Produk makanan sejuk beku Dhuha semakin laris di pasaran

TSS Resources ialah pengeluar dan pengedar produk makanan sejuk beku bawah jenama Dhuha yang berpangkalan di Kluang, Johor. Pengasasnya, Siti Sholiha Yasin berkata syarikatnya bermula secara kecil-kecilan dan pemprosesan makanan sejuk beku dilakukan di kilang kecil.

“Pada awalnya, saya menjual di kawasan-kawasan setempat serta kepada jiran-jiran dan kawan-kawan.

“Tidak disangka, ia semakin dikenali dan permintaan mulai meningkat dan jualan semakin laris, justeru, saya mengambil keputusan untuk mulai memperluaskan lagi perniagaan produk sejuk beku dibawah jenama Dhuha ini dengan modal yang ada.

“Bermula dari tahun 2019, saya tekad untuk menubuhkan syarikat sendiri iaitu TSS Resources Sdn Bhd dan kami memasarkan produk sejuk beku secara dalam talian serta luar talian.

“Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan kami beroperasi, mereka juga boleh membeli melalui aplikasi dalam talian seperti Grab, WhatsApp, Facebook, Instagram ataupun pesanan telefon,” ujar wanita kelahiran Kluang, Johor ini.

Bercerita mengenai produk sejuk beku Dhuha, beliau berkata persaingan dalam bisnes adalah perkara lumrah.

“Untuk terus bersaing secara sihat, saya juga berusaha dalam memperkasakan perniagaan ini dengan menghasilkan lebih banyak pilihan produk sejuk beku seperti pepes ayam, satay, popia sata, murtabak serta pau dan ‘nugget’.

“Saya juga sangat telus dalam menjaga kualiti produk supaya sentiasa berada di tahap terbaik, menguatkan penjenamaan melalui pengiklanan serta mengekalkan harga yang kompetitif. Produk-produk kami ini dikeluarkan di kilang-kilang tempatan. Keunikan produk kami adalah produk bebola ikan Dhuha kami ianya kenyal semulajadi tanpa bahan tambahan.

“Selain itu, pepes ayam kami pula padat dgn isi ayam sebenar dengan perapan dan ramuan yang lazat. Ian juga senang disediakan hanya dalam lima minit, dengan pelbagai cara masakan boleh menggunakan microwave, air fryer, bakar, kukus ataupun goreng.

“Keunikan kami terletak pada makanan sejuk beku yang segar dan telah dibungkus siap, selain mudah untuk terus dimasak. Malah produk kami sangat berkualiti dan terjamin halal kerana kami menjual 100 peratus produk Bumiputera buatan Muslim,” katanya  lagi.

Bercerita mengenai cabaran semasa Covid-19, Siti Sholiha berkata pandemik yang berlaku bukan saja mengancam nyawa dan tahap kesihatan, tetapi mengubah sama sekali cara dan gaya hidup manusia di seluruh dunia, jadi banyak golongan yang terjejas dalam pandemik ini, dimana semuanya perlu dilakukan dalam norma baharu.

“Ada yang kehilangan kerja, terpaksa diberhentikan dan sebagainya sekali gus memberi impak langsung kepada peniaga kecil-kecilan, khususnya dalam aspek aliran tunai.

“Saya dapati usahawan harus melihat semula model perniagaan agar selari dan relevan dengan mengadaptasi situasi semasa yang berlaku di norma baharu ini. Malah, tawaran  produk juga wajar mengambil kira bajet baharu pelanggan setelah pandemik berlalu.

“Kita sebagai Usahawan juga perlu bijak mencari pendekatan dan berubah kearah pendigitalan perniagaan selain merebut peluang latihan serta tawaran-tawaran yang diumumkan agensi-agensi berkaitan termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SME Corp,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya diberikan peluang, dalam tempoh tiga tahun lagi, beliau menyasar satu bentuk perniagaan yang kukuh yang dapat membantu lebih ramai orang-orang yang ingin menjadi usahawan dalam produk sejuk beku ini.

“Bagi mencapai sasaran itu, saya akan menambahkan lagi lebih banyak pilihan produk keluaran syarikat dari segi  makanan sejuk beku di samping memberikan tawaran yang menarik kepada usahawan-usahawan di luar sana.

“Disamping keluarga yang sangat menyokong dan membantu kerjaya saya sampai ke tahap  ini, membuatkan saya ingin memberi dan memperjuangkan lebih lagi dari apa yang ada sekarang, untuk terus membantu keluarga dan orang-orang diluar sana yang ingin mengubah cara hidup dan membentuk hidup bahagia,” katanya.