjung Malaysia. Itulah yang saya hajati dan saya akan terus berusaha agar dapat mengeluarkan lebih banyak produk makanan sihat kepada pelanggan kami,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n Beliau turut bertekad untuk terus menongkah arus dalam mengharungi dunia perniagaan yang penuh mencabar ini.<\/p>\n\n\n\n \u201cApa yang membuatkan kami tidak berputus asa dan akan terus berjuang membangunkan perniagaan adalah kerana memang sasaran kami ingin membantu masyarakat di luar sana yang mahu mengurangkan berat badan. Kami mahu mereka mencuba produk kami sebagai salah satu produk makanan untuk mereka amalkan untuk kekal sihat. Itu adalah impian kami,\u201d tambahnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" Idea untuk menghasilkan hidangan diet bagi menjaga pemakanannya ternyata telah membawa Nurul Aida Lukman ke satu cabang perniagaan yang tidak pernah difikirkan selama ini. Bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan dengan mengawal pengambilan gula, produk \u2018peanut butter\u2019 yang terdapat di dalam pasaran tidak sesuai untuk digunakan berikutan kadar gula di dalamnya yang tinggi. Ini […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6761,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6757"}],"collection":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6757"}],"version-history":[{"count":1,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6757\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6762,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6757\/revisions\/6762"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6761"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6757"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6757"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6757"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n