{"id":6553,"date":"2022-12-14T11:37:46","date_gmt":"2022-12-14T03:37:46","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=6553"},"modified":"2022-12-14T11:37:49","modified_gmt":"2022-12-14T03:37:49","slug":"chipzone-enterprise-yakin-capai-sasaran-pendapatan-lima-angka","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/chipzone-enterprise-yakin-capai-sasaran-pendapatan-lima-angka\/","title":{"rendered":"Chipzone Enterprise yakin capai sasaran pendapatan lima angka"},"content":{"rendered":"\n Usahawan muda berasal dari Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, Selangor, Fendy Ahmad, mengorak langkah dalam bidang keusahawanan sebagai ejen pengedar sah kad sim Halo Telco lantas menjadikan ia sumber rezekinya kini untuk terus melangkah maju dalam bidang yang diminatinya itu.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya merupakan agen pengedar sah simkad Halo Telco. Bermula sejak bulan Jun 2019 lalu, saya memulakan langkah perniagaan secara separuh masa.<\/p>\n\n\n\n \u201cSehingga sekarang, saya kini sudah menjalankan perniagaan yang diceburi ini secara sepenuh masa pula.<\/p>\n\n\n\n \u201cLebih memberangsangkan, kini saya menjalankan perniagaan secara dalam talian dan lebih mudah akses kepada pengguna serta pelanggan mendapat maklumat produk,\u201d katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n Beliau yang berusia 33 tahun ini berkata, perniagaan itu pada awalnya diperkenalkan oleh rakannya menerusi laman facebook dan ia mula menarik perhatian beliau untuk lebih mengenali latar belakang produk.<\/p>\n\n\n\n Kongsi beliau lagi, melihat kepada kelebihan produk ini yang mampu memberikan pendapatan pasif, beliau mula yakin dan mahu terus mencuba menjual produk selain memperkenalkan ia kepada pelanggan berpotensi.<\/p>\n\n\n\n \u201cJadi, saya mula menjual produk itu di platform dalam talian dan ia mendapat sambutan yang baik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Jelas beliau lagi, semestinya setiap produk yang dikeluarkan memiliki potensi untuk dikenali dan mendapat perhatian pengguna.<\/p>\n\n\n\n Antara keistimewaan produk yang dijual beliau antaranya dengan hanya melanggan Plan Internet dan Panggilan, pelanggan secara automatik akan mendapat Insurans Kemalangan Peribadi secara percuma, Perlindungan Takaful Percuma, Khairat Kematian Percuma, Infaq Anak Yatim dan Asnaf secara percuma serta pelanggan juga layak mendapat data sebanyak 1GB secara percuma sebaik sahaja mereka selesai melakukan pendaftaran.<\/p>\n\n\n\n Ia sesuatu yang menarik dan memberi banyak manfaat kepada pengguna produk ini dan kelebihan ini membuka peluang kepada saya menarik perhatian pelanggan kerana apa yang diberikan kepada mereka begitu bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n Kata beliau lagi, lebih istimewa lagi, ramai yang semakin setia menggunakan kad sim Halo Telco ini kerana perlindungan takaful dan khairat kematian dan juga aktiviti kebajikan yang disediakan pihak ibu pejabat amat bermanfaat untuk masa depan mereka.<\/p>\n\n\n\n \u201cRamai juga mengenali kad sim ini melalui hebahan aktiviti di laman media sosial dan saya melihat ia satu platform yang baik untuk hebahan manfaat produk ini selain memperkenalkan ilmu berkenaan produk dengan lebih baik dan jelas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Nasihat beliau yang sedang berada dalam landasan perniagaan ini kepada usahawan yang mahu berjinak-jinak dalam bidang ini, sebaiknya pilih perniagaan yang malar segar, sentiasa ada permintaan, mudah mendapatkan akses dan pesanan semula daripada pelanggan<\/p>\n\n\n\n Malah. beliau juga berpendapat, pilih jenis perniagaan yang menawarkan pendapatan pasif jika ada di sekeliling anda.<\/p>\n\n\n\n Sama seperti yang diimpikan usahawan lain yang mahu berjaya dan dikenali, beliau berharap dan memasang impian tersendiri.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya ingin mencapai pendapatan pasif sebanyak lima angka dengan perniagan kad sim Halo Telco yang sedang saya usahakan ini dan pada masa sama mencapai Kebebasan masa bekerja yang lebih fleksibel.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya juga menyasarkan untuk mencapainya jika saya fokus menjualnya dengan jualan minimum lima kad sim sehari.<\/p>\n\n\n\n \u201cInsyaAllah dengan usaha berterusan dan semangat juang yang ada, ia akan pasti dicapai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Kata beliau lagi, beliau juga sentiasa inginkan kebebasan masa, tidak terikat dengan komitmen wang dan ingin membantu orang lain mencapai impian kewangan mereka juga menerusi perniagaan ini.<\/p>\n\n\n\n Baginya, tiada istilah putus asa dan mahu berhenti daripada terus berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dan dimahukan beliau sebagai usahawan.<\/p>\n\n\n\n Usahawan muda berasal dari Kampung Sungai Ara, Damansara Utama, Selangor, Fendy Ahmad, mengorak langkah dalam bidang keusahawanan sebagai ejen pengedar sah kad sim Halo Telco lantas menjadikan ia sumber rezekinya kini untuk terus melangkah maju dalam bidang yang diminatinya itu. \u201cSaya merupakan agen pengedar sah simkad Halo Telco. Bermula sejak bulan Jun 2019 lalu, saya […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6555,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[93],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6553"}],"collection":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6553"}],"version-history":[{"count":1,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6553\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6560,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6553\/revisions\/6560"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6555"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6553"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6553"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6553"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"