{"id":5167,"date":"2020-11-11T08:30:56","date_gmt":"2020-11-11T00:30:56","guid":{"rendered":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/?p=5167"},"modified":"2020-11-11T08:51:46","modified_gmt":"2020-11-11T00:51:46","slug":"5-cara-terbaik-cegah-virus-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/5-cara-terbaik-cegah-virus-covid-19\/","title":{"rendered":"5 Cara Terbaik Cegah Virus Covid-19"},"content":{"rendered":"\n Tahun ini, satu dunia tahu apa itu Covid-19. Tanyalah\nkanak-kanak seawal usia lima tahun hinggalah warga emas di kawasan kampung,\nsemuanya pasti cukup faham mengenai Covid-19 dan apa impak buruk yang dibawa\noleh virus berbahaya berkenaan. <\/p>\n\n\n\n Kesan Covid-19 ini terlalu besar bukan sahaja pada negara\nkita tetapi hampir satu dunia terkena tempiasnya.<\/p>\n\n\n\n Justeru, kerajaan amat tegas dalam mengawal penularan wabak\nini dan sudah pelbagai kekangan dan prosedur baharu yang dibuat bagi membendung\njangkitan Covid-19 ini. <\/p>\n\n\n\n Itu di peringkat kerajaan, bagaimana pula dengan kesedaran\nyang ada dalam diri kita sebagai individu? Adakah kita perlu bergantung sepenuhnya\nkepada peraturan kerajaan?<\/p>\n\n\n\n Sudah tentu tidak. Kita sebagai individu mempunyai\ntanggungjawab untuk menjaga diri kita sendiri serta keluarga agar tidak\nterdedah kepada bahaya virus berkenaan. <\/p>\n\n\n\n Apa yang perlu kita lakukan? Berikut adalah lima langkah\nterbaik untuk mencegah penularan Covid-19 di negara ini: <\/p>\n\n\n\n 1. SENTIASA PAKAI PELITUP MUKA <\/strong><\/p>\n\n\n\n Kerajaan turut memandang berat mengenai keperluan memakai\npelitup muka. Jika anda disaman kerana ingkar akan arahan ini, bersedialah\nuntuk membayar RM1,000 kepada pihak berkuasa. Pemilihan pelitup muka yang\nselesa amatlah penting kerana ada masanya, anda perlu memakainya untuk tempoh\nyang panjang, sehingga 8 jam! Jadi, utamakan keselesaan dan pilih pelitup muka\nyang bukan saja mampu melindungi anda tetapi juga yang mampu memberikan\nkeselesaan kepada pemakai. <\/p>\n\n\n\n 2. JALANI UJIAN SARINGAN <\/strong><\/p>\n\n\n\n Ujian saringan (swab test) kini boleh dilakukan sendiri di\nbeberapa pusat perubatan persendirian yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.\nJika anda wang lebih untuk dilaburkan, kenapa tidak kan? Kosnya agak tinggi,\ndalam anggaran 300-600 bagi sekali ujian tetapi hasilnya amat membantu kerana\nanda tidak perlu lagi tertanya-tanya,\u2018eh, aku ni kena Covid-19 ke\u2019. <\/p>\n\n\n\n 3. KUARANTIN DIRI <\/strong><\/p>\n\n\n\n Ini adalah prosedur yang cukup ramai orang ingkar. Entahlah,\nmungkin kuarantin selama 14 hari itu terlalu membosankan pada mereka. Tetapi,\ndengan mematuhi tempoh kuarantin inilah anda sebenarnya membantu orang di\nsekeliling anda agar tidak dijangkiti. Kuarantin ni selalunya perlu dibuat jika\nanda mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19. Oh, jangan lupa. Langgar\nkuarantin pun kena denda ya. <\/p>\n\n\n\n 4. JAGA JARAK FIZIKAL <\/strong><\/p>\n\n\n\n Ini pun susah juga nak patuh sebenarnya sebab kadang-kala,\nwalaupun kita sudah menjaga jarak dengan baik, ada saja orang lain yang ambil\nmudah akan hal ini. Bagaimanapun, kita masih boleh memainkan peranan dengan mematuhi\npenjarakan fizikal sejauh 1 meter sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n 5. JANGAN \u2018KE SANA, KE SINI\u2019 <\/strong><\/p>\n\n\n\n Ini adalah yang sebaiknya. Kekal duduk di rumah dan keluar hanya\nbila benar-benar diperlukan dan atas tujuan kerja. Elakkan bersantai di kedai\nmamak, beriadah di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Ini kerana, jika\nsemua orang boleh patuh dan duduk di rumah, kadar jangkitan Covid-19 akan mula\nperlahan. Takkan hendak tunggu kerajaan buat PKP semula? <\/p>\n\n\n\n Virus ini akan sentiasa ada dengan kita, dalam masyarakat\nkita, di negara kita. Selagi vaksin tidak ditemui dan belum disahkan selamat\nuntuk digunakan, selagi itulah kita kena hidup dan sesuaikan diri dengan norma\nbaharu. Ayuh kita sama-sama patuh akan arahan kerajaan dan berharap semua ini\nakan berakhir tidak lama lagi. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" Tahun ini, satu dunia tahu apa itu Covid-19. Tanyalah kanak-kanak seawal usia lima tahun hinggalah warga emas di kawasan kampung, semuanya pasti cukup faham mengenai Covid-19 dan apa impak buruk yang dibawa oleh virus berbahaya berkenaan. Kesan Covid-19 ini terlalu besar bukan sahaja pada negara kita tetapi hampir satu dunia terkena tempiasnya. Justeru, kerajaan amat […]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5169,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":""},"categories":[91],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5167"}],"collection":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5167"}],"version-history":[{"count":2,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5167\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5177,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5167\/revisions\/5177"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5169"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5167"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5167"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/entrepreneurinsight.com.my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5167"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n